Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
15 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs KELANTAN FA, Farhan,Azizi,Indra to TTeam?

views
     
TSgry
post Jan 5 2010, 01:52 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Lawan ganu sabtu nie, tetapi persembahan masih lagi meragukan..
TSgry
post Jan 9 2010, 01:31 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Hari ni lawan ganu, kawe insyallah akan gi dengan gu kawe. Biarpun friendly kurang menyakinkan, kawe harap kita boleh mene esok.

Barisan kemungkinan:-

Syed Adney

Daudsu Jamaluddin RB
S Subramaniam CB
Azizi Mat Rose CB
Farisham Ismail LB

Shakir Shaari CM
Badhri Radzi CM
S Chanturu MR
Indra Putra Mahayuddin ML

Akmal Rizal Rakhlili FC
Hairuddin Omar FC

4-4-2

Dikhabarkan kuota untuk pemain bawah 20 telah dimansuhkan oleh FAM, tak tahu betul ko dop, kalu betul, Hanif Mohd Noor mungkin main di LB
TSgry
post Jan 9 2010, 01:54 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Comel ko? heheh braso tok bekeng mana sebab ada putih plus kaler merah tak terang sangat. Petok2 putih tok payah pun takpo, tok comel pun.
TSgry
post Jan 11 2010, 01:03 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Untuk lawan Johor ni, bukan 12 hb tetapi 13hb. Tarikh telah ditukar. Azlan sebenarnya telah menawarkan diri untuk bermain tetapi sebenarnya beliau banyak menimbulkan masalah kepada pasukan ketika mewakili Kelantan dan menyebabkan pihak pengurusan dan Sathia sendiri tidak sign dia. Memang diakui dia antara pemain terbaik untuk penyerang di Malaysia ni tetapi masalah disiplin menjadi punca dia sering berpindah randah daripada sesebuah pasukan.


TSgry
post Jan 14 2010, 12:58 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


KELANTAN RAIH MATA PENUH

Kelantan membuka tirai Liga Super di gelanggang sendiri dengan nota kemenangan apabila menewaskan Johor tiga gol tanpa balas di Std. Sultan Mohammed ke-IV malam tadi. Setelah seri di Kuala Terengganu dalam aksi sulung, tiga mata jelas di tagih dari skuad B. Sathianathan oleh peminat setia "Red Warriors" dan misi itu berjaya disempurnakan oleh skuad Kelantan. Beraksi di depan hampir 20 ribu penyokong setia, Kelantan membariskan barisan sama sewaktu seri dengan skuad Penyu tempohari.

Kelantan hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan apabila satu serangan pantas menerusi Indra berjaya menghasilkan tendangan sudut dan tendangan Piya tepat singgah di kaki Akmal Rizal untuk gol pertama Kelantan. Selepas gol tersebut, Kelantan berusaha menambah jaringan namun perlawanan lebih banyak berkisar di tengah padang. Penyokong dihidangkan dengan persembahan yang cukup membosankan di mana aksi lebih kepada hantaran jauh mencari kelibat Hairuddin. Kelantan berpeluang untuk menambah jaringan di waktu kecederaan apabila Akmal berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol pelawat dan berjaya menggelecek namun dijatuhkan dalam kotak penalti. Penyokong bersorak gembira kerana merasakan Kelantan memperolehi tendangan penalti namun pengadil menghadiahkan tendangan gol kerana menganggap Akmal menjatuhkan badan sekaligus menimbulkan kemarahan penyokong yang mula membaling air dan objek ke dalam padang. Sejurus itu, wisel penamat di bunyikan.

Separuh masa kedua, skrip sama berulang apabila Kelantan hanya memerlukan dua minit untuk menambah jaringan apabila gerakan Norshahrul yang masuk menggantikan Chanturu berjaya mencari Akmal yang kemudian mengumpan kepada Piya yang berjaya melakukan "volley" yang cukup menarik untuk memberi gol kedua Kelantan. Selang beberapa minit kemudian, Indra Putra menambah jaringan apabila sepakan Piya ditepis oleh penjaga gol Johor namun bola muntah mudah ditanduk masuk oleh Indra. Aksi longlai dan koleksi hantaran jauh mencari rencah selepas itu dan perlawanan berakhir dengan tiga gol tanpa balas.

