mengepos dalam BM di mukasurat pertama. oh yeah!!
Arsenal Street Talk, MAN 8-2 ARS | Walcott 45', V.Persie 74'
Arsenal Street Talk, MAN 8-2 ARS | Walcott 45', V.Persie 74'
|
|
Aug 22 2011, 10:03 PM
Return to original view | Post
#1
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
mengepos dalam BM di mukasurat pertama. oh yeah!!
|
|
|
|
|
|
Aug 24 2011, 10:43 AM
Return to original view | Post
#2
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
jadi, biar aku melihat perkara ini dengan jelas
musim lepas, kita merncabar dengan sengit untuk ke empat2 kejuaraan sehinggalah bulan March bila mana kejatuhan tragik kita bermula dengan kekalahan dalam perlawanan akhir Piala Carling. kemudian kejatuhan berturutan kita di 3 kejuaraan yang lain mula menjelma, yang mana menjurus kepada pengkritik bolasepak, bekas pemain dan penyokong secara amnya berpendapat masalah utama pasukan kita ialah walaupun berbakat besar masih mempunyai kekurangan besar dari segi mentaliti. dan cara yang diketahui ramai untuk mengubati masalah mental yang lemah di kalangan pemain kita ini ialah dengan mendapatkan pemain yang berpengalaman tinggi untuk melengkapkan pasukan dan memberi sokongan mental di atas dan di luar padang kepada pemain2 muda kita yang berbakat tersebut. jadi, walaupon kita dengan tragiknya terkeluar daripada semua pertandingan dan tidak menang apa2 lagi musim lepas aku sebenarnya agak gembira dan yakin dengan skuad yang kita ada dengan mengharapkan Encik Arsene Wenger akan membuat penambahan berkualiti dan berpengalaman yang berpatutan sebelum bermulanya musim ini dan kemudian, tuan pengurus pasukan kita mula membuat statement yang menyedapkan hati penyokong terutamanya seperti - tahu mengenai masalah kekurangan kekuatan mental dan akan memperbaikinya - akan membeli pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman di Liga Perdana untok mengatasi masalah menghadapi teruatamanya bola tinggi dan bola mati ke dalam kotak penalti kita - tiada pemain yang akan keluar dari kelab (walaupon untok menjadi adil, beliau berkata beliau 'menjangkakan' tiada pemain akan meninggalkan kelab ini) - akan membawa pemain dengan 'super kualiti' tetapi, situasinya sekarang pada tarikh 24 Ogos 2011, seminggu lagi sebelum tamatnya tarikh musim perpindahan aktiviti perpindahan pemain kita ialah 1. menjual kapten pasukan dengan harga yang sangat di bawah harga pasaran 2. menjual pemain bek kiri utama kita kepada antara lawan utama dalam Liga Perdana 3. menjual pemain midfield serangan terbaik kita kepada antara lawan utama dalam Liga Perdana 4. masih tidak dapat menjual kayu mati seperti Almunia, Squilacci, Denilson, Bendtner dll 5. membawa masuk pemain2 muda seperti Carl Jenkinson, AOC, Joel Campbell dan Ryo Miyaichi 6. membawa masuk pemain berpengalaman menang di Liga Perancis sebagai pemain utama bahagian sayap serangan kita aku ada menyatakan sebelum ini yang dengan tuan pengurus kita ni kita perlu melihat apa yang beliau lakukan, bukan apa yang beliau perkatakan kerana dengan cara percakapan beliau aku merasakan yang tuan pengurus kita mampu menjadi seorang ahli politik yang sangat berjaya. dan melihat apa yang beliau lakukan setakat ini, ianya adalah tidak mencukupi. dan cara semua perlakuan2 kita di musim perpindahan ini juga aku tersangatlah tidak bersetuju dengan cara2 itu. masa juga semakin suntuk untuk Encik Arsene Wenger bagi beliau memperbaiki keadaan pasukan. jadi demi kebaikan kelab kita musim ini dan ke hadapan, demi kebaikan legasi Encik Arsene Wenger di kelab Arsenal ini dan demi kesihatan penyokong2 Arsenal aku sangat berharap yang Encik Arsene Wenger akan dapat melakukan perkara yang betul dalam mempersediakan pasukan untok musim ini |
|
|
Aug 24 2011, 12:15 PM
Return to original view | Post
#3
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
walaupon dengan apa yang aku katakan sebelum ini (yang mana sesetengah orang menganggap asyik komplen sahaja itu), aku masih yakin yang pasukan kita ini mampu untuk setidak2nya melakukan tugas yang perlu dilakukan awal pagi esok. dan pilihan kesebelasan utama aku ialah :-
