Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Local Clubs KELANTAN FA, Farhan,Azizi,Indra to TTeam?
|
TSgry
|
Oct 4 2009, 04:37 PM
|
|
Kita hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir memandangkan kita kini mengumpul 9 mata maksimum. Sekiranya menang selasa ini menentang pulau pinang, tempat kita ke suku akhir telah terjamin secara automatik selaku juara kumpulan E.
Sekiranya kita berjaya menang selasa ini, kita akan menjadi juara kumpulan sekaligus menanti juara kumpulan A samada Perlis atau KL Plus di suku akhir.
GOMO KELATE GOMO
This post has been edited by gry: Oct 4 2009, 05:37 PM
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 6 2009, 04:34 PM
|
|
Delay Telecast malam ni kat tv1. Kepada fans luar kelantan, bolehlah tengok perlawanan tumpuan malam nie pukul 12 malam kalau tak salah
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 7 2009, 12:16 AM
|
|
Mengecewakan! Itulah ungkapan paling sesuai menceritakan tentang persembahan kelate male nie. Kalu so game dua main berat, mungkin boleh diterima, tapi kalau dah 4 game main hancur lebur, kita anggaplah nasib meme duk alik kita. Bagi kawe, tiada specialnya memiliki bekas jurulatih kebangsaan seandainya empat game yang di rancangkannya jelas menunjukkan kita menang bukan sebab kita kuat tapi sebab NASIB. Mungkin terlalu awal untuk menilai B.Sathiananthan,tapi kalaulah malam ni playmaker kita dia memberi tugasan kepada Khairan dan Azlan, meme kawe tok pehe la apa taktik yang diserapkan kepada team. Apa yang Khairan dan Azlan boleh sumbangkan kepada jentera tengah selain hantaran tok tahu mana hala, control ball hancur, possesion out. Betullah kata Sathia sebelum ni, Liga M bukan lah liga sebabnya dia sendiri yang menyebabkan team kelate mainan seperti sampah. Hancur lebur. Benci atau tidak, jelas Pulau Pinang dan Kedah seharusnya mengutip mata penuh di kota bharu sekiranya jentera serangan mereka tak tumpul.
Dahlah tengah tak hidup, start second half, farisham tubik ganti dengan makalele. Apa motif sathia dengan pertukaran nie? Farisham tak injured pun, malahan player hok masuk adalah player sama posisi dengan dia, jadi apa game plan sathia untuk tukar rentak perlawanan.??? Heran bin ajaib. Norhisham masuk memberi sedikit option di tengah tapi sayang, pemain seakan tidak menyedari kehadiran beliau sebaliknya terus lancar bola untuk Khalid hambat. Asal jah boleh thrown in, Azlan pekong bola macam STOKE CITY. To Sathia, mene stoke city meme paling membosankan. Tak tahu la kot kot sathia peminat stoke city.
Last sub, farhan tubik ganti dengan zulyusry. Pertukaran sekadar melepas batuk di tangga memandangkan takdop sapo doh di bench time tu. Youngster jah tinggal. Mene dari first half sapa lah habis, srupo jah. Dua game doh tengok bola di kota bharu, banyak bual, menguap daripada tengok bola ditambah pulok dengan gelagat penyokong kita yang jelas mentaliti BODOH gilo. Doh tahu male nie ada delay telecast, time nie la seribu bedil dipekong, botol minuman di pekong yang terang terang di rakam oleh kamera.Awal 2 dulu lepas kena banned, pakat marah pekong, loni pakat duk sorok. Jelas la, kalau sebelum ni kita marah kalu ore kata kepada penyokong kita, penyokong setan ko, tak bertamadun ko, tapi benci ko dop,terima ko dop, realitinya kita harus telan yang penyokong kita meme MENTALITI rendah (BUKAN SEMUA TAPI SEGELINTIR YANG MARI NOK BERHIBUR)
Kalu lagu ni display kita, rasanya suku akhir tempat terakhir untuk kita. Kita bukan kuat pun tapi team lain lagi berat.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 10 2009, 11:49 PM
|
|
kalah 1-0.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 11 2009, 12:02 PM
|
|
betul dah tu.. yang hampir pastinya kita akan berjumpa kl plus di suku akhir kerana perlis akan memintas kl plus sekiranya mereka menang dengan margin 4 gol di cheras. Sesuatu yang agak mustahil ditambah pulak KL Plus main di gelanggang sendiri.