P/S:

Malas nok ngulas game male takdi. Mene yang mengecewakan. Corak hantaran jauh mencari kepala Hairuddin terus dipersembahkan. Gandingan Hairuddin dan Akmal cukup mengecewakan. Apa fungsi Akmal dalam game tadi? Selain menjadi penumpang dalam padang. Banyak loose ball, control ball mengecewakan. Hairuddin pun sama. Digunakan untuk jadi target man semata-mata. Boring dan sesuatu yang sudah dijangka.

Kita ada barisan tengah yang baik tapi tak guna. Dari bawah terus "lancar" cari Hairuddin. Mudah sungguh percaturan coach.!!!! Indra jelas "frust" apabila langsung tidak mendapat bola di separuh masa pertama sehingga turun ke bawah, switch dengan Chanturu mencari bola. Tolong coach, penyokong mari tengok bola bukan sebab result semata-mata tapi lebih nak have fun, nak enjoy, nak release tension.

Farhan sudah di convert jadi winger, sekarang ni Norshahrul pula nak di convert. Coach please la, tak sedar dan tak nampak kah anda, barisan depan kita nak speed. Gunakanlah player di posisi yang betul2 sesuai dengan mereka. Entahlah coach, coach lebih pandai. Coach lebih mengerti. Dan coach lebih mengetahui
TSgry
post Jan 15 2010, 11:17 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Sabtu ni Kelate vs Perlis di Kangar LIVE RTM1, dan perlawanan 23/1/2010 menentang Johor FC di Kota Bharu pun LIVE.

Info daripada RTM.(Tertakluk pada perubahan)
TSgry
post Jan 17 2010, 04:19 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Hahahahaha, Satu Malaysia menjadi saksi betapa "hebatnya" aksi Kelate malam tadi. Persembahan yang cukup memukau ditambah pula RTM berjaya merakam aksi Sathia yang meminta pemain terus membuat LONG BALL. Hehehe senangnya jadi coach. Satu taktik je, LANCAR!!!!!!!!!!. Bacalah dalam FB Norshahrul yang kecewa apabila bermain out of position sehinggakan beliau risau akan dicemuh nanti kerana gagal beraksi dengan baik disebabkan bermain di posisi bukan kegemarannya. So coach, apa lagi alasan anda esok, PEMAIN TAK FOKUS lagi ke?
TSgry
post Jan 20 2010, 04:26 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Dalam Buletin Awani, berita utama adalah Penyokong Kelantan Merusuh. Rupanya lepas game, ore duk kumpul depan astaka protes kepada Sathia. Maknanya satu Malaysia duk mentertawakan kita. "Kelantan, asal kalah merusuh", "Kelate team yang takleh terima kekalahan", "asyik2 ada masalah je dengan penyokong Kelantan". Mungkin ini yang yang selalu dikatakan oleh penyokong luar kepada team kita. Memalukan!!!!!

Kenapa saya kata mamalukan? Kita mewar warkan kepada satu Malaysia dengan pembelian ramai player, "star kononnya". Kita mewar warkan untuk menggengam 3 piala. Kita melakukan itu , ini tetapi cerita yang berlaku adalah sebaliknya. Jelas, empat games telah membuatkan penyokong gundah gulana> Kenapa ini berlaku? Sebab kita penyokong terlalu sayangkan pasukan Kelate. Pasukan Kelate adalah sebahagian daripada hidup kita. RM12 harga tiket terbuka, 25 tiket astaka bukan satu masalah dan hanya sejam diperlukan untuk tiket astaka habis semalam dan orang ramai beratur panjang untuk membeli tiket, masuk stadium demi cintakan pasukan kesayangan mereka. Dan jelas sejelasnya,penyokong telah menjalankan tugas mereka sebaik mungkin untuk sama2 menjadi "part of the winning team"

