Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
National Team Malaysian Football, AFF Suzuki Cup next!
|
aizusan
|
Nov 26 2006, 07:58 PM
|
Getting Started

|
Gambar Soh Chin Aun dan Pasukan Korea Selatan semasa Pesta Bola Merdeka ke-23 IN COLOUR !!!! Tak sangka time ni pun Sultan Haji Ahmad Shah dah mula menyibuk dalam bola sepak negara  ......nyibuk ada makna tu *click gambar untuk gambaran yang lebih besar*Gambar Pasukan Korea Selatan semasa di pusingan akhir Pesta Bola Merdeka ke-23....kelihatan kelibat Sultan Haji Ahmad Shah dok nyibuk salam dengan pemain Korea Selatan  ....patutla pasukan Korea Selatan di panggil "The Reds", dah dr dulu dok MERAH ja jersinya....kita plak???  Gambar Soh Chin Aun dan Kapten Pasukan Korea Selatan ketika johan bersama Pesta Bola Merdeka ke-23.....agaknya pasukan Malaysia ni nak di panggil gelarannya "The White" ka? "The Yellow" ka? atau "The Blues"??? mana taknya, jersi Malaysia ada yang putih, pastu biru, pastu kuning.....jgn lepas ni kaler pink udah la :jeling::jeling: This post has been edited by aizusan: Nov 26 2006, 08:04 PM
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Nov 27 2006, 11:00 AM
|
|
QUOTE(aizusan @ Nov 26 2006, 07:58 PM) Gambar Soh Chin Aun dan Pasukan Korea Selatan semasa Pesta Bola Merdeka ke-23 IN COLOUR !!!! Tak sangka time ni pun Sultan Haji Ahmad Shah dah mula menyibuk dalam bola sepak negara  ......nyibuk ada makna tu *click gambar untuk gambaran yang lebih besar*Gambar Pasukan Korea Selatan semasa di pusingan akhir Pesta Bola Merdeka ke-23....kelihatan kelibat Sultan Haji Ahmad Shah dok nyibuk salam dengan pemain Korea Selatan  ....patutla pasukan Korea Selatan di panggil "The Reds", dah dr dulu dok MERAH ja jersinya....kita plak???  Gambar Soh Chin Aun dan Kapten Pasukan Korea Selatan ketika johan bersama Pesta Bola Merdeka ke-23.....agaknya pasukan Malaysia ni nak di panggil gelarannya "The White" ka? "The Yellow" ka? atau "The Blues"??? mana taknya, jersi Malaysia ada yang putih, pastu biru, pastu kuning.....jgn lepas ni kaler pink udah la :jeling::jeling:  aizusan kau scan dari majalah ker..???
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Nov 27 2006, 11:02 AM
|
|
Pemain Malaysia Yang Bakal Bermain Di EPL
PETALING JAYA ? Nazrin Baharuddin bukanlah satu nama besar dalam arena bola sepak negara tetapi pemain berusia 16 tahun itu mungkin bakal menjadi pemain pertama Malaysia yang akan beraksi dalam Liga Perdana England (EPL).
Peluangnya kini dikatakan amat cerah untuk menyertai akademi kelab liga perdana menerusi program yang dianjurkan Kelab Bolasepak Ken Barnes (KBFC) yang berpusat di negara ini.
Timbalan Presiden KBFC, P. Subramaniam berkata, prospek yang dimiliki Nazrin amat besar terutama selepas dua kali menunjukkan bakatnya di England.
?Ini kali ketiga Nazrin diberi peluang menguji bakatnya bersama kelab dalam EPL selepas mempamerkan prestasi meyakinkan sebelum ini.
?Jika dua tahun lalu, dia menyertai akademi Manchester City, kali ini dia akan menyertai akademi kelab Wigan Athletic.
?Peluangnya memang cerah selepas dua kali dihantar ke sana,?katanya.
Nazrin berlepas ke England, malam tadi bersama dua lagi pemain muda iaitu Suresh Rajendran, 17, dan Anond Chim, 15.
