Senarai mangsa terbunuh dalam nahas ngeri di Melakahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles...iMelaka/Article2010/10/11
MELAKA: Berikut adalah nama 12 mangsa yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau, petang semalam.
Polis menyatakan mereka terdiri daripada sembilan rakyat tempatan dan tiga warga Myanmar.
Mangsa ialah pemandu bas ekspres R Ramachandra, 52, dari Kampung Tengah, Klebang Besar
Penumpang bas ekspres Muhammad Farizuddin Talib, 19, dari Balai Panjang
Malim; Azizi Ajis, 19, dari Kampung Japis, Nyalas
Norazmi Abdul Karim, 24, dari Kampung Pondok Kempas, Selandar
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, dari Semabok Perdana;
Nur Shafika Baba, 29, dari Pokok Mangga di sini
Tiga lelaki warga Myanmar itu ialah
Pau Khan Tual, 21
Kam Khaw Tual, 28
Cin Thawa Tuang, (umur tidak diketahui, kenderaan yang mereka naiki belum disahkan)
Pemandu van, Goo Chuan Heng, 34, dari Taman Maju, Batu Pahat
Pang Shi Moei dari Taman Segar, Segamat, 57
Eng Sok Kuan dari Kuala Lumpur, 52 (belum disahkan kenderaan yang dinaiki). - BERNAMA
----------------------
3 lagi mangsa nahas bas, kereta, van meninggal duniahttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...ni&pg=bt_10.htm11/10/2010 12:08pm
SEREMBAN 11 Okt. – Tiga lagi mangsa nahas kemalangan melibatkan dua bas, tiga kereta dan sebuah van di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, semalam, meninggal dunia hari ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengesahkan jumlah mangsa yang meninggal dunia setakat ini meningkat kepada 15 orang.
“Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital hari ini manakala 12 di tempat kejadian semalam,” katanya di sini hari ini. – Utusan
This post has been edited by soundsyst64: Oct 11 2010, 01:03 PM