Pihak pengurusan menjalankan tugasnya sebaik mungkin. Membentuk skuad yang kononya lebih mantap dengan menerima sapa sahaja permintaan daripada coach untuk mendapatkan pemain. Menghantar pemain menjalani latihan pra musim di Bangkok. Menyediakan prasarana yang terbaik kepada pemain. Kebajikan pemain di jaga sepenuhnya. Jadi jelas, pihak pengurusan telah menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

Pemain bermain bolasepak adalah atas arahan coach. Jika taktikal coach jelas sesuai dengan pemain, dengan sendirinya akan terbentuk keserasian sesama pemain dan kita dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap. Jika gagalnya taktikal coach, rebahlah dan hanyutlah pemain yang terkial kial di atas padang. Pemain mendapat arahan coach. Suka atau tidak dengan arahan tersebut, pemain harus mengikutinya kerana itu kehendak coach dan pemain harus mematuhinya. Jadi sekiranya bermain out of position sudah ditetapkan, dan biarpun pemain jelas GAGAL beraksi baik disebabkan bukan posisi kegemaran mereka, mereka TETAP melakukannya. Jelas sejelasnya pemain sudah menjalankan apa yang coach mahukan.

Jadi apa lagi yang kurangnya? COACH?

Empat games pramusim di Bangkok platform terbaik untuk memulihkan dan mencari kembali fitness selepas berehat tamat musim 2009. Bermain dengan kelab kelab utama di Thailand seharusnya platform terbaik untuk coach mengenal dan mengadunkan pemain lama dan baru untuk musim baru. Semua pemain ada kecuali Norshahrul yang menggalas tugas dengan pasukan kebangsaan dan Hairuddin serta Piya mula menjalani latihan dan menyertai pasukan.

Empat games di Kota Bharu, sudah seharusnya menjadi platform untuk coach menentukan barisan kesebelasan utama yang bakal beraksi di musim baru ini. 4 games tersebut bukan lagi proses ekperimen tetapi adalah proses untuk mencari persefahaman bagi kesebalasan terbaik untuk menggalas cabaran musim 2010. Dan jelas, 3 games terakhir, kombinasi telah dikenalpasti dan coach sendiri mengakui sudah menampakkan bayangan kesebelasan utama. Semua pemain seharusnya dalam proses terbaik untuk beraksi kerana fitness sudah ada, match fitness sudah cukup dan berada dalam keadaan yang cukup baik untuk memulakan saingan Liga Super. Sekali lagi tanpa kelibat Sharul yang beraksi sedikit kerana baru tamat menjalankan tugas kebangsaan dengan cemerlang dan Shahrul seharusnya sudah berada dalam kotak fikiran coach selaku pemain utama memandangkan status dan persembahan cemerlangnya bersama skuad negara.

Dan empat games Liga Super bermula, tiba2 langkah sumbang dimulakan. 5 mata daripada 4 perlawanan dengan himpunan pemain2 ternama yang coach sendiri mahu, yang coach sendiri minta. Dan kesebelasan utama yang beraksi ketika kejohanan pra musim di kota bharu seharusnya kita sudah mendominasikan kedudukan liga. Jadi adakah masih wujud pendapat coach perlukan masa, coach perlukan sedikit lagi ruang, coach masih belum dapat membentuk kesebelasan utama, coach masih mencari keserasian antara pemain? 4 perlawanan di pramusim di kota bharu adalah persembahan yang sama. Rentak permainan yang tidak berbeza. Ya mungkin kita boleh anggap ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi kalu empat perlawanan persahabatan + empat perlawanan liga dengan tahap persembahan yang sama, JELAS DAN NYATA coach GAGAL untuk membentuk team dan tidak KREATIF untuk mevariasikan corak taktikal yang sesuai dengan pemain. Ini lah SEBAB utama yang berlaku kepada team kita sekarang. Kegagalan mencari altenatif kepada bek kiri (Farisham dan Zamri bermain out of position) sejak dari Piala Malaysia, kegagalan mencari posisi terbaik kepada pemain (Norshahrul, Farhan), kegagalan mevariasikan taktikal (Long ball and LANCAR) dan paling penting keegoan yang cukup tinggi daripada coach ( Menyalahkan pemain apabila seri dan kalah, ego untuk meneruskan kombinasi Akmal dan Hairuddin yang jelas GAGAL (1 gol dalam liga, 2 gol dalam 12 aksi persahabatan).