Ketiga-tiga mereka akan berada di sana selama sebulan. Bagi Suresh ini kali kedua dia dipilih manakala bagi Anond pula, ini pengalaman pertamanya.
Sementara itu Nazrin ketika ditemui berkata, dia yakin untuk diserapkan ke dalam akademi kelab liga perdana di England kali ini.
Cuma katanya, dia perlu lebih menumpukan perhatian kepada usaha untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan bahasa di sana.
?Dari segi skil, pemain Malaysia tidak jauh bezanya. Tetapi cuaca sejuk kerap menjadi penghalang untuk saya bersaing dari segi kecergasan dan fizikal.
?Namun kali ini saya lebih bersedia berdasarkan pengalaman lalu,? kata pemain penyerang itu.
Ketika bersama Manchester City, Nazrin dua kali diserapkan ke dalam skuad utama akademinya untuk bermain dengan akademi kelab liga perdana England lain.
Jika berjaya mengatasi halangan kali ini, Nazrin akan ditawarkan kontrak untuk bermain bersama akademi Wigan dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya kelab tersebut.
This post has been edited by HangPC2: Nov 29 2006, 03:01 PM
|
|
|
|
|
|
aizusan
|
Nov 27 2006, 02:42 PM
|
Getting Started

|
QUOTE(HangPC2 @ Nov 27 2006, 11:00 AM) aizusan kau scan dari majalah ker..??? aku scan dari Buku Tahunan Malaysia tahun 1979....apasal, susah nak dapat ka gambar ni??? tp aku rasa ko punya gambar bola lagi ngancam  .....siap ada tarikh MAY 87 plak tu kat tepi gambar shebby ko.....bpk ko kwn baik shebby ka??? mana ko dapat gambar tu??? tak pun kau sedara shebby???  .....aku tabik la ko ada gambar tu  ....tp skang, bleh tak ko tolong carikan gambar Mokhtar Dahari masa last match dia masa final Piala Malaysia tahun 1986 or semi final Piala Malaysia tahun 1986??? teringin aku nak tgk.....brapa umur ko ya? dah lama knal tapi tak tau plak umur ko brapa...nama ko? aku paiz.... This post has been edited by aizusan: Nov 27 2006, 02:52 PM
|
|
|
|
|
|
fr0g5t0mp
|
Nov 27 2006, 03:59 PM
|
New Member
|
Please give opinion, Im suggesting that FAM should consider expanding the Malaysian League. Instead of just having the state teams, why not break up each of the state teams into few more clubs according to city or district. For example, in Selangor we have more than one city such as Petaling Jaya, Klang and Shah Alam while in Sarawak there are at least 10 cities to create a solid football league. From this we will be able to uncover new talents and expand the league to at least three division with 14 teams per division or more. If in one city or district have more than one team that would be great. For example, in Liverpool itself there are Liverpool FC and Everton.
Import players is also a concern. We should limit on foreign imports to only three per team in first division, 2 for second division and 1 for third division to make sure proper development and financial of a team. Teams are not allowed to have foreign goalkeepers. Teams should have 1 foreign player for each section in defence, midfield and forward to guide the locals and unearth new talents.