Wojciech Bakary - Johan - TV5 - Carl Gervinho - Alex Song - Manu Frimpong - Henri Robin Marouane aku yakin kita akan mampu melayakkan diri ke pusingan kumpulan bagi kejohanan Liga Juara2 Eropah ini |
|
|
Aug 24 2011, 12:18 PM
Return to original view | Post
#4
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
QUOTE(vandetta_10 @ Aug 24 2011, 12:15 PM) Downing - aku tak rasa dia lebih baek dari Theo. dan untok harga Liverpool beli dia, memang aku tak sanggup. baeklah kita guna Theo jaAhsley Young - ini memang kita terlepas. aku rasa untuk posisi serangan sayap, dia adalah lebih efisien dari Theo |
|
|
Aug 24 2011, 12:37 PM
Return to original view | Post
#5
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
QUOTE(zenox0123 @ Aug 24 2011, 12:32 PM) Saya juga berpendapat seperti Abang Vandetta. Carl akan bermain di bek kanan manakala Sagna dikiri. Henri tak terbang ke Italy? demmm, aku suka mamat Henri ni. taktau la kenapa dia tak diberi lebih peluang oleh Encik Arsene Wenger.Namun, nama Henri tidak ada dalam senarai pemain yang terbang ke Italy. dan bila tengok balik formasi aku tu, betul la apa yang korang cakap. kemungkinan besar Carl akan bermain di posisi bek kanan manakala Bakary akan bermain di posisi bek kiri |
|
|
Aug 25 2011, 12:14 AM
Return to original view | Post
#6
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
sudah melewati tengah malam. dan oleh kerana aku tinggal seorang di rumah malam ini (family sudah balik raya...huhuuhu) aku sudah mahu tidor dengan harapan akan mampu bangun sekejap lagi untok memberi sokongan (read : mungkin juga untok sakit jantung dan otak lagi..hahaha) kepada pasukan kita
marilah kita bersama2 bangun menyokong pasukan kita sekejap lagi. kerana jika anda tidak menonton dan esok ingin merungut2, aku akan memberi anda jari tengah yang besar untuk anda pergi main jauh2 sekian, terima kaseh. semoga kejayaan berpihak kepada kita sebentar lagi |
|
|
|
|
|
Aug 25 2011, 05:00 AM
Return to original view | Post
#7
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
cukup puas hati, bukan setakat dengan kemenangan tapi secara keseluruhan.
ada sesuatu yang aku nak kata selepas perlawanan dengan Liverpool Sabtu lalu tetapi aku ingin melihat bagaimana persembahan pasukan di Itali untuk memastikan bahawa apa yang aku fikirkan daripada menonton perlawanan dengan Liverpool itu bukanlah satu kebetulan. tetapi melihat kepada perlawanan ini, dengan keadaan di mana kita ketinggalan di separuh masa pertama aku rasa adalah selamat untuk aku berkata : pasukan kita ini sememangnya mempunyai karakter yang menjanjikan sesuatu yang hebat dan kemahuan yang tinggi. tidak lupa juga sangat jelas yang mereka mempunyai kebanggaan menyarung jersey Arsenal dan sanggup berlawan bermati2an apabila memakai jersey tersebut di atas padang. ini adalah sesuatu yang kita semua mahukan sejak beberapa musim yang lepas, sesuatu yang kita tidak dapat melihat apabila pemain seperti Denilson, Nik, Almunia dan yang sewaktu dengannya menjadi kesebelasan utama kita. untuk itu, aku ucapkan terima kaseh kepada En Arsene Wenger kerana memberi kita semula faktor2 tersebut. yang tinggal sekarang hanyalah untuk menambahkan kualiti kepada pasukan; faktor yang pada pendapat aku sangat jelas kekurangan dalam pasukan Arsenal ini tetapi tidak mengapa, tuan pengurus pasukan maseh ada lebih kurang seminggu untuk perkara tersebut dan aku mendoakan supaya beliau dapat membuat keputusan yang tepat untok kebaikan pasukan kita. untuk malam ini, satu persembahan yang menampakkan karakter yang hebat. syabas!!! QUOTE(slcroy @ Aug 25 2011, 04:44 AM) NASRI TALK CORK....CHECK OUT THE GRIN ON HIS FACE... kecelakaan ini sudah mula memburukkan kita? dia boleh angkat dia punya 200k GBP / week dan sumbat di tempat yang kita semua tahu di mana; punggongnyamoney do work wonders. Saying gooners not passionate. city fans very passionate. reminds him of times @ Marseille. even call them galacticos now...puh! NASRI TALK CORK |
|
|
Aug 25 2011, 11:07 AM
Return to original view | Post
#8
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