Ini yang berlaku untuk empat perlawanan awal. Masih belum terlambat untuk menukar coach. Pemain + Pengurusan + Penyokong sudah melaksanakan tugas mereka. Coach jelas GAGAL. Jadi kini terletak di tangan pengurusan untuk membuat tindakan drastik. Penyokong mulai merusuh semalam. Ya, mereka membayar harga paling mahal untuk tengok bola di Malaysia ni tapi hanya untuk ditipu hidup2 oleh persembahan pasukan yang cukup teruk. Episod liar ini akan berterusan selepas ini dan jangan terperanjat andainya Sabtu ini, fans mulai boikot kepada pasukan.

Tepuk Dada Tanya Selera.
TSgry
post Jan 21 2010, 10:12 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(faris21 @ Jan 21 2010, 09:29 AM)
bagi aku dia merupakan GK terbaik Kelantan, setakat 4 game ni dia banyak save percubaan bahaya dan bg aku dia GK keempat terbaik di Malaysia selepas Farlizal, Sharbinee dan Helmi, cuma match lepas je dia buat stupid mistake, overall dia cemerlang dalam awal season ni dan klu aku diberi pilihan untuk memilih GK Kelantan aku akan kekalkan Syed Adney untuk next game, harus diingat Kelanta dapat 5 point awal season adalah hasil kecemerlangan Syed Adney
*
Agree dengan Faris21. Standard la goalkeeper, sehebat mana kamu bermain, orang hanya ingat silly mistake jah. Harus diingat, kalu striker score gol male tuh, Kelate tok kalah dan ore takkan highlight benda ni. Nak buat ko cerito, mene tak sedak ,striker hampeh concede pulok bola bodo. Halim Napi pernah buat mistake sama masa lawan Negeri Sembilan musim lepas.

Apapun, Sabtu ni ada LIVE sekali lagi Kelatan vs Johor FC. Kalu braso rugi tengok stadium, tengok depe tv jah. Kawe lagu mana pun, akan tetap gi.
TSgry
post Jan 21 2010, 11:08 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Try tanya RTM la kenapa dia pilih Kelate. Kawe tok kerja dengan RTM. Selangor kan buat rombongan ke GANU, kalau peminat setia mesti kena gi.
TSgry
post Jan 23 2010, 12:22 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(Trong-FC @ Jan 22 2010, 12:07 PM)
kawe tak minat nk g ganu dgn sek2 bas...selalu g sendiri2 ja....
tp kawe nk tengok sel v klate kt KB 13-3-2010 nanti..risau takde tiket masuk std je...
boleh duk Cemara Inn abe gry kita......guana gry leh adjust dak..

dah jd adat manusia....sepuluh kebaikan jarang dikenang(mungkin sekali je kot)..
tp kalau satu mistake je....mau sepuluh tahun je org duk kenang2 n caci...kita manusia..kita manusia.....takpe belajar la dari kesilapan....
*
Hehhe, boleh jah.

Info:-

Siaran Secara Langsung Esok dibatalkan setelah KEMANGKATAN SULTAN JOHOR. Bagaimanapun Perlawanan tetap diteruskan di SSMIV. Info KAFA


Added on January 24, 2010, 12:39 amKelantan mencatat kemenangan kedua di gelanggang sendiri musim ini apabila menewaskan Johor FC 4-1 dalam saingan Liga Super malam tadi. Selepas tewas di tangan Kedah Selasa lalu, skuad "The Red Warriors" bangkit dengan bergaya untuk mengutip tiga mata penuh sekaligus memberi keceriaan kepada hampir 15 ribu penyokong setia. Selepas dikritik hebat, B. Sathianathan mempertaruhkan barisan baru dalam kesebelasan utama selepas empat perlawanan terdahulu menggunakan kesebelasan sama yang jelas gagal memberi sebarang impak kepada aksi Kelantan musim ini. Halim Napi kembali memperkuatkan pintu gol Kelantan menggantikan Syed Adney yang direhatkan sambil Zairul Fitri kembali beraksi di pertahanan kiri manakala Subramaniam, Azizi dan Daudsu melengkapkan barisan belakang Kelantan. Selepas tersisih empat perlawanan akibat kecederaan, Norfarhan kembali selaku sayap kanan sambil Indra beraksi di sayap kiri dan Shakir dan Badhri Razi menjadi penggerak di bahahian tengah. Norshahrul Idlan akhirnya beraksi di posisi asalnya selaku penyerang dibantu oleh "anak emas" B.Sathiananthan Hairuddin Omar.

