Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
5 Pages  1 2 3 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

National Team Malaysian Football, AFF Suzuki Cup next!

views
     
HangPC2
post Nov 4 2006, 08:48 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

Pasukan Bola Sepak Malaya bergambar ramai dengan Piala kemenangan tahun (1936)

user posted image

Pasukan Pemain-pemain Malaya dan Burma di Pesta Bola Merdeka Pertama (1957)

user posted image

Pasukan Indonesia dan Thailand di Pesta Bola Merdeka (1957)

user posted image

Gambar Pasukan Korea Selatan Dan Vietnam Selatan (1965)

user posted image

Pesta Bola Merdeka, Malaysia Dan Kuwait 3 -1 (1973)

Pasukan Malaysia dan Kuwait (1973) Kejohanan Pesta bola Merdeka ke - 17 Malaysia - Kuwait (3 -1). Pasukan Malaysia : Berdiri (dari kiri ke kanan) : Wong Choon Wah, R. Arumugam, Namat Abdullah, M. Chandran, soh Chin Aun. Duduk : (dari kiri ke kanan) : Harun Jusoh, Mokhtar Dahari, Shaharudin Abdullah, Wong Voon Leong, Shukur Salleh, Rahim Abdullah.



user posted image

Soh Chin Aun Memegang Piala Kemenangan Pesta Bola Merdeka (1976)

Malaysia melawan Jepun, Soh Chin Aun memegang piala kemenangan bagi Malaysia 1976 dalam Pesta Bola Merdeka

user posted image

Pasukan Malaysia Dan Pasukan Korea Selatan, Johan Bersama (1977)

Kapten Pasukan Malaysia, Soh Chin Aun bersama Kapten Pasukan Korea Selatan kerana Johan Bersama tahun 1977 (Malaysia 0 - Korea 0)

Credit

Arkib Negara
HangPC2
post Nov 4 2006, 08:53 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Harimau Malaysia (1983)

Piala Presiden Korea Selatan

user posted image


Malaysia (1989) Gold Medal Winner In SEA Games Kuala Lumpur

user posted image


user posted image


Mokhtar Dahari

user posted image

Soh Chin Aun

user posted image




HangPC2
post Nov 4 2006, 09:54 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(papabear @ Nov 4 2006, 09:27 PM)
i think shebby played for selangor, correct me if im wrong.

ahh  i can see dollah salleh and zainal abidin in there, what a beautiful pictures. good job smile.gif
*
Kuala Lumpur

user posted image

Shebby Singh Dan K.Kannan Sebelum Final Piala Malaysia 1988


user posted image

Skuad KL sebelum Perlawanan Persahabatan Dengan Roda JC di Belanda

HangPC2
post Nov 16 2006, 06:05 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Harimau Malaysia Team


1983

In President Park Cup South Korea

user posted image

Shebby Singh, Yusof, Lee Kin Hong, Dolla Salleh, Lim Teong Kim. A. Anbalagan, Azizul Abu Hanifa, Azmi Mahmud



1989

Malaysia (1989) Gold Medal Winner In SEA Games Kuala Lumpur

user posted image




1993

user posted image

user posted image

1997

user posted image

This post has been edited by HangPC2: Jun 28 2010, 12:44 AM
HangPC2
post Nov 22 2006, 07:28 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Sukan Asia, B23 asah taring

KUALA LUMPUR - Mengakui skuadnya bebas daripada tekanan, Norizan Bakar merasakan pasukan bawah 23 negara mampu menunjukkan taring pada Sukan Asia Doha Disember ini.

Malah, ketua jurulatih skuad bola sepak negara itu yakin pasukan bimbingannya mampu membuktikan sesuatu kepada peminat apabila temasya di ibu negara Qatar itu tamat.

"Semua orang sudah tahu kami akan ke Doha tanpa tekanan. Realitinya dalam keadaan sekarang saya yakin kita boleh pergi jauh," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam, selepas mengumumkan senarai 20 pemain negara yang akan ke Sukan Asia.

Keyakinan Norizan, yang membawa skuad negara menang gangsa Sukan SEA di Filipina dua tahun lalu, juga bersandarkan bahawa anak-anak buahnya sudah cukup berpengalaman di peringkat antarabangsa sekali pun masih di usia muda.

"Walaupun mereka masih di bawah usia 23 tahun, tetapi mereka tahu apa yang negara kita harapkan daripada mereka.