Jadi confirm la kita akan jumpa KL Plus. Satu pertemuan yang menarik kerana Std Cheras seperti stadium home untuk kita. Jadi apa lagi, bersiap sedia untuk berlarak ke Cheras minggu depan.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 12 2009, 11:02 PM
|
|
Esok lawe ATM di Kota Bharu. Game esok bagi kawe peluang terbaik untuk kita tengok karektor kita. Kalu mene dan display sama masa game sebelum ni, kawe rasa perjuangan kita akan berakhir di suku akhir.
Added on October 14, 2009, 1:28 amKelantan menamatkan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia dengan penuh bergaya apabila membenam ATM 5-0 di Kota Bharu. Biarpun sudah mengesahkan tempat ke suku akhir secara automatik, B.Sathianathan tetap menurunkan kesebelasan utama malam tadi apabila Halim Napi kembali mengisi posisi penjaga gol manakala Hanif, Badut, Rizal dan Ropi menjadi benteng pertahanan. Azlan dan Daudsu bertindak selaku anchor di bahagian defensive midfielder manakala Indra dan Farhan bertindak sebagai winger. Cik Hishamuddin menjadi back up striker kepada Khalid Jamlus di barisan serangan. Bermula sedikit laju, Kelantan melakukan serangan menerusi Indra yang dua kali berjaya melakukan sepakan deras yang hampir hampir memberikan gol pendahuluan kepada pasukan tuan rumah. Khalid pula dua kali percubaanya dinafikan oleh palang gol. Pertama, sepakan "lob"nya memerangkap penjaga gol ATM namun palang menjadi penghalang diikuti tandukan "free header" yang berjaya ditepis oleh penjaga gol sebelum bola melantun ke palang. Khalid sekali lagi hampa apabila sepakan derasnya menerjah jaring tetap penjaga garisan terlebih dahulu mengesan kedudukan "offside". Cik Hishamuddin berjaya memecah kebuntuan pada minit ke 38 apabila pergelutan di depan gawang ATM diterjemahkan dengan satu "flick" sama sekali menewaskan penjaga gol ATM sekali gol pertama untuk Kelantan dan gol pertama musim ini daripada Cik Hishamuddin kepada pasukan Kijang. Rentak perlawanan seb tiba-tiba berubah menjadi hambar kerana barisan tengah jelas ketiadaan idea sehingga memaksa barisan depan ke bawah untuk mencari bola dan separuh msa pertama berakhir dengan 1-0.
Separuh masa kedua, rentak sama dipamerkan apabila Azlan jelas menjadi mangsa kemarahan penonton dengan siri hantaran yang tidak kemas, control ball yang kurang kemas sehinggalah perlawanan menjadi begitu hambar. Namun secara tiba-tiba, Kelantan dihadiahkan dengan gol kedua apabila hantaran belakang pemain ATM gagal dikeluarkan dengan baik oleh barisan benteng ATM dan bola betul2 jatuh di depan Nor Farhan yang tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk melakukan sepakan deras sama sekali menewaskan penjaga gol untuk memberi keceriaan kepada hampir 10,000 penyokong setia Kijang. Indra Putra menjadikan kedudukan 3-0 apabila tenang mengawal bola dalam kotak penalti, menewaskan tiga pertahanan ATM sebelum melakukan sepakan yang terus menerjah jaring gol lawan. Rentak perlawanan bertukar menjadi laju apabila Kelantan bertali arus melakukan beberapa siri serangan dan hasilnya Indra terus berbisa apabila larian solonya diakhiri dengan satu sepakan kencang yang terus menerjah penjuru gawang gol ATM sebelum beliau mencipta hattrick apabila hantaran lintang Nizad Ayub di sambut dengan tolakan kemas ke gawang lawan untuk kedudukan menjadi 5-0. Nizad Ayub hampir menambah jaringan apabila sepakan guntingnya berjaya dikeluarkan di garisan gol oleh pertahanan ATM manakala Khalid terus hampa apabila bola tolakannya sekali lagi dinafikan oleh penjaga garisan kerana offside. Malam tidak menjadi Khalid berterusan apabila beliau melepaskan peluang terbaiknya malam tadi apabila lambat menyudahkan peluang terhidang biarpun gawang gol sudah ternganga luas. Perlawanan berakhir Kelantan menang 5-0.