Bermain dalam tekanan penyokong yang mengharapkan aksi lebih baik berbanding aksi Selasa lalu, pemain jelas menunjukkan sedikit "urgency" apabila bersungguh sunguh cuba mendominasikan serangan namum aksi kemas anak buah Ramlan Rashid ternyata cukup menghiburkan. Bermain "simple" dan "one touch football" jelas meresahkan penyokong yang hadir. Usaha pertama Kelantan hampir membuahkan hasil apabila hantaran silang Hairuddin Omar gagal di kuis masuk oleh Norsharul ketika gawang terbuka luas. Bagaimanapun, Kelantan yang sekali sekala menyerang menerusi hantaran jauh mencari Hairuddin beberapa cuba mencemaskan benteng Johor FC dan usaha tersebut hadir pada minit ke 18 apabila lontaran ke dalam yang diambil Azizi jatuh betul-betul dihadapan Norsharul yang mudah melepaskan rembatan kencang untuk gol pendahuluan Kelantan. Namun tidak sampai seminit, Johor FC berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil gerakan "counter attack" pantas yang sama sekali memerangkap benteng pertahanan Kelantan apabila satu gerakan menarik dalam kotak penalti disudahkan dengan satu "first timer" yang menarik sekaligus menewaskan Halim Napi di gawang gol. Gol tersebut ternyata memberi impak kepada aksi pasukan Kelantan selepas itu apabila persembahan yang hampir serupa sebelum ini mula terjelma. Dan Kelantan sebenarnya cukup bernasib baik apabila Johor FC seharusnya berada di depan buat pertama kali apabila menerusi gerakan yang hampir sama, percubaan "first timer" kali ini singgah di palang gol. Aksi separuh masa pertama jelas milik penuh Johor FC.

Separuh masa kedua, Kelantan hanya memerlukan dua minit untuk menjaringkan dua gol apabila sejurus sepak mula, Kelantan dihadiahkan tendangan percuma selepas Farhan dikasari. Sepakan percuma yang diambil Badhri tepat singgah dikepala Azizi yang berjaya melakukan tandukan tipis sama sekali menewaskan G.Jevanathan, penjaga gol pelawat. Seminit berselang, giliran Indra pula meletakkan namanya selaku penjaring apabila sepakan percuma Badhri kali ini gagal ditangkap kemas oleh Jevanathan yang muntah disambut dengan rembatan deras daripada Indra untuk gol ketiga Kelantan. Dua gol awal tersebut ternyata merentap semangat juang pasukan Johor FC apabila persembahan mereka mula hambar dan longgar. Tiga gol seakan memberi kelegaan kepada B.Sathianathan apabila mula mengeluarkan Shakir untuk digantikan dengan Khairan. Chanturu pula dimasukkan untuk menggantikan Norsharul. Kemasukan Chanturu tidak sampai lima minit akhirnya menghasilkan gol apabila larian derasnya di sebelah kanan berjaya melepasi kawalan pertahanan Johor FC sebelum Chanturu bijak melorongkan bola kepada Norfarhan yang tenang mengawal bola sebelum melakukan rembatan kencang sama sekali menewaskan Jevanathan buat kali keempat. Perlawanan berakhir Kelantan 4-1 Johor FC.