"Mereka sudah tahu bagaimana untuk menghadapi perlawanan antarabangsa. Ini termasuk pemain bawah 20 tahun, Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri dan Safiq Rahim, telah mengharungi banyak perlawanan persahabatan dan kejohanan antarabangsa.

"Tetapi, matlamat utama kami ialah mahu bermain sebaik mungkin. Sasaran ini akan dibantu oleh faktor bahawa pasukan kita tidak dihantui sebarang tekanan," ujar beliau.

Sukan Asia membenarkan tiga pemain dari skuad senior untuk disenaraikan, justeru Norizan mengharapkan ketua pasukan Norhafiz Zamani Zamani Misbah dan rakannya di bahagian pertahanan Muhamad Khaironnisam Shahabuddin Hussain serta penyerang Hardi Jaafar dapat menjalankan tanggungjawab mereka membimbing rakan-rakan muda mereka apabila beraksi dalam keadaan terdesak.

''Selain itu, pengalaman luas penyerang Pahang, Mohd. Fadzli Saari yang masih berusia di bawah 23 tahun tetapi telah menjadi anggota tetap skuad senior sejak di bawah kendalian Alan Harris, juga dipertanggungjawabkan untuk menyatukan pasukan apabila diasak oleh pasukan lawan,'' kata Norizan.

Skuad negara yang mara ke pusingan kedua secara automatik setelah menjadi pasukan pilihan ketika undian awal, berada dalam Kumpulan E bersama-sama Oman, China dan berkemungkinan Iraq yang dilihat memiliki kemampuan melepasi pusingan kelayakan.

"Kita akan menghadapi tiga pasukan yang kuat di peringkat awal. Oman mempunyai beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Perdana England, China dilatih oleh bekas jurulatih skuad Piala Dunia Ghana manakala Iraq, yang berkemungkinan layak dari pusingan kelayakan, juga kuat walaupun negara mereka masih berperang.

"Tetapi saya yakin pasukan kita boleh melakukan sesuatu. Saya percaya pemain-pemain akan memberikan komitmen 100 peratus.

"Kita akan pergi dengan keghairahan (untuk menunjukkan kemampuan) dan semangat membara," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.as...an&pg=su_01.htm
HangPC2
post Nov 22 2006, 12:59 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(jimmy75 @ Nov 22 2006, 08:19 AM)
Malaysia team can enter world cup????
*
Just Dream lah!! rolleyes.gif
HangPC2
post Nov 22 2006, 05:31 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(whatsupbro @ Nov 22 2006, 02:56 PM)
apesalahnye berangan.... hua hua hua....

BTW oman have some EPL player??? what div...
*
tak silap ada yang main kat EPL dan Divisyen 1
HangPC2
post Nov 25 2006, 07:24 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Serbegeth Singh (Shebby)

1985

World Cup Qualification In Kathmandu , Nepal

user posted image

1986

Merdeka Cup Final Malaysia Vs Chezkoslovakia

user posted image

1987

In Europe

user posted image

1988

President Cup In South Korea

user posted image

This post has been edited by HangPC2: Nov 28 2006, 11:37 AM
HangPC2
post Nov 27 2006, 11:00 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(aizusan @ Nov 26 2006, 07:58 PM)
Gambar Soh Chin Aun dan Pasukan Korea Selatan semasa Pesta Bola Merdeka ke-23 IN COLOUR !!!! Tak sangka time ni pun Sultan Haji Ahmad Shah dah mula menyibuk dalam bola sepak negara  blink.gif......nyibuk ada makna tu  shakehead.gif  blush.gif

*click gambar untuk gambaran yang lebih besar*

Gambar Pasukan Korea Selatan semasa di pusingan akhir Pesta Bola Merdeka ke-23....kelihatan kelibat Sultan Haji Ahmad Shah dok nyibuk salam dengan pemain Korea Selatan  blush.gif ....patutla pasukan Korea Selatan di panggil "The Reds", dah dr dulu dok MERAH ja jersinya....kita plak???
user posted image

Gambar Soh Chin Aun dan Kapten Pasukan Korea Selatan ketika johan bersama Pesta Bola Merdeka ke-23.....agaknya pasukan Malaysia ni nak di panggil gelarannya "The White" ka? "The Yellow" ka? atau "The Blues"??? mana taknya, jersi Malaysia ada yang putih, pastu biru, pastu kuning.....jgn lepas ni kaler pink udah la :jeling::jeling:
user posted image
*
aizusan kau scan dari majalah ker..???