Is it possible to create such league. Maybe with this idea we can attract more better foreign players to play with the local teams thus attracting better sponsors. But besides, financial and geographical situation, what are the problems face to create the ultimate league in the country. We could go all the better than the J-League. rclxms.gif
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Nov 28 2006, 11:38 AM
|
|
QUOTE(aizusan @ Nov 27 2006, 02:42 PM) aku scan dari Buku Tahunan Malaysia tahun 1979....apasal, susah nak dapat ka gambar ni??? tp aku rasa ko punya gambar bola lagi ngancam  .....siap ada tarikh MAY 87 plak tu kat tepi gambar shebby ko.....bpk ko kwn baik shebby ka??? mana ko dapat gambar tu??? tak pun kau sedara shebby???  .....aku tabik la ko ada gambar tu  ....tp skang, bleh tak ko tolong carikan gambar Mokhtar Dahari masa last match dia masa final Piala Malaysia tahun 1986 or semi final Piala Malaysia tahun 1986??? teringin aku nak tgk.....brapa umur ko ya? dah lama knal tapi tak tau plak umur ko brapa...nama ko? aku paiz.... ntah aku dapat kat website ntah ..... tak ingat link dier... tapi kalau nak gambar lama kat surat khabar Harian Metro tahun 2004-2005 kalau rajin kene scan lah.. tapi aku tak dak scanner ergh Umo dan nama nanti aku PM... This post has been edited by HangPC2: Nov 28 2006, 11:40 AM
|
|
|
|
|
|
kenzo
|
Nov 28 2006, 11:16 PM
|
|
QUOTE(fr0g5t0mp @ Nov 27 2006, 03:59 PM) Please give opinion, Im suggesting that FAM should consider expanding the Malaysian League. Instead of just having the state teams, why not break up each of the state teams into few more clubs according to city or district. For example, in Selangor we have more than one city such as Petaling Jaya, Klang and Shah Alam while in Sarawak there are at least 10 cities to create a solid football league. From this we will be able to uncover new talents and expand the league to at least three division with 14 teams per division or more. If in one city or district have more than one team that would be great. For example, in Liverpool itself there are Liverpool FC and Everton. Import players is also a concern. We should limit on foreign imports to only three per team in first division, 2 for second division and 1 for third division to make sure proper development and financial of a team. Teams are not allowed to have foreign goalkeepers. Teams should have 1 foreign player for each section in defence, midfield and forward to guide the locals and unearth new talents. Is it possible to create such league. Maybe with this idea we can attract more better foreign players to play with the local teams thus attracting better sponsors. But besides, financial and geographical situation, what are the problems face to create the ultimate league in the country. We could go all the better than the J-League. rclxms.gif i think the main problems is sponsors...where to get so many sponsors...plus the reception of fans in malaysia are not as crazy as in europe...most stadium are not pack during match day in m'sia...it's not so easy la..else FAM plan to have football school as well like UK la..
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Nov 29 2006, 03:01 PM
|
|
Oman ujian pertama skuad Norizan
DOHA - Skuad bola sepak negara sudah bersedia untuk menghadapi Oman hari ini dengan pengalaman daripada pertemuan lalu mampu membantu mereka mengekang negara dari rantau Teluk itu menerusi strategi serangan balas pantas yang diharap mampu membuahkan hasil.
Oman ialah pasukan yang mengalahkan skuad negara pada Sukan Asia di Busan empat tahun lepas dan di atas kertas menjadi pilihan untuk mengutip mata penuh.
Namun jurulatih negara, Norizan Bakar berkata, skuad negara kali ini telah belajar daripada pengalaman di Busan dan tahu di mana kekuatan pasukan itu.
''Kita sedar Oman sememangnya kuat dan menjadi pilihan tetapi saya berjanji pertemuan kali ini tidak begitu mudah bagi mereka.
''Pasukan-pasukan dari negara Teluk, sebagaimana yang kita ketahui, terkenal dengan kelajuan larian. Pada saya kemahiran individu lebih kurang sama antara pemain-pemain mereka dengan kita. Jadi kini kita lebih bersedia dengan langkah taktikal," katanya semalam.
Bagi Norizan, yang penting ialah anak- anak buahnya tidak melupakan strategi yang telah dirancang dan fokus terhadap permainan.
''Taktik Oman ialah bermain laju, jadi pemain-pemain kita kena berdisiplin. Kita tidak boleh membuka ruang buat mereka di bahagian belakang, dan dalam masa yang sama kita akan cuba mengambil kesempatan daripada peluang yang dimulakan oleh gerakan menyerang balas," katanya.
Malaysia dan Oman berada dalam Kumpulan E bersama-sama dua lagi pasukan kuat iaitu China dan Iraq yang mara dari peringkat pertama.
Namun skuad Bawah-23 negara mungkin terpaksa melupakan khidmat penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhimi yang cedera lutut sewaktu menjalani latihan.
