QUOTE(nimala05 @ Aug 23 2011, 02:08 AM)
AW telah di kenakan penggantungan perlawanan CL bermula dari perlawanan menentang Udinese
adakah ini satu konspirasi untuk menyingkirkan AW dari Arsenal, kerana sekiranya Arsenal gagal ke peringkat kumpulan CL, itu akan menjadi kali pertama Arsenal gagal ke CL sejak AW mengambil tampuk pemerintahan Arsenal, AW akan berdepan kemarahan peminat secara besar-besaran
Jika saudara nimala masih ingat, ketika zaman Vieira dan Petit, pasukan kesayangan kita juga menghapapi pelbagai masalah disiplin yang bertimbun-timbun. Masalah kecederaan pula tidak asing lagi bagi pasukan kita ketika tahun sekitar 1998-2000. Tetapi, bezanya pasukan dahulu adalah dari segi mental. Pemain-pemain zaman itu mempunyai kekuatan mental untuk mengharungi segala keperitan yang dihadapi. Contohnya, ketika Vieira atau Petit dibuang padang, kami sentiasa bermain dengan lebih fokus dan lebih aggresif, dan kemenangan dengan 10 pemain tidak asing bagi kami.
Pak Wenger seharusnya memotivasikan pemain2 kita untuk mengharungi segala masalah kini.
(Seperti papan tanda di Malaysia yang dwibahasa, saya juga akan merumuskan hujah2 di atas dalam BI)
If you recall during the Viera and Petit days, our beloved club has always faced various disciplinary issues that kept piling up. Injuries are also normal for us during the years from 1998-2000. But the difference between that old teamis the mental strength, whereby the players have the mental strength to get through any hardships they faced. For example, whenever Vieira or Petit gets sent off, we always seem to be more focussed and aggressive, and winning with 10 men is common for us.
Uncle Wenger needs to keep his young team motivated to get through this.
(Sebenarnya, saya takde poin nak tambah. Saje nak taip dlm BM

)
Added on August 23, 2011, 6:10 amQUOTE(sickx @ Aug 23 2011, 05:13 AM)
tengok pasukan man utd.perkataan kualiti tertulis di dada setiap pemain.bila pasukan kita boleh mendapat kualiti sebagus itu?bandingkan pemanas bangku mereka dan pemanas bangku kita.sangat berbeza.encik wenger,tolonglah.kita akan semakin ketinggalan jika tidak bertindak dengan segera.tidak membeli pemain bermutu bukanlah suatu perjudian.ia hanya memudaratkan pasukan.
dammit mang.even i find it hard to write in BM.

Saya selalu berpendapat bahawa pasukan kami setanding dengan mana-mana pasukan Empat Besar.
Rooney = RVP... Dari segi skill, saya rasa lebih kurang sahaja. Cuma RVP selalu cedera... Dan media British memang suka memperbesar-besarkan Rooney.
Sagna > Rafael
Vermaelen = Vidic/Rio
Song > Fletcher/Carrick
Walcott = Young... Mungkin dari segi skill, Ashley Young lebih terror... Tetapi dari segi kelajuan dan penjaringan gol, Walcott lebih terror sedikit.
Wilshere > Anderson
Wojciech > De Gea... Murah pulak tu...Pemanas bangku kami seperti Djourou dan Miguel kalau nak banding dengan Jonny Evans dan Phil Jones lebih kurang sahaja (namun, saya rasa Phil Jones lebih berpotensi). Yang nyata, striker Man U lebih power. Itu sahaja.
Yang berbeza cuma satu sahaja... Kekuatan mental. Pasukan Man Utd memang mempunyai mentaliti kemenangan yang tidak asing lagi. Cuma lihat midfield mereka. Carrick, Fletcher dan Anderson bukanlah hebat sangat. Tetapi dari segi mental? Kalau banding dengan Ramsey dan Song memang kita tak boleh lawan.
This post has been edited by Zan81: Aug 23 2011, 06:10 AM