HangPC2
post Nov 27 2006, 11:02 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Pemain Malaysia Yang Bakal Bermain Di EPL

PETALING JAYA ? Nazrin Baharuddin bukanlah satu nama besar dalam arena bola sepak negara tetapi pemain berusia 16 tahun itu mungkin bakal menjadi pemain pertama Malaysia yang akan beraksi dalam Liga Perdana England (EPL).

Peluangnya kini dikatakan amat cerah untuk menyertai akademi kelab liga perdana menerusi program yang dianjurkan Kelab Bolasepak Ken Barnes (KBFC) yang berpusat di negara ini.

Timbalan Presiden KBFC, P. Subramaniam berkata, prospek yang dimiliki Nazrin amat besar terutama selepas dua kali menunjukkan bakatnya di England.

?Ini kali ketiga Nazrin diberi peluang menguji bakatnya bersama kelab dalam EPL selepas mempamerkan prestasi meyakinkan sebelum ini.

?Jika dua tahun lalu, dia menyertai akademi Manchester City, kali ini dia akan menyertai akademi kelab Wigan Athletic.

?Peluangnya memang cerah selepas dua kali dihantar ke sana,?katanya.

Nazrin berlepas ke England, malam tadi bersama dua lagi pemain muda iaitu Suresh Rajendran, 17, dan Anond Chim, 15.

Ketiga-tiga mereka akan berada di sana selama sebulan. Bagi Suresh ini kali kedua dia dipilih manakala bagi Anond pula, ini pengalaman pertamanya.

Sementara itu Nazrin ketika ditemui berkata, dia yakin untuk diserapkan ke dalam akademi kelab liga perdana di England kali ini.

Cuma katanya, dia perlu lebih menumpukan perhatian kepada usaha untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan bahasa di sana.

?Dari segi skil, pemain Malaysia tidak jauh bezanya. Tetapi cuaca sejuk kerap menjadi penghalang untuk saya bersaing dari segi kecergasan dan fizikal.

?Namun kali ini saya lebih bersedia berdasarkan pengalaman lalu,? kata pemain penyerang itu.

Ketika bersama Manchester City, Nazrin dua kali diserapkan ke dalam skuad utama akademinya untuk bermain dengan akademi kelab liga perdana England lain.

Jika berjaya mengatasi halangan kali ini, Nazrin akan ditawarkan kontrak untuk bermain bersama akademi Wigan dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya kelab tersebut.

This post has been edited by HangPC2: Nov 29 2006, 03:01 PM
HangPC2
post Nov 28 2006, 11:38 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(aizusan @ Nov 27 2006, 02:42 PM)
aku scan dari Buku Tahunan Malaysia tahun 1979....apasal, susah nak dapat ka gambar ni??? tp aku rasa ko punya gambar bola lagi ngancam  biggrin.gif .....siap ada tarikh MAY 87 plak tu kat tepi gambar shebby ko.....bpk ko kwn baik shebby ka??? mana ko dapat gambar tu??? tak pun kau sedara shebby??? smile.gif.....aku tabik la ko ada gambar tu  icon_rolleyes.gif ....tp skang, bleh tak ko tolong carikan gambar Mokhtar Dahari masa last match dia masa final Piala Malaysia tahun 1986 or semi final Piala Malaysia tahun 1986??? teringin aku nak tgk.....brapa umur ko ya? dah lama knal tapi tak tau plak umur ko brapa...nama ko? aku paiz....
*
ntah aku dapat kat website ntah ..... tak ingat link dier...

tapi kalau nak gambar lama kat surat khabar Harian Metro tahun 2004-2005 kalau rajin kene scan lah.. tapi aku tak dak scanner

ergh Umo dan nama nanti aku PM...

This post has been edited by HangPC2: Nov 28 2006, 11:40 AM
HangPC2
post Nov 29 2006, 03:01 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Oman ujian pertama skuad Norizan

DOHA - Skuad bola sepak negara sudah bersedia untuk menghadapi Oman hari ini dengan pengalaman daripada pertemuan lalu mampu membantu mereka mengekang negara dari rantau Teluk itu menerusi strategi serangan balas pantas yang diharap mampu membuahkan hasil.