''Pemain-pemain kita tidak mengalami sebarang masalah, cuma Mohd. Iqbal cedera di lutut. Tahap kecederaannya belum dapat dipastikan, kita akan lihat esok (hari ini)," kata Norizan.
Pengurus pasukan Datuk Anifah Aman pula melihat skuad muda negara begitu bersemangat dan kekuatan mental mereka berada pada tahap yang tinggi.
''Kita tahu Oman menghantar skuad yang dipenuhi oleh pemain-pemain dalam skuad kebangsaan senior mereka. Ini diakui sendiri oleh pengurus mereka. Mereka cukup bersedia dan terlatih.
''Tetapi saya lihat pemain-pemain kita berada pada keadaan yang baik. Dari segi skil individu saya fikir mereka tidak jauh bezanya. Yang penting mereka mesti memiliki semangat juang yang tinggi dan mengekalkan semangat berpasukan," kata Anifah.
Sementara itu, perang psikologi antara Iraq dan Oman menghangatkan saingan apabila mereka saling menuduh pasukan lawan menyenaraikan pemain-pemain melepasi umur 23 tahun.
- Utusan
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Nov 30 2006, 10:45 AM
|
|
Kita tumbang di pembukaan PEMAIN Oman, Mohamed Rabia Jamaan Al Noobi berusaha melepasi pemain Malaysia, Mohamad Hardi Jaafar (kanan) dan Norhafiz Zamani Misbah (tengah) dalam aksi Kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia ke-15 di Stadium Al-Arabi, Doha, semalam. Oman menang 3-1. DOHA - Skuad bola sepak negara bermula dengan nota kecewa pada perlawanan pembukaan mereka di peringkat Kumpulan E apabila tewas 3-1 kepada Oman di Stadium Al-Arabi di sini malam tadi. Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut skuad negara dalam dua Sukan Asia setelah tumpas 1-0 kepada pasukan dari Teluk itu di Busan pada 2002. Malaysia ketinggalan 1-0 pada babak pertama setelah pemain pertahanan negara, Ahmad Azlan Zainal menyepak bola masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil satu hantaran lintang pemain Oman. Malaysia mengubah rentak apabila permainan bersambung ke babak kedua bagaimanapun masih menyebelahi Oman buat kali kedua apabila penyerang Ibrahim Ghailani melonjak tinggi di celah asakan pertahanan negara untukmenanduk umpanan lintang sayap kanan Fawzi Doorbeen pada minit ke-57. Skuad negara menggandakan kepantasan rentak permainan dan Oman mula dipaksa bertahan namun benteng mereka retak pada minit ke-61 apabila pemain Telekom Melaka, Hardi mengawal kemas umpanan lintang Saramsak Kram dari kanan untuk merembat masuk dari jarak dekat. Namun bahang kebangkitan pemain-pemain negara tidak bertahan lama apabila mereka kembali kepada bertahan dan diasak ketika permainan menuju penghujung minit dan Oman menjadikan kedudukan 3-1 apabila Badar Maimani menyepak masuk dari jarak dekat pada minit ke-88. - Utusan
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Dec 1 2006, 08:54 AM
|
|
Football: Malaysia vs Oman[29 Nov 2006]  Shoon Suwailim Said of Oman tries to get away from Saramsak Kram of Malaysia  Mohamad Hardi Jaafar (L) of Malaysia twists away from Fawzi Bait Doorbeen of Oman  Mohamed Rabia Jamaan Al Noobi of Oman gets away from Saramsak Kram of Malaysia  Oman team line up prior to the round 2 men's group E match between Oman and Malaysia  Malaysia team line up prior to the round 2 men's group E match between Oman and Malaysia  Fawzi Bait Doorbeen of Oman passes the ball attended by Mohd Khyril Muhymeen Zambri and Kaironnisam Sahabudin Hussain of Malaysia  Mohd Nor Farhan Muhammad of Malaysia gets away from Hassan Al Gheilani of Oman  Mohamad Hardi Jaafar of Malaysia gets away from Ahmed Al Mahaijri of Oman during their round 2 match  Mohamad Hardi Jaafar (L) of Malaysia gets away from Fawzi Bait Doorbeen of Oman
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Dec 1 2006, 08:55 AM
|
|
Norizan pertahan pemain
DOHA - Norizan Bakar bingkas mempertahankan pemain-pemainnya selepas skuad negara kalah 3-1 kepada Oman pada perlawanan sulung mereka dalam acara bola sepak Sukan Asia di sini dan berkata keputusan itu tidak adil buat mereka.