P/S:- Walaupun kita menang besar malam ni, tapi rentak permainan masih lagi sama. Mungkin ATM yang menjadikan keputusan menjadi 5-0 kerana ATM jelas langsung tidak memberi ancaman kepada pasukan kita malam tadi. Secara dasarnya, saya sudah tahu kesebelasan utama pasukan sekarang ni. Azlan, Daudsu atau Khairan akan silih berganti menjadi penjana tengah kita. Kalau tidak Azlan dengan Khairan, Khairan mungkin akan berpasangan dengan Daudsu dan begitulah sebaliknya. Apa yang menimbulkan kehairanan, apa yang specialnya Azlan dan Khairan untuk posisi ni? Ya, mungkin Khairan punya stamina yang kuat untuk menggalas tugas ini tapi bagaimana dengan Azlan. Langsung tidak berfungsi. Ya, mana mungkin pemain yang biasa bermain di barisan pertahanan tapi secara tiba2 menggalas tugas selaku midfield pasukan. Daudsu agak okay tapi still masih seorang pertahanan bukannya midfield tulen. Kemasukan Norhisham Hassan banyak mengubah rentak di separuh masa kedua. Indra dan Farhan dilihat lebih ruang dan peluang ketika Norhisham mula berada di atas padang. Begitu juga dengan keadaan yang menimpa Farhan. Beliau adalah seorang penyerang tulen dan bukanlah seorang winger. Jelas, Farhan seolah olah keliru dengan tugas yang diberikan kepadanya. Seperti yang kita kenal, farhan seorang penyerang klinikal yang apabila dia "burst" dalam kotak penalti, akan membahayakan benteng lawan. Tapi kini, beliau kini seolah olah tidak dapat menterjemahkan keupayaan sebenarnya selaku penyerang. Ibarat Wayne Rooney merintih menjadi pemain sayap berbanding keupayaan sebenarnya selaku centre forward. Mungkin saya DEMAND, tapi jelas persembahan kita lebih kepada persembahan individu bukan lagi persembahan atas dasar semangat berpasukan. Indra jelas dibebani tugas bukan sahaja untuk mencari gol tapi terpaksa mencari bola disebabkan kelemahan jentera tengah kita. Bayangkan seandainya kita berjumpa pasukan yang punyai taktikal plan yang baik yang mana pergerakan Indra dirantai sepenuhnya, kepada siapa untuk kita harapkan??? Jawapan ada pada Sathia.
This post has been edited by gry: Oct 14 2009, 01:28 AM
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 14 2009, 10:00 PM
|
|
Betul dah tuh, laluan kita ke final agak terbuka luas. Masalah utama kita skrang ni adalah diri kita sendiri. Main dengan Kl Plus sepatutnya tak jadi masalah kerana mungkin dua dua game umpama home ground untuk kita. Kalau kita boleh baiki segala kelemahan hok ada, kita akan ke bukit jalil sekali lagi tahun ni.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 15 2009, 01:29 PM
|
|
Hardi and fatrurazi tak balik dah kelate.. demand nak gaji mahal sokmo padahal tak naik pun nama main luar.. yang terkini Azlan Ismail merayu untuk main dengan kelate tahun depan tapi pemain ini biarpun berbakat namun mempunyai masalah disiplin yang teruk. jadi takdop harapan kepada pemain2 takdop disiplin di kelate.