Oman ialah pasukan yang mengalahkan skuad negara pada Sukan Asia di Busan empat tahun lepas dan di atas kertas menjadi pilihan untuk mengutip mata penuh.

Namun jurulatih negara, Norizan Bakar berkata, skuad negara kali ini telah belajar daripada pengalaman di Busan dan tahu di mana kekuatan pasukan itu.

''Kita sedar Oman sememangnya kuat dan menjadi pilihan tetapi saya berjanji pertemuan kali ini tidak begitu mudah bagi mereka.

''Pasukan-pasukan dari negara Teluk, sebagaimana yang kita ketahui, terkenal dengan kelajuan larian. Pada saya kemahiran individu lebih kurang sama antara pemain-pemain mereka dengan kita. Jadi kini kita lebih bersedia dengan langkah taktikal," katanya semalam.

Bagi Norizan, yang penting ialah anak- anak buahnya tidak melupakan strategi yang telah dirancang dan fokus terhadap permainan.

''Taktik Oman ialah bermain laju, jadi pemain-pemain kita kena berdisiplin. Kita tidak boleh membuka ruang buat mereka di bahagian belakang, dan dalam masa yang sama kita akan cuba mengambil kesempatan daripada peluang yang dimulakan oleh gerakan menyerang balas," katanya.

Malaysia dan Oman berada dalam Kumpulan E bersama-sama dua lagi pasukan kuat iaitu China dan Iraq yang mara dari peringkat pertama.

Namun skuad Bawah-23 negara mungkin terpaksa melupakan khidmat penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhimi yang cedera lutut sewaktu menjalani latihan.

''Pemain-pemain kita tidak mengalami sebarang masalah, cuma Mohd. Iqbal cedera di lutut. Tahap kecederaannya belum dapat dipastikan, kita akan lihat esok (hari ini)," kata Norizan.

Pengurus pasukan Datuk Anifah Aman pula melihat skuad muda negara begitu bersemangat dan kekuatan mental mereka berada pada tahap yang tinggi.

''Kita tahu Oman menghantar skuad yang dipenuhi oleh pemain-pemain dalam skuad kebangsaan senior mereka. Ini diakui sendiri oleh pengurus mereka. Mereka cukup bersedia dan terlatih.

''Tetapi saya lihat pemain-pemain kita berada pada keadaan yang baik. Dari segi skil individu saya fikir mereka tidak jauh bezanya. Yang penting mereka mesti memiliki semangat juang yang tinggi dan mengekalkan semangat berpasukan," kata Anifah.

Sementara itu, perang psikologi antara Iraq dan Oman menghangatkan saingan apabila mereka saling menuduh pasukan lawan menyenaraikan pemain-pemain melepasi umur 23 tahun.

- Utusan
HangPC2
post Nov 30 2006, 10:45 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Kita tumbang di pembukaan


user posted image
PEMAIN Oman, Mohamed Rabia Jamaan Al Noobi berusaha melepasi pemain Malaysia, Mohamad Hardi Jaafar (kanan) dan Norhafiz Zamani Misbah (tengah) dalam aksi Kumpulan E acara bola sepak Sukan Asia ke-15 di Stadium Al-Arabi, Doha, semalam. Oman menang 3-1.

DOHA - Skuad bola sepak negara bermula dengan nota kecewa pada perlawanan pembukaan mereka di peringkat Kumpulan E apabila tewas 3-1 kepada Oman di Stadium Al-Arabi di sini malam tadi.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut skuad negara dalam dua Sukan Asia setelah tumpas 1-0 kepada pasukan dari Teluk itu di Busan pada 2002.

Malaysia ketinggalan 1-0 pada babak pertama setelah pemain pertahanan negara, Ahmad Azlan Zainal menyepak bola masuk ke gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan bola hasil satu hantaran lintang pemain Oman.

Malaysia mengubah rentak apabila permainan bersambung ke babak kedua bagaimanapun masih menyebelahi Oman buat kali kedua apabila penyerang Ibrahim Ghailani melonjak tinggi di celah asakan pertahanan negara untukmenanduk umpanan lintang sayap kanan Fawzi Doorbeen pada minit ke-57.