P/S:

Kredit kepada pemain yang nampak bersungguh untuk menang malam ini. Permainan masih sama, cuma dibantu oleh beberapa pemain yang sepatutnya ada dalam team menyebabkan kita mampu menang besar. Jaringan besar bukan bermakna kita menguasai permainan, tapi disebabkan "clinical finishing" yang memberi perbezaan daripada aksi sebelum ini. Pada penonton yang hadir, mungkin angka empat gol satu kepuasan, tapi bagi peminat yang ingin melihat satu permainan bolasepak, aksi tadi adalah sederhana. Sebenarnya kita mampu bermain dengan baik sekiranya pemain digunakan dengan sebaiknya. Jelas, kehadiran Farhan memberi kelainan dari segi "threat" kepada barisan pertahanan lawan. Biarpun masih belum cergas sepenuhnya dan masih bermain bukan diposisi asalnya, Farhan jelas memberi impak kepada barisan depan. Kelibat Norsharul memberi "speed" yang baik di bahagian depan. Larian derasnya dan lenggok badannya jelas memberi kelainan di barisan depan. Jika sekiranya beliau mendapat umpanan yang baik daripada barisan tengah, pastinya Norsharul mampu menjadi ancaman terbesar kepada benteng pertahanan lawan.

Cuma melihat persembahan Johor FC, saya merasakan cukup cemburu apabila pasukan yang dibarisi rata-rata pemain yang tidak ternama cuma beberapa pemain berpengalaman seperti Eddy Helmi, Wan Rohaimi tapi mampu untuk mengamalkan corak permainan simple football. Passing, hantaran pendek. Cukup menghiburkan. Ditambah pula dengan keputusan 4-0 di Kuala Terengganu. Irfan Bakti hanya memerlukan dua bulan untuk menyediakan pasukan yang rata2 skuad muda, tapi mampu untuk bermain dengan baik. Dimana sahaja beliau berada, tidak kira apa jua masalah pasukan yang melanda, dia mampu untuk membina pasukan yang konsisten. Mungkin ini adalah jurulatih yang benar-benar berkualiti.

Saya tidak mahu komen banyak. 4-1 mungkin membuatkan penyokong sudah berpuas hati. Tahniah diucapkan. Pemain berhak mendapat sedikit kredit atas persembahan tadi biarpun tak ketara sangat peningkatan.

This post has been edited by gry: Jan 24 2010, 12:39 AM
TSgry
post Jan 26 2010, 12:33 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Perak biarpun muda tapi bermain jauh lebih baik daripada Kelate. Boleh jugak bermain simple football, passing, tak macam Kelantan, asyik LONG BALL je.

Atas kertas, nampak mudah tapi hakikat sebenarnya nothing special Kelantan tahun ni under Sathiananthan. Saya sendiri merasakan malam ni seri je.
TSgry
post Jan 26 2010, 04:02 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kita ada players yang bagus. Sharul, Farhan, Indra, Shakir, Piya, Ramzul,Zamri, Chanturu, attacking yang cukup menarik tapi coach tak reti guna.

Tak reti weh nok oyak gano, mugo kito ni tak biso supo coach gak.
TSgry
post Jan 26 2010, 11:30 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Sudah dijangka pun. Malas nok komen. Atas coach blako
TSgry
post Jan 30 2010, 12:52 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Malas nok kecek banyak. Esok mene tapi mene tak beruboh.
TSgry
post Jan 31 2010, 04:31 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


NORSHAHRUL 3-I PULAU PINANG

Kelantan mengutip tiga mata penuh malam tadi dalam saingan Liga Super selepas membenam skuad Pulau Mutiara 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammed ke-IV. Kemenangan tersebut jelas menggembirakan hati penyokong setia yang mana lebih 15 ribu penyokong setia hadir untuk memberi sokongan kepada skuad "The Red Warriors". Turun dengan kelibat Halim Napi selaku penjaga gol, Farisham Ismail kembali ke posisi asalnya selaku pertahanan kanan sambil Azizi dan Subramaniam terus mendapat kepercayaan untuk mengemudi benteng Kelantan sambil Zairul Fitree Ishak bermain di posisi pertahanan kiri. Norfarhan, Shakir, Badhri Razi dan Indra Putra mengisi posisi tengah sambil Norshahrul digandingkan dengan "ANAK EMAS" B.Sathianathan iaitu Hairuddin Omar selaku penggempur.