untuk musim depan pom, beberapa pemain meningkat naik tapi disiplin teruk bakal disingkirkan. sayang seribu kali sayang. permata yang baik tapi rosak
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 16 2009, 01:15 AM
|
|
Safee Sali sebenarnya ada dalam perancangan KAFA musim depan. Lebih2 lagi Sathia akan membentuk team dia untuk musim depan.Jadi bekas didikan dia untuk skuad kebangsaan mesti dalam perancangan dia. wait and see
Added on October 16, 2009, 1:54 amLANGKAH BERMULA DI SINI
Saingan Piala Malaysia kini memasuki pusingan suku akhir yang mana pasukan Kelantan di bawah bimbingan B.Sathianathan akan bertemu KL Plus di Std Cheras Selasa ini sambil perlawanan timbal balik akan berlangsung di Std. Sultan Mohammed ke IV Sabtu depan. Melangkah ke suku akhir selaku juara kumpulan A dan E, langkah kedua dua pasukan dianggap seimbang cuma sedikit kelebihan kepada pasukan Kelantan kerana perlawanan kedua berlangsung di Kota Bharu yang pastinya memberi sedikit "advantages" kepada pasukan tuan rumah.
Bagi KL Plus, kejayaan layak ke suku akhir apatah lagi selaku juara kumpulan jelas mencerminkan kekuatan skuad berpengkalan di ibu kota ini. Biarpun hanya berstatus kelab, tetapi pasukan ini dianggap kuat kerana sebilangan besar pemain yang dimiliki mereka kebanyakkannya adalah pemain berpengalaman seperti ketua pasukan mereka NorHafiz Zamani Misbah, Irwan Fadly Idrus, Fadzly Shaari, Mohd Lot Abu Hassan dan pemain pinjaman daripada T-Team iaitu Rosdi Talib dan penjaring terbanyak Liga Perdana, Mohd Haris Safwan. Jelas, kekuatan yang dimiliki mereka tidak seharusnya di pandang ringan apatah lagi mereka memiliki pakar taktikal antara terbaik di Malaysia iaitu Mat Zan Mat Aris.Rekod kedua pasukan dalam Liga Super boleh dianggap seimbang kerana masing masing menang satu perlawanan dan tewas satu perlawanan. Jadi aksi di Cheras nanti pastinya akan menjanjikan satu pertembungan menarik.
Bagi pasukan yang mendapat jolokan Red Warriors pula, kejayaan layak ke suku akhir pula sememangnya sudah dijangka kerana finalis Piala FA ini menjadikan Piala Malaysia pentas terbaik untuk sekurang-kurangnya menamatkan dominasi Selangor dalam kancah liga M musim ini. Selepas dikecewakan dalam saingan akhir Piala FA dan tempat keenam dalam saingan Liga Super, tumpuan pastinya ingin menjadikan Piala Malaysia pentas terbaik untuk menamatkan musim 2009 dengan nota gemilang. Selepas di kejutkan dengan pemergian Peter Butler, Kelantan menagih sentuhan emas B. Sathianathan untuk sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian Peter Butler membawa skuad Kijang ke Bukit Jalil dalam saingan final. Biarpun kehilangan sentuhan ketua pasukan, Badhri Radzi, Kelantan dilihat cukup liat untuk ditumpaskan dalam saingan Piala Malaysia. Mengutip 15 mata daripada 18 mata maksimum jelas menggambarkan kekuatan pasukan ini yang ditunjangi Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohamad, Khalid Jamlus, Nazrul Erwan Makmur dan pemain muda berbakat seperti Zamri Ramli, Farisham Ismail.
