cukup puas hati, bukan setakat dengan kemenangan tapi secara keseluruhan.
ada sesuatu yang aku nak kata selepas perlawanan dengan Liverpool Sabtu lalu tetapi aku ingin melihat bagaimana persembahan pasukan di Itali untuk memastikan bahawa apa yang aku fikirkan daripada menonton perlawanan dengan Liverpool itu bukanlah satu kebetulan. tetapi melihat kepada perlawanan ini, dengan keadaan di mana kita ketinggalan di separuh masa pertama aku rasa adalah selamat untuk aku berkata :
pasukan kita ini sememangnya mempunyai karakter yang menjanjikan sesuatu yang hebat dan kemahuan yang tinggi. tidak lupa juga sangat jelas yang mereka mempunyai kebanggaan menyarung jersey Arsenal dan sanggup berlawan bermati2an apabila memakai jersey tersebut di atas padang. ini adalah sesuatu yang kita semua mahukan sejak beberapa musim yang lepas, sesuatu yang kita tidak dapat melihat apabila pemain seperti Denilson, Nik, Almunia dan yang sewaktu dengannya menjadi kesebelasan utama kita. untuk itu, aku ucapkan terima kaseh kepada En Arsene Wenger kerana memberi kita semula faktor2 tersebut. yang tinggal sekarang hanyalah untuk menambahkan kualiti kepada pasukan; faktor yang pada pendapat aku sangat jelas kekurangan dalam pasukan Arsenal ini
tetapi tidak mengapa, tuan pengurus pasukan maseh ada lebih kurang seminggu untuk perkara tersebut dan aku mendoakan supaya beliau dapat membuat keputusan yang tepat untok kebaikan pasukan kita. untuk malam ini, satu persembahan yang menampakkan karakter yang hebat. syabas!!!
QUOTE(slcroy @ Aug 25 2011, 04:44 AM)
NASRI TALK CORK....CHECK OUT THE GRIN ON HIS FACE...
money do work wonders.
Saying gooners not passionate. city fans very passionate. reminds him of times @ Marseille.
even call them galacticos now...puh!
NASRI TALK CORKkecelakaan ini sudah mula memburukkan kita? dia boleh angkat dia punya 200k GBP / week dan sumbat di tempat yang kita semua tahu di mana; punggongnya