Skuad negara menggandakan kepantasan rentak permainan dan Oman mula dipaksa bertahan namun benteng mereka retak pada minit ke-61 apabila pemain Telekom Melaka, Hardi mengawal kemas umpanan lintang Saramsak Kram dari kanan untuk merembat masuk dari jarak dekat.

Namun bahang kebangkitan pemain-pemain negara tidak bertahan lama apabila mereka kembali kepada bertahan dan diasak ketika permainan menuju penghujung minit dan Oman menjadikan kedudukan 3-1 apabila Badar Maimani menyepak masuk dari jarak dekat pada minit ke-88.

- Utusan
HangPC2
post Dec 1 2006, 08:54 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Football: Malaysia vs Oman

[29 Nov 2006]

user posted image

Shoon Suwailim Said of Oman tries to get away from Saramsak Kram of Malaysia

user posted image

Mohamad Hardi Jaafar (L) of Malaysia twists away from Fawzi Bait Doorbeen of Oman

user posted image

Mohamed Rabia Jamaan Al Noobi of Oman gets away from Saramsak Kram of Malaysia

user posted image

Oman team line up prior to the round 2 men's group E match between Oman and Malaysia

user posted image

Malaysia team line up prior to the round 2 men's group E match between Oman and Malaysia

user posted image

Fawzi Bait Doorbeen of Oman passes the ball attended by Mohd Khyril Muhymeen Zambri and Kaironnisam Sahabudin Hussain of Malaysia

user posted image

Mohd Nor Farhan Muhammad of Malaysia gets away from Hassan Al Gheilani of Oman

user posted image

Mohamad Hardi Jaafar of Malaysia gets away from Ahmed Al Mahaijri of Oman during their round 2 match

user posted image

Mohamad Hardi Jaafar (L) of Malaysia gets away from Fawzi Bait Doorbeen of Oman
HangPC2
post Dec 1 2006, 08:55 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Norizan pertahan pemain

DOHA - Norizan Bakar bingkas mempertahankan pemain-pemainnya selepas skuad negara kalah 3-1 kepada Oman pada perlawanan sulung mereka dalam acara bola sepak Sukan Asia di sini dan berkata keputusan itu tidak adil buat mereka.

Malah, jurulatih kebangsaan itu memuji persembahan beberapa pemain muda terutama Safiq Rahim dan Khyril Muhaymeen Zambri.

''Keputusan itu tidak menggambarkan keadaan sebenar mutu permainan pasukan," katanya.

''Mereka telah bermain dengan baik, terutamanya pemain-pemain muda seperti Safiq Rahim dan Khyril. Malah beberapa pemain muda telah menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding sebahagian rakan mereka yang lebih senior," tegasnya.

Safiq dan Khyril berada dalam skuad pada saat-saat akhir iaitu selepas mereka pulang dari misi ke Banglore, India bersama skuad Bawah-20 yang dipimpin oleh K. Rajagopal.

Dalam perlawanan kelmarin, seperti dijangka skuad Norizan bermain secara berhati-hati iaitu memperketatkan bahagian belakang dan hanya mencari peluang untuk menjaringkan gol menerusi serangan balas.

Ia kelihatan berjaya pada awalnya tetapi dua pertahanan dari skuad senior kebangsaan, ketua pasukan Norhafiz Zamani Misbah dan Muhamad Kaironnisam Sahabuddin terpaksa bekerja keras dengan dibantu oleh Ronny Harun di bahagian kiri dan Azlan Ismail di kanan benteng.

Penjaga gol dari Selangor, Syed Adney Syed Hussain juga bertindak cemerlang walaupun kelihatan gugup pada awalnya. Dia disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas penjaga gawang pilihan pertama Mohd. Iqbal Suhimi cedera lutut.

Bagaimanapun, kesilapan sayap kiri Nor Farhan Muhammad yang tersepak masuk ke gawang sendiri pada minit ke-40 menjejaskan semangat skuad negara.

Jaringan itu, menurut Norizan menunjukkan kelemahan pemain-pemain negara iaitu mereka hilang tumpuan apabila permainan menuju hujung setiap babak.

Perkara yang hampir sama berulang pada separuh masa kedua apabila skuad negara dibolosi oleh gol ketiga Oman pada minit ke-88 menerusi percubaan jarak dekat Badar Maimani. Gol kedua Oman dihasilkan pada minit ke-57 oleh Ibrahim Ghailani.