Langkahan Kelantan untuk memburu piala berprestij ini bermula di Std. Cheras. Bukan KL Plus, Perlis, Johor FC atau Selangor tetapi diri sendiri yang menjadi musuh utama sekarang. Sekiranya para pemain dapat melipat gandakan usaha, berusaha lebih gigih lagi, tidak mustahil Piala Malaysia akan singgah di bumi Kota Bharu buat sekian kalinya. Apa lagi yang pemain mahukan selain daripada mempunyai pengurusan yang cukup professional, yang menjaga kebajikan para pemain dan mempunyai para penyokong yang cukup setia berdiri di belakang pasukan. Semuanya pemain dapat milikinya di Kelantan. Jadi inilah detik terbaik untuk para pemain merealisasikan harapan dan impian para penyokong yang tetap bersama pasukan tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun. Kekecewaan yang dirasakan di pentas final Piala FA bukannya satu alasan untuk kami menarik diri daripada menyokong pasukan tapi kegagalan tersebut menjadi satu aspirasi kepada kami untuk sekali lagi bersama sama pasukan mencari kejuaraan sulung dalam kancah Liga Malaysia. Ayuh Wira Merah, langkahmu bermula di sini iaitu Std. Cheras dan apa yang pasti anda tidak keseorangan kerana kami sentiasa disampingmu. Gomo Kelate Gomo.
This post has been edited by gry: Oct 16 2009, 01:54 AM
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 18 2009, 03:19 AM
|
|
Setakat ini, 12 buah bas telah mengesahkan kehadiran penyokong Kelantan. Campur dengan ore kelate duk lembah klang lagi, rasanya seat 18k di cheras penuh dengan kaler merah..
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 20 2009, 02:16 PM
|
|
Kaunter tiket sudah dibuka seawal pukul 10 pg.. ramai kakloh ore duk beli tiket kebanyakkan kelate..
gapo gapo pom, male nie kita timbuk kl plus.. kepada orang kelate, malam ni ada delay telecast pukul 12 malam di tv1.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 21 2009, 03:54 AM
|
|
Mene supo skalo la, tak sedak cuma okay sket. Tengah seperti biasa, tak berfungsi. Gol mistake sendiri tadi, sepatutnya boleh avoid.
Penyokong dalam 12k tapi tak mene jugok. Parak2. Jupo kota bharu pulok sabtu nie
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 21 2009, 02:27 PM
|
|
Tiket astaka bagi perlawanan sabtu ini berharga rm25 telah habis di jual. Yang tinggal hanyalah tiket berharga rm12. Info KAFA.
Kepada fans di kota bharu, anda boleh mula mendapatkan tiket perlawanan bermula sabtu ini 10 pagi.
Cepat blako tiket confirm sold out.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 22 2009, 02:59 AM
|
|
Tiket dinaikkan rm2 untuk derma kepada mangsa gempa bumi di Indonesia. Semoga derma ini akan dibalas dengan kejayaan ke separuh akhir.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 26 2009, 01:15 AM
|
|
Polis tengok depe mato jah ulat tiket nie. Sebenarnya KAFA tak serius mana dale hal nie sebabnya asal tiket habis, oklah pada KAFA.
Kita main selaso nie. Tiket sudah mula di jual dengan harga rm 12 terbuka, rm 25 astaka.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 26 2009, 01:40 AM
|
|
Bos, esok tiket boleh didapati di pejabat KAFA. Atau di kaunter information di KB Mall. Kawe tak sure esok jual doh ko di stadium.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 27 2009, 06:06 PM
|
|
line up male ni. Halim,zamri, nazrul,rizal,farisham,daudsu,khairan, indra,farhan,cik hishamudin,khalid
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 28 2009, 01:06 AM
|
|
SINGA UTARA TERSUNGKUR DI KOTA BHARU
Kelantan membawa bekal selesa ke Kangar dalam saingan kedua Piala Malaysia selepas membenam singa utara 2-0 di Std. Sultan Mohammed ke-IV malam tadi. Kemenangan tersebut jelas meletakkan Kelantan kini sebelah kaki untuk mencipta sejarah untuk kembali ke pentas final Piala Malaysia. Bagaimanapun Kelantan jelas dipaksa bekerja keras sebelum mampu menjinakkan barisan bimbingan Irfan Bakti malam tadi.