Malah, jurulatih kebangsaan itu memuji persembahan beberapa pemain muda terutama Safiq Rahim dan Khyril Muhaymeen Zambri.
''Keputusan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar mutu permainan pasukan," katanya.
''Mereka telah bermain dengan baik, terutamanya pemain-pemain muda seperti Safiq Rahim dan Khyril. Malah beberapa pemain muda telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding sebahagian rakan mereka yang lebih senior," tegasnya.
Safiq dan Khyril berada dalam skuad pada saat-saat akhir iaitu selepas mereka pulang dari misi ke Banglore, India bersama skuad Bawah-20 yang dipimpin oleh K. Rajagopal.
Dalam perlawanan kelmarin, seperti dijangka skuad Norizan bermain secara berhati-hati iaitu memperketatkan bahagian belakang dan hanya mencari peluang untuk menjaringkan gol menerusi serangan balas.
Ia kelihatan berjaya pada awalnya tetapi dua pertahanan dari skuad senior kebangsaan, ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah dan Muhamad Kaironnisam Sahabuddin terpaksa bekerja keras dengan dibantu oleh Ronny Harun di bahagian kiri dan Azlan Ismail di kanan benteng.
Penjaga gol dari Selangor, Syed Adney Syed Hussain juga bertindak cemerlang walaupun kelihatan gugup pada awalnya. Dia disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas penjaga gawang pilihan pertama Mohd. Iqbal Suhimi cedera lutut.
Bagaimanapun, kesilapan sayap kiri Nor Farhan Muhammad yang tersepak masuk ke gawang sendiri pada minit ke-40 menjejaskan semangat skuad negara.
Jaringan itu, menurut Norizan menunjukkan kelemahan pemain-pemain negara iaitu mereka hilang tumpuan apabila permainan menuju hujung setiap babak.
Perkara yang hampir sama berulang pada separuh masa kedua apabila skuad negara dibolosi oleh gol ketiga Oman pada minit ke-88 menerusi percubaan jarak dekat Badar Maimani. Gol kedua Oman dihasilkan pada minit ke-57 oleh Ibrahim Ghailani.
Perlawanan itu, dari satu segi, kata Norizan menunjukkan pemain-pemain negara tidak mudah patah semangat apabila bangkit menyerang selepas rehat dan berjaya menghasilkan gol tunggal menerusi gerakan menarik yang disempurnakan dari jarak dekat oleh pemain tengah Hardi Jaafar pada minit ke-61.
Perlawanan kedua Malaysia ialah menentang China pada Ahad ini. China mengalahkan pasukan dari pusingan pertama Iraq 1-0.
- Utusan
Norizan kecewa pemain cuai ancaman lawan
ADA bibit rasa kecewa, dan ada juga perasaan gembira menyelubungi sanubari ketua jurulatih, Norizan Bakar, apabila mengupas kembali kekalahan 1-3 skuad bola sepak negara dalam aksi pembukaan Sukan Asia kepada Oman, malam kelmarin.
Kecewa kerana dia masih belum mampu mengikis sikap lama pemain negara yang kerap kali membenarkan rasa cuai kepada ancaman lawan di penghujung setiap babak menghukum mereka.
"Bola sepak adalah permainan 90 minit, bukan 70 ataupun 80 minit. Tetapi pemain masih diganggu kegagalan mengekalkan tumpuan menjelang minit-minit terakhir di separuh masa pertama dan kedua.