QUOTE(Zan81 @ Aug 25 2011, 05:47 AM) That's what you get when you the squad has: - betul, aku setuju sepertimana aku tulis pagi tadi selepas perlawanan. karakter, adalah sesuatu yang jarang kita nampak pada skuad kita season lepas walaupon ketika kita menang banyak2 perlawanan. bila pemain mempamerkan komitmen dan karakter seperti ini, penyokong akan berasa lebih ada kaitan dengan mereka. walaupon ketika tewas kepada Liverpool hujung minggu lepas, komitmen dan karakter yang dipamerkan sudah mula membuatkan perhubungan/kaitan antara mereka dan penyokong kuat kembali.1) A young keeper who we've stuck with despite breaking BOTH arms in his early days. 2) A RB right back who is a Gooner through and through 3) A CB who's hunger and desire to win every tackle and header is plain for all to see 4) A midfielder from Ghana who grew up in England supporting the Arsenal. And he didn't hide his displeasure at Nasri on twitter. 5) Another midfielder from Cameroon who was given sh*t by fans for years but had Wenger's confidence 6) An English winger/striker whose idol is our club's legendary goal-scorer 7) A midfielder who had a nightmare injury that we've stuck with 8) Another midfieldr who had countless nightmare injuries that we've stuck with 9) A captain who genuinely loves the club. masanya sekarang adalah untuk menambahkan kualiti kepada skuad kita. tiada sebarang alasan untuk Encik Arsene Wenger tidak memperkuatkan pasukan sesudah memastikan tempat di kejohanan Liga Juara2 Eropah ini. untuk tidak membuat sebarang penambahan kualiti kepada pasukan kita ini akan menjadi satu pertaruhan yang amat besar oleh tuan pengurus pasukan. beliau telah membuat pertaruhan besar bulan January lepas apabila tidak membuat pembelian untuk posisi pertahanan tengah, yang mana akhirnya membawa padah kepada cabaran kita kerana terlalu bergantung kepada pasangan Laurent - Johan. jadi aku amat berharap beliau tidak akan membuat pertaruhan seperti itu lagi kali ini |
|
|
Aug 25 2011, 11:14 AM
Return to original view | Post
#9
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
QUOTE(zenox0123 @ Aug 25 2011, 11:05 AM) If Modric come to Arsenal, I tell you...Spurs gonna rage and butthurt x100 times more than Sol came to Arsenal untuk menjadi lebih kesakitan-punggong daripada situasi Sol Campbell adalah sangat susah. aku percaya mereka tidak akan se'sakit-punggong' begitu jika mereka kehilangan Luka kepada kita. alasan2 aku adalah seperti berikut :1. Sol adalah kapten mereka ketika beliau meninggalkan mereka dan menyertai kita 2. kita mendapat Sol secara percuma 3. Sol terus menang kejuaraan lepas menyertai kita 4. Luka masih ada kontrak, bermaksud akan ada jumlah wang yang banyak terbabit jika dia benar akan menyertai kita dan alasan paling utama ialah kerana... 5. Luka memang tidak akan join kita. akan ada rusuhan lagi di tempat Sp*rs jika Luka menyertai kita kita sudah terlepas peluang dengan Luka. Encik Arsene Wenger mengambil keputusan untuk tidak mengambil beliau kerana kita menganggap saiz dia terlalu kecil untuk berjaya dalam Liga Perdana yang agak fizikal. itu memang adalah kesilapan kita |
|
|
Aug 25 2011, 12:12 PM
Return to original view | Post
#10
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
QUOTE(zenox0123 @ Aug 25 2011, 11:22 AM) apa2 pun, mereka akan sakit punggong yang teramat sangat jika perpindahan itu berlaku Kaka? Bastian? kenapakah aku perlu melakukan perkara ini kepada diriku? walaupon tahu kita tidak mungkin akan membeli mereka berdua, dalam hati tetap ada harapan kecil melihat 'KAKA 8' dan 'BASTIAN 4' di kelab kita minggu depan. harapan kecil itu lah yang akan membawa kepada kekecewaan minggu depan |
|
|
Aug 29 2011, 11:46 AM
Return to original view | Post
#11
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senior Member
704 posts Joined: Mar 2007 From: Malaysia |
dah klik pos baru sedar panjang tulisan aku. jadi letak spoiler supaya tidak menyakitkan mata orang2 yang tidak ingin membaca
» Click to show Spoiler - click again to hide... « This post has been edited by toshio14: Aug 29 2011, 11:48 AM |
|
Topic ClosedOptions
|
| Change to: | 0.0189sec
0.98
7 queries
GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 07:36 AM |