Perlawanan itu, dari satu segi, kata Norizan menunjukkan pemain-pemain negara tidak mudah patah semangat apabila bangkit menyerang selepas rehat dan berjaya menghasilkan gol tunggal menerusi gerakan menarik yang disempurnakan dari jarak dekat oleh pemain tengah Hardi Jaafar pada minit ke-61.

Perlawanan kedua Malaysia ialah menentang China pada Ahad ini. China mengalahkan pasukan dari pusingan pertama Iraq 1-0.

- Utusan


Norizan kecewa pemain cuai ancaman lawan

ADA bibit rasa kecewa, dan ada juga perasaan gembira menyelubungi sanubari ketua jurulatih, Norizan Bakar, apabila mengupas kembali kekalahan 1-3 skuad bola sepak negara dalam aksi pembukaan Sukan Asia kepada Oman, malam kelmarin.


Kecewa kerana dia masih belum mampu mengikis sikap lama pemain negara yang kerap kali membenarkan rasa cuai kepada ancaman lawan di penghujung setiap babak menghukum mereka.

"Bola sepak adalah permainan 90 minit, bukan 70 ataupun 80 minit. Tetapi pemain masih diganggu kegagalan mengekalkan tumpuan menjelang minit-minit terakhir di separuh masa pertama dan kedua.

"Malah dalam perlawanan ini (kelmarin), kami melepaskan dua gol dalam tempoh lima minit terakhir pada babak pertama dan kedua. Ia adalah kerana kegagalan pemain mengekalkan tumpuan sepanjang masa," tegasnya.

Namun, dengan harapan melangkah lebih jauh sudah boleh dianggap terkubur - kerana dua lawan lebih handal, China serta Iraq menanti dalam baki jadual aksi - Norizan menjelmakan kupasan lebih positif sebagai rumusan aksi kelmarin.

"Kecuali keputusan itu, saya gembira dengan persembahan pemain. Ada banyak elemen positif kelihatan, terutama bagi pemain-pemain muda yang kurang peluang beraksi di peringkat tertinggi seperti ini.

"Mereka tidak takut atau tenggelam punca ketika menentang lawan. Pemain mempamerkan kemampuan mengatur gerak dan hantaran serta kerap kali juga mengancam gawang lawan," katanya.

Analisis itu jelas bertepatan kerana beberapa pemain, terutama Safiq Rahim selaku pengemudi tengah, tampak berupaya merencanakan gerak ketika Samransak Kram serta Nor Farhan Mohamad sentiasa menjadi duri dalam daging kepada benteng lawan.

Cuma, Norizan tampak bakal terus dihantui masalah tidak memiliki jentera penggempur berbisa, tambahan pula selepas Azlan Ismail ketara gementar dan kurang menyumbang dalam pertentangan itu.

Aksi Malaysia seterusnya ialah menentang China, Ahad ini, dan biarpun kemenangan sesuatu yang mustahil, Norizan pastinya mahu terus melihat peningkatan prestasi selain mengelak nasib menjadi budak belasahan barisan pilihan itu.
HangPC2
post Dec 4 2006, 02:13 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Kalah tapi mencabar

DOHA - Cabaran Malaysia untuk mengintai peluang ke suku akhir acara bola sepak lelaki tertutup apabila seperti dijangka, kalah kepada pasukan pilihan, China 1-3 pada perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan E di Stadium al-Arabi di sini malam tadi.

Malaysia, yang kalah dengan angka yang sama kepada Oman dalam perlawanan pertamanya minggu lepas, akan bertemu Iraq, Rabu ini untuk melengkapkan jadual manakala China semakin hampir untuk mara ke pusingan berikutnya selepas meraih enam mata.

China yang jelas memiliki kelebihan saiz fizikal menguasai hampir keseluruhan permainan dengan larian dan umpanan pantas yang membuatkan pemain-pemain negara sekadar mampu mengekori mereka.

Malaysia hanya mampu bertahan sementara China, yang menang 1-0 ke atas Iraq sebelum ini, kecewa pada awal permainan apabila beberapa peluang di depan gawang sama ada tersasar ataupun dikekang oleh ketangkasan Syed Adney Syed Hussain.

Peluang terbaik China mula hadir pada minit ke-17 tetapiZhu Ting menyepak tinggi dari hujung kawasan gol dan kemudian kecewa apabila Syed Adney melayangkan badan untuk menepis keluar tandukannya pada minit ke-25.