Kehadiran Pemangku Sultan Kelantan iaitu Tengku Mahkota Faris Petra seakan memberi semangat tambahan kepada para pemain yang pastinya ingin menjadikan perlawanan semalam pentas untuk membuktikan pasukan Kelantan masih antara pasukan pilihan dalam saingan liga musim ini. Kelantan bermula dengan sedikit agresif dalam lima minit pertama permainan namun Pulau Pinang yang terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila tandukan kapten pasukan Pulau Pinang hasil satu serangan balas menghasilkan gol pertama perlawanan. Gol tersebut ternyata mencetuskan kemarahan penyokong yang sekali lagi dihiburkan dengan persembahan sama seperti sebelumnya. Detik kemarahan penyokong ternyata tiba-tiba membakar semangat pemain yang mula melakukan beberapa serangan yang mencemaskan pihak lawan dan akhirnya Norshahrul berjaya menyamakan kedudukan apabila satu gerakan yang dimulakan oleh Indra Putra menemui Norshahrul yang kemudiannya berjaya melakukan satu sepakan seakan sepakan gunting yang terus mencecah gawang gol lawan dan sejurus itu, wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Separuh masa kedua, Kelantan membuat satu pertukaran apabila Halim Napi dikeluarkan dan Syed Adney dimasukkan. Kelantan memburu gol awal sejurus wisel dibunyikan dan hasilnya, Norshahrul sekali lagi berjaya menjaringkan gol apabila bijak menyambar bola dalam kekalutan di depan gol Pulau Pinang dan berjaya melakukan sepakan deras untuk gol kedua peribadinya. Ketika Kelantan jelas menemui rentak permainan, B.Sathianathan kemudiannya membuat pertukaran apabila memasukan S.Chanturu dan mengeluarkan Norfarhan. Tindakan tersebut ternyata menaikkan kemarahan penyokong ketika Norshahrul dan Norfarhan jelas cukup selesa bertukar tukar hantaran ditambah pula Norfarhan bermain dengan cukup baik malam tadi. Pertukaran tersebut ternyata mengubah corak permainan Kelantan yang kembali memperagakan aksi hantaran jauh. Gol ketiga Kelantan hadir pada minit ke 89 apabila Kelantan dianugerahkan sepakan penalti selepas Norshahrul dijatuhkan dalam kotak penalti setelah berjaya menggelecek empat pemain Pulau Pinang dan Norsharul diberi penghormatan untuk melakukan "hat-trick" pertamanya bersama pasukan Kelantan dan perlawanan berakhir dengan tiupan panjang daripada pengadil perlawanan.

P/S:

Perlawanan malam tadi jelas komitmen daripada para pemain. Mungkin kehadiran Tengku Mahkota memberi satu suntikan semangat namun sebenarnya pemain bermain atas dasar menghargai komitmen para penyokong. Pemain mula bermain selepas penyokong mula menunjukkan rasa tidak puashati kepada mutu permainan. Dan malam tadi boleh dianggap malam pemain bermain tanpa mengikut arahan jurulatih apabila pemain lebih banyak bermain "passing ball" berbeza dengan permainan sebelumnya. Apa yang menarik, Norsharul dan pemain meraikan gol bersama Hashim Mustapha.Adakah ini satu isyarat yang cukup jelas Hashim Mustapha lebih disenangi berbanding dengan ketua jurulatih. Jelas, pemain Kelantan mampu untuk memperagakan permainan "passing" kerana Kelantan jelas menggunakan kepantasan Farhan dan Shahrul untuk bergerak ketika sumbangan Hairuddin umpama penumpang dalam padang. Norshahrul membuktikan beliau calon yang lebih LAYAK untuk posisi hadapan dengan satu persembahan bertenaga dari awal sehingga akhir permainan. Tidak henti2 berlari, berada di serata padang dan jelas cukup selesa dengan posisi sekarang ini berbanding posisi sayap.