"Malah dalam perlawanan ini (kelmarin), kami melepaskan dua gol dalam tempoh lima minit terakhir pada babak pertama dan kedua. Ia adalah kerana kegagalan pemain mengekalkan tumpuan sepanjang masa," tegasnya.
Namun, dengan harapan melangkah lebih jauh sudah boleh dianggap terkubur - kerana dua lawan lebih handal, China serta Iraq menanti dalam baki jadual aksi - Norizan menjelmakan kupasan lebih positif sebagai rumusan aksi kelmarin.
"Kecuali keputusan itu, saya gembira dengan persembahan pemain. Ada banyak elemen positif kelihatan, terutama bagi pemain-pemain muda yang kurang peluang beraksi di peringkat tertinggi seperti ini.
"Mereka tidak takut atau tenggelam punca ketika menentang lawan. Pemain mempamerkan kemampuan mengatur gerak dan hantaran serta kerap kali juga mengancam gawang lawan," katanya.
Analisis itu jelas bertepatan kerana beberapa pemain, terutama Safiq Rahim selaku pengemudi tengah, tampak berupaya merencanakan gerak ketika Samransak Kram serta Nor Farhan Mohamad sentiasa menjadi duri dalam daging kepada benteng lawan.
Cuma, Norizan tampak bakal terus dihantui masalah tidak memiliki jentera penggempur berbisa, tambahan pula selepas Azlan Ismail ketara gementar dan kurang menyumbang dalam pertentangan itu.
Aksi Malaysia seterusnya ialah menentang China, Ahad ini, dan biarpun kemenangan sesuatu yang mustahil, Norizan pastinya mahu terus melihat peningkatan prestasi selain mengelak nasib menjadi budak belasahan barisan pilihan itu.
|
|
|
|
|
|
Mr.Right
|
Dec 2 2006, 10:46 AM
|
New Member
|
Why we aim so high? Malaysian playing in EPL, i think we shuld set our target lower 1st. Try to trade our player to Arab league, Japan, Korea.. or South Amarerican League.. If i not mistaken Shensuke Nakamura dulu pernah main Boca, rite. I think we shuld hope we got players play abroad, no need EPL la. Difficult as we all know, Malaysia at no 153, they accept higher than 70 only unless they player dam good..
|
|
|
|
|
|
davidson_leong
|
Dec 4 2006, 01:21 PM
|
New Member
|
ai yo. Malaysian player at overseas? So far I know previously is Akmal Rizal, playing at France League, Division 1 @ 2 with Nantes (maybe, forget already). Oh, that is at 90's.
But you said Malaysian players at EPL? Emm... that I dun know. But all I heard is some young players (under 18) at some clubs for teating and preparing to the youth squad and aso all Under squad (U18, U17, U16...)
As you can see, our juniors is better than Seniors. But their attitude still the same. Dun say I dun support team Malaysia in soccer, I saw them played and the way tey payed is like too much confidence. This is the big problem that they have to solve in order to improove our locl soccer.
This post has been edited by davidson_leong: Dec 4 2006, 01:57 PM
|
|
|
|
|
|
ryansxs
|
Dec 4 2006, 01:43 PM
|
|
Malaysia lost again to China or something? Malaysia team seems like can pack their bags, head back to malaysia, and start complaining!
|
|
|
|
|
|
slyyoung
|
Dec 4 2006, 01:54 PM
|
|
The China keeper like very lan si,keep on kissing his fingers and pointing to the sky for the camera..if im not mistaken he is the one the european clubs are watching rite??wang dalei i think.....
|
|
|
|
|
|
HangPC2
|
Dec 4 2006, 02:13 PM
|
|
Kalah tapi mencabar
DOHA - Cabaran Malaysia untuk mengintai peluang ke suku akhir acara bola sepak lelaki tertutup apabila seperti dijangka, kalah kepada pasukan pilihan, China 1-3 pada perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan E di Stadium al-Arabi di sini malam tadi.