Namun, kesilapan kecil penjaga gol Selangor itu pada minit ke-41 membawa padah besar gagal menangkap kemas sepakan bebas ketua pasukan China, Zheng Zhi lantas Gao Lin menerpa untuk menyepak masuk gol pertama pasukannya.

Seminit kemudian, Syed Adney diuji pula oleh Feng Xiaoting yang memaksanya pantas merebahkan badan untuk menangkap percubaan deras pertahanan kiri itu.

Babak selepas rehat tiada bezanya malah pergerakan China nampak semakin kemas dan hanya memerlukan tujuh minit babak kedua untuk mendahului 2-0.

Gol berpunca dari umpanan jauh dari bahagian pertahanan yang ditanduk ke dalam kawasan gol oleh Zhu Ting untuk Gao Lin dengan tenang menyepak masuk.

Ketika China nampak semakin selesa dan mengambil peluang mereka secara sambil lewa, pemain tengah Telekom Melaka, Mohd. Hardi Jaafar mengejutkan mereka daripada lamunan apabila sepakan bebasnya dari jarak 25 meter melayang ke penjuru kanan gawang untuk menewaskan penjaga gol Wang Dalei bagi menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-66.

Ia adalah gol kedua Hardi di sini selepas menjaringkan gol tunggal Malaysia sewaktu menentang Oman.

China yang tersentak meningkatkan asakan dan menambah gol ketiga mereka empat minit kemudian.

MALAYSIA - Syed Adney Syed Hussain, Ronny Harun, Norhafiz Zamani Misbah, Ahmad Azlan Zainal, Mohd. Kaironnisam Shahabuddin, Safiq Rahim, Mohamad Hardi Jaafar, Mohd. Nor Farhan, Mohd. Khyril Muhaymeen Zambri, Saramsak Kram, Azlan Ismail

CHINA - Wang Dalei, Liu yu, Feng Xioting, Sun Xiang, Zhao Ming, Zheng Zhi, Chen Tao, Shen Longyuan, Zhou Haibin, Zhu Ting, Gao Lin.

- Utusan
HangPC2
post Dec 26 2006, 02:23 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Myteam In Wikipedia

---> http://en.wikipedia.org/wiki/MyTeam
HangPC2
post Dec 26 2006, 02:27 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(sCooteRiSm @ Dec 25 2006, 01:58 PM)
our national defender, mohd kaironnisam also play for my-team. hm..
*
MyTeam sign defender Kaironnisam

By S. SIVABALAN

user posted image

PETALING JAYA: National team captain Mohd Kaironnisam Shahabuddin has signed up with Premier League outfit UPB-MyTeam for the new season that kicks off on Dec 22.

The 27-year-old defender was previously with Super League side Petaling Jaya Municipal Council (MPPJ) who were banned by the FA of Malaysia (FAM) from the M-League in September.

Other seasoned players in the team are former Selangor striker Harris Safwan Kamal and goalkeeper Faizal Abdul Rashid; and Negri Sembilan's striker Mohd Nizaruddin Yusop and defender Yosri Dermaraju.

Their Croatian coach Bojan Hodak have signed up compatriots Mijo Dadic, a defender and Marin Mikac, a former national Under-21 striker as the foreign players.

Ten of the players were identified through the MyTeam television reality show while three were retained from UPB, who played in the Premier League last season.

Club president and team manager Khairy Jamaluddin said yesterday that expectations would be kept low for their debut season.

"The team is a blend of experience and enthusiasm," he said when announcing the team.

"Based on the dedication and determination displayed by the players, I am optimistic that we can emerge as a competitive team over the next few years."

"What is important is that we lay strong foundations for future sustainability. We have seen many clubs come and go. We hope that we are here to stay."

In their seven friendly matches so far, MyTeam had beaten teams like Malacca, Kuala Lumpur, and Negri Sembilan. Their only loss was to the national Under-21 team.


HangPC2
post Jan 6 2007, 11:59 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا




Jersi Malaysia

http://www.nikefootball.com.my/FAM/

user posted image
HangPC2
post Jan 25 2007, 11:10 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Malaysia vs Singapore 23 Jan 2007 (Photo)

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image



Credit

ZaHiD & zf (Selangorfc.com)

continue....

5 Pages  1 2 3 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0234sec    0.54    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 14th December 2025 - 07:31 AM