Separuh masa kedua, ketika rentak manarik sudah dapat dipersembahkan dan Farhan dan Shahrul nampak cukup berbahaya, tiba-tiba Farhan dikeluarkan. Satu tindakan yang cukup pelik daripada jurulatih ketika penyokong mengharapkan Hairuddin Omar dikeluarkan. Jelas, langsung tiada fungsi dalam padang, kawalan bola yang cukup teruk, lambat untuk membuka ruang tetapi masih mendapat tempat di hati Sathianathan. Adakah faktor " memilih bulu" wujud dalam pasukan ketika ini? Dan pemain lebih selesa bermain bola bawah dan tindakan pemain meraikan gol kedua juga bersama Hashim Mustapha seakan mengiyakan "cakap cakap" kononnya tangan-tangan ghaib yang tidak layak untuk menjadi jurulatih itu adalah ditujukan kepada Hashim. Dan ketika Hairuddin dikeluarkan dan digantikan oleh Zamri, rasanya inilah barisan sebenar pasukan Kelantan yang seharusnya menjadi kesebelasan utama selepas ini. Zamri atau Chanturu sebagai winger sambil Farhan dan Shahrul sebagai penyerang.

Keseluruhan, tidak dinafikan persembahan malam ini sedikit berbeza ditambah beberapa pemain seperti Indra Putra, Farisham, mulai menonjolkan permainan sebenar mereka. Indra Putra mula mendapat sentuhannya, selesa bermain selaku winger kiri tetapi tidak ditugaskan untuk melakukan crossing. Jelas, ini persembahan beliau yang lebih kepada free role. Barisan pertahanan pula kemas seperti biasa dan Halim serta Syed Adney sebenarnya tidak banyak mengeluarkan peluh malam tadi. Kehadiran semula Syed Adney sebenarnya satu langkah tepat kerana kita tidak sepatutnya menjadikan satu kesilapannya satu hukuman yang cukup berat ketika pemain ini jelas masih cukup muda. Sebenarnya beliau mampu menjadi antara penjaga gol terbaik pada masa akan datang dan kita sepatutnya memberi ruang untuk pemain ini belajar daripada kesilapannya yang lalu. Saya berharap kita memberi masa dan peluang kepada Syed Adney untuk membuktikan kebolehannya.

7 games saingan liga setakat ini, malam tadi boleh disimpulkan sebagai OK berbanding perlawanan sebelumnya. Namun apa yang pasti, B.Sathianathan mula tidak digemari oleh penyokong setia di stadium malam tadi. Berdasarkan laungan mendesak beliau berundur, sebarang keputusan yang tidak memihak kepada pasukan Kelantan selepas ini pastinya akan menguatkan lagi desakan berundur. Dan 7 games,tanpa sebarang gol daripada Hairuddin Omar, penyerang pilihan Sathia dan hanya mampu menang digelanggang sendiri ketika tiada sebarang gol di tempat lawan satu KPI yang cukup baik untuk seorang coach dan penyerang? whistling.gif: whistling.gif: whistling.gif:
TSgry
post Feb 1 2010, 04:05 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Setuju dengan demo faris. Kita sebagai fan boleh nampak punca msalah team, Hairuddin Omar. Tapi nok wat guano, kita coach cap aye jah. Lepas mene, kecek besar, padahal lawan Johor dengan Penang jah. Team cap ayam.

Payah nak tukar coach, TSAM oyak doh dia takkan sack coach. Wooohooo,
TSgry
post Feb 2 2010, 01:00 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Hahahhaa, betul2. Tiket rm12, paling mahal di malaysia tapi mene, paling huduh di malaysia.
TSgry
post Feb 10 2010, 02:50 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kita lawan Kedah. Away 16 hb pastu main di kb 3 hari kemudiannya. Seperti biasa, away kita tak rajin score lagi dan Kedah pulak dah jumpa form. Tak tahu nak kata.
TSgry
post Feb 17 2010, 12:49 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Seri 0-0. Kita tak pernah score and bolos pada away games. Hahahhaha.
Bahaya tanpa gol di Darulaman malam tadi. Piala FA ada away goal rules

15 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0426sec    0.81    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 01:20 PM