Berbekalkan sorakan padu lebih 25,000 penyokong sendiri, Kelantan membariskan Halim Napi di bahagian benteng terakhir sambil Zamri Ramli, Rizal Fahmi, Nazrul Erwan dan Farisham Ismail bertindak sebagai benteng pertahanan. Daudsu dibantu Khairan Eroza bertindak selaku defensive midfielder sambil Nor farhan, dan Indra Putra bertindak selaku winger manakala Cik Hishamuddin Hassan bersama Nizad Ayub berpasangan selaku penyerang. Hadir dengan reputasi selaku naib juara Liga Super, Perlis jelas tidak gugup beraksi di Kota Bharu. Perlis jelas menguasai sebahagian besar permainan dan mereka hampir di depan seawal 5 minit pertama permainan apabila Fakhri Saarani mengambil kesempatan atas kesilapan Nazrul Erwan yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas dengan berjaya menggelecak dua pertahanan Kelantan sebelum melepaskan rembatan ke penjuru gol Kelantan namun Halim Napi cemerlang menggagalkan rembatan tersebut. Selang beberapa minit kemudian, Perlis mendapat sepakan penjuru apabila sepakan Fauzi Nan tepat ke arah pemain Perlis yang berjaya melakukan "free header" namun Halim sekali lagi sempat menepis bola sebelum bola singgah di palang gol. Selepas itu, Perlis terus mendominasikan saingan ketika pemain Kelantan jelas lemas dan tertekan dengan serangan Perlis. Peluang pertama Kelantan hadir apabila Indra bijak melorongkan bola kepada Cik Hishamuddin yang kemudian berjaya menghantar bola dalam kotak penalti yang disambut dengan tandukan kencang Nor Farhan yang bagaimanapun kecewa apabila tandukannya ditepis penjaga gol Perlis. Seolah mula mendapat rentak, Kelantan mula menggerakkan jentera serangannya dan hasilnya apabila Cik hishamuddin berjaya melorongkan bola kepada Indra dalam kotak penalti dan Indra bersedia untuk melakukan rembatan sebelum dirempuh dari belakang oleh pertahanan Perlis sekaligus Kelantan dihadiahkan sepakan penalti.Indra mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk memberikan keceriaan kepada penyokong Kelantan. Selepas jaringan tersebut, Kelantan seharusnya berjaya menambah jaringan apabila Nor Farhan berjaya melarikan bola daripada kawasan tengah sebelum bijak menghantar bola kepada Nizad Ayub namun Nizad mempersiakan peluang keemasan tersebut apabila lambat untuk melakukan sepakan sehingga mudah di baca oleh penjaga gol Perlis. Perlis turut berpeluang untuk menyamakan kedudukan menerusi situasi hampir sama namun kali ini Halim cemerlang di gawang gol Kelantan. Perlawanan berakhir dengan 1-0.
Separuh masa kedua, tidak banyak serangan dilakukan oleh kedua dua pasukan dan bola dilihat banyak berlegar di kawasan tengah dan tepi padang dalam tempo yang cukup perlahan. Jelas kedua dua pasukan dilihat keletihan kerana masing masing hanya sekali sekala melancarkan gerakan "counter attack". Perlis jelas cukup dominan dari segi hantaran, ketenangan mengawal tempo, dan dilihat lebih relaks ketika Kelantan kelihatan bertungkus lumus ketika melancarkan serangan. K. Soley jelas menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Kelantan menerusi siri gerakan dan hantaran lintang ke dalam kawasan gol Kelantan. Mujur Zamri seakan jawapan kepada kelincahan K. Soley. Kelantan seakan sudah berpuas hati dengan satu gol manakala Perlis biarpun mengawal perlawanan namun tidak ada gerakan yang mampu membahayakan barisan pertahanan Kelantan. Kelantan seharusnya berjaya memperolehi gol kedua menerusi Nazrul Erwan yang berjaya melakukan tandukan hasil sepakan percuma Khairan Eroza. Namun sayang, ketika penjaga gol Perlis seakan sudah tertewas, tandukan Nazrul terlebih dahulu jatuh ke tanah sebelum melantun sedikit daripada gol Perlis sekaligus disambut dengan nada kekecewaan oleh penyokong Red Warriors. Dan ketika penyokong seakan percaya perlawanan akan berakhir dengan satu gol, Kelantan berjaya mendapat satu tendangan penjuru yang di ambil oleh Khairan sebelum ditanduk kemas oleh Rizal Fahmi untuk memberi gol kedua kepada Kelantan sekaligus wisel penamat ditiupkan oleh pengadil Subkhidin Salleh.. Gol tersebut disambut umpama pesta oleh penyokong tuan rumah dan pemain Perlis ternyata kelesuan melihat bola mencecah ke gawang mereka sekaligus memberi bekal yang cukup selesa kepada Kelantan sebelum bertandang ke Kangar Sabtu ini. Sekian.