Malaysia, yang kalah dengan angka yang sama kepada Oman dalam perlawanan pertamanya minggu lepas, akan bertemu Iraq, Rabu ini untuk melengkapkan jadual manakala China semakin hampir untuk mara ke pusingan berikutnya selepas meraih enam mata.
China yang jelas memiliki kelebihan saiz fizikal menguasai hampir keseluruhan permainan dengan larian dan umpanan pantas yang membuatkan pemain-pemain negara sekadar mampu mengekori mereka.
Malaysia hanya mampu bertahan sementara China, yang menang 1-0 ke atas Iraq sebelum ini, kecewa pada awal permainan apabila beberapa peluang di depan gawang sama ada tersasar ataupun dikekang oleh ketangkasan Syed Adney Syed Hussain.
Peluang terbaik China mula hadir pada minit ke-17 tetapiZhu Ting menyepak tinggi dari hujung kawasan gol dan kemudian kecewa apabila Syed Adney melayangkan badan untuk menepis keluar tandukannya pada minit ke-25.
Namun, kesilapan kecil penjaga gol Selangor itu pada minit ke-41 membawa padah besar gagal menangkap kemas sepakan bebas ketua pasukan China, Zheng Zhi lantas Gao Lin menerpa untuk menyepak masuk gol pertama pasukannya.
Seminit kemudian, Syed Adney diuji pula oleh Feng Xiaoting yang memaksanya pantas merebahkan badan untuk menangkap percubaan deras pertahanan kiri itu.
Babak selepas rehat tiada bezanya malah pergerakan China nampak semakin kemas dan hanya memerlukan tujuh minit babak kedua untuk mendahului 2-0.
Gol berpunca dari umpanan jauh dari bahagian pertahanan yang ditanduk ke dalam kawasan gol oleh Zhu Ting untuk Gao Lin dengan tenang menyepak masuk.
Ketika China nampak semakin selesa dan mengambil peluang mereka secara sambil lewa, pemain tengah Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar mengejutkan mereka daripada lamunan apabila sepakan bebasnya dari jarak 25 meter melayang ke penjuru kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol Wang Dalei bagi menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-66.
Ia adalah gol kedua Hardi di sini selepas menjaringkan gol tunggal Malaysia sewaktu menentang Oman.
China yang tersentak meningkatkan asakan dan menambah gol ketiga mereka empat minit kemudian.
MALAYSIA - Syed Adney Syed Hussain, Ronny Harun, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Azlan Zainal, Mohd. Kaironnisam Shahabuddin, Safiq Rahim, Mohamad Hardi Jaafar, Mohd. Nor Farhan, Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri, Saramsak Kram, Azlan Ismail
CHINA - Wang Dalei, Liu yu, Feng Xioting, Sun Xiang, Zhao Ming, Zheng Zhi, Chen Tao, Shen Longyuan, Zhou Haibin, Zhu Ting, Gao Lin.
- Utusan
|
|
|
|
|
|
Duke Red
|
Dec 4 2006, 02:30 PM
|
Look at all my stars!!
|
16 mins into the game against China, the share of possession was something like 76% - 24% in favour of China. Another crap performance inspite of whatever positives the coach may claim existed. I have no idea why we insist on entering such competitions when the team is clearly not up to mark, it is an embarrassment.
|
|
|
|
|
|
whatsupbro
|
Dec 4 2006, 07:14 PM
|
|
Aiya CHINA is strong lar... we will loss to all the country in our group.. so there no need for high hope for them.
All they(ALL MALAYSIAN PLAYER) need to improve on their ball control,passing,shooting,and how they position... They should notice this on their own so they can improve more to play in bigger tournament like AFC or ASEAN Cup.
If all the above are improved only then we can give challenges to bigger team in ASIA..even if they loss.
This post has been edited by whatsupbro: Dec 4 2006, 07:15 PM
|
|
|
|
|
|
SUSHaunkiem
|
Dec 9 2006, 08:59 AM
|
|
How come a Aus is in Asian Cup ?
|
|
|
|
|