P/S: Game tidak lah sebagus masa lawan KL Plus namun sudah cukup untuk menceriakan penyokong kita malam tadi kerana pemain jelas kelesuan dan keletihan. Masing-masing dilihat bermain dibawah keupayaan sebenar terutamanya Indra sendiri yang seakan hanya menjadi penumpang dalam padang semalam. Hanya kekebalan benteng pertahanan kita sambil kecemerlangan Halim Napi banyak menyelamatkan Kelantan. Perlis biarpun mendominasikan permainan, namun mereka jelas tidak mempunyai "clear cut chances" dan mereka jelas kehilangan Azi Shahril di bahagian enjin mereka.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Oct 29 2009, 10:07 PM
|
|
Malaysia Cup 2009: Kelantan hungry for success 2009/10/29
Ajitpal Singh and Zainuddin Muhammad
KELANTAN were left in the doldrums when coach Peter Butler quit just before the start of the Malaysia Cup and critics thought his replacement -- B. Sathianathan -- would not be able to match the Englishman's qualities.
However, Kelantan, under Sathianathan, have become better and they are just 90 minutes away from qualifying for their second Cup final this season.
It has been 39 years since Kelantan appeared in the Malaysia Cup final and they have a chance to end the long wait after overcoming Perlis 2-0 in the first leg of the semi-finals in Kota Baru on Tuesday.
In the 1970 Cup final, Kelantan were defeated 2-0 by Perak.
Sathianathan is now the most recognisable face in Kelantan and the former national coach is constantly mobbed by fans in Kota Baru.
The Kelantan FA has even hired a personal bodyguard-cum-driver for him to ensure his privacy in Kota Baru.
Sathianathan says Kelantan, despite winning, did not play well enough against Perlis on Tuesday. "The secret behind Kelantan's success is the hunger to win the Malaysia Cup. Kelantan have never won the title and they have a chance to do so this season. We are just 90 minutes away from it," said Sathianathan yesterday.
"Football is lively in Kelantan. People here are football crazy. The fans believe it will be Kelantan's year and I hope to deliver their dream to them."
Kelantan's goal scorers on Tuesday were Indra Putra Mahayuddin and Rizal Fahmi Rosdi.
"Despite everything here going for us, we still didn't play well enough in the first leg. Perlis played better in the first half but we came back strongly in the second, and though we have a two-goal cushion, we must be careful in Kangar on Saturday," he said
Kelantan will face a difficult situation in Kangar as their top player Indra is suspended.
Without Indra, Sathianathan will have to rely heavily on under performing Khalid Jamlus and Mohamed Norfarhan for goals.
"We will definitely miss Indra and also defender Azlan Zainal, who injured his knee yesterday (Tuesday). I will need to make a few changes," he added.
|
|
|
|
|
|
TSgry
|
Nov 1 2009, 03:21 AM
|
|
takdop masalah la. Main di BUKIT JALIL bukan main di kota bharu. 100 ribu seat ada. takdop masalah tiket la. FINAL dengan selangor pom ore boleh beli lagi masa game nak start. Jangan duk rusing.
Lagipun main lawe N9. N9 bukanlah pasukan hok ada ramai penyokong pom, jadi ticket confirm lebih ko team kita lagi.
so pakat2 la ready gi bukit jalil. Kawe duk kl doh ni, dekat area bukit jalil doh.heheheh..
insyallah kita tak kecewa dah kali ni
|
|
|
|
|