Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
15 Pages « < 6 7 8 9 10 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

Local Clubs KELANTAN FA, Farhan,Azizi,Indra to TTeam?

views
     
TSgry
post Nov 1 2009, 12:35 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Farisham Ismail
TSgry
post Nov 2 2009, 03:14 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Setelah semakan di buat, disahkan Halim Napi dapat bermain di FINAL biarpun mengutip kad kuning kedua di Perlis.

Kelantan akan menjadi tuan rumah sekaligus akan memakai baju merah di FINAL nanti.

KAFA turut mengesahkan harga tiket FINAL adalah RM20 dan boleh didapati mulai Rabu ini.
TSgry
post Nov 2 2009, 05:52 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


PREVIEW FINAL KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN

Negeri Sembilan menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencatat kemenangan 100% dalam saingan Piala Malaysia apabila berjaya memenangi kesemua 10 perlawanan mereka setakat ini sekaligus mara ke perlawanan akhir untuk musim 2009. Reputasi ini sememangnya sesuatu yang sedikit menggusarkan kem Kelantan memandangkan mereka hadir ke perlawanan akhir dengan rekod 24 gol dalam 10 perlawanan sambil hanya dua kali di bolosi sepanjang kempen Piala Malaysia. Jadi jelas, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan ini adalah pasukan paling cemerlang dan pilihan untuk menjulang Piala Malaysia 7 November ini. Kekuatan utama pasukan ini adalah terletak kepada kombinasi Hairuddin Omar dan Zaquan Adha di bahagian serangan. Paling menyerlah, Zaquan yang sudah menjaringkan 9 gol sambil Hairuddin mencatat 3 gol. Namun, kemampuan pemain lain di posisi berlainan yang turut mampu menjaringkan antara penyebab kecemerlangan skuad Hoben Jang Hoben ini. Diimbangi oleh barisan tengah mereka yang diketuai oleh pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya, Idris Karim, S. Kunalan nyata memberi kekuatan menyeluruh kepada mereka. Kelibat Aidil Zafuan selaku kapten pasukan, Syamsul Sabtu, Ching Hong Aik.Afandy Adimel, Mohd Rahman Zabul dan penjaga gol mereka Farizal Harun jelas nadi kekuatan utam pasukan ini. Hanya di bolosi dua kali iaitu kepad Johor di peringkat kumpulan dan Terengganu di peringkat separuh akhir, jelas satu tugas sukar menanti barisan depan pasukan Kelantan nanti. Kebijaksanaan pengedali Negeri Sembilan iaitu Wan Jamak Wan Hassan pula diakui punya utama kebangkitan semula pasukan ini. Gemar dengan formasi 3-5-2, apa yang pasti, kepakaran taktikan Wan Jamak pastinya sekali lagi di tagih Sabtu ini dalam usaha mengakhiri penantian 62 tahun untuk kembali menjulang Piala Malaysia. Namun di sebalik kekuatan mereka, mereka turut mempunyai kelemahan mereka. Kebanyakkan pemain Negeri Sembilan adalah pemain yang sudah berumur. Biarpun mereka mungkin kaya dengan pengalaman namun keupayaan mereka untuk kekal cergas dalam tempoh genting 90 minit boleh diragui. Disinilah pemain Kelantan mampu untuk mengambil kesempatan ini memandangkan skuad Kelantan mampu untuk melancarkan gerakan "counter attack" pantas melalui kepantasan Indra Putra, Norfarhan dan kelincahan Cik Hishamuddin Hassan seperti yang dilakukan sewaktu separuh akhir kedua di Paroi dalam saingan Piala FA.

Barisan Kemungkinan:-
Farizal Harun (Penjaga Gol)

Aidil Zafuan
Syamsul Sabtu
Ching Hong Aik

Shukor Adan
Rezal Zambery Yahya
Idris Karim
Shahurain Abu Samah
S. Kunalan

Hairuddin Omar
Zaquan Adha

KELANTAN

Penantian panjang hampir 39 tahun untuk kembali ke pentas Final saingan paling berprestij di Malaysia akhirnya berjaya dileraikan oleh skuad Red Warriors setelah berjaya menumpaskan Perlis 5-1 secara aggregate sekaligus membawa Kelantan sekali lagi ke pentas final selepas tewas kepada Selangor dalam saingan Piala FA April lalu. Kini, Kelantan pastinya ingin menjadikan peluang kedua ini untuk menebus kekecewaan tersebut sekaligus mendakap Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah bolasepak Kelantan.Individu yang paling gembira pastinya Tan Sri Anuar Musa sekiranya Kelantan berjaya merangkul Piala Malaysia 7 November ini kerana beliaulah menjadi punca kebangkitan skuad Kelantan pada musim 2009 ini. Sebelum ini, kehadiran Kelantan hanya dipandang sepi oleh peminat Liga M, namun kini semuannya sudah berubah. Daripada sebuah pasukan kerdil, Kelantan kini sebaris dengan pasukan elit dalam Liga Malaysia dan sememangnya tahun 2009 baru hanya satu permulaan kepada pasukan ini. Setelah berbelanja besar mengikat barisan bintang seperti Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Mohammed, Khalid Jamlus, Azlan Zainal di awal musim, hasilnya mula dapat dilihat apabila Kelantan menjadi pencabar utama dalam saingan Liga Super, Piala FA dan kini hanya selangkah sahaja lagi sebelum satu lagi lakaran sejarah baru terpahat untuk pasukan ini. Seperti Negeri Sembilan, Kelantan turut mempunyai peledak rakus dalam saingan Piala Malaysia. Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohammed berkongsi 17 gol sesama mereka setakat ini. Paling cemerlang adalah Indra Putra yang sudah melakar 10 gol dan pastinya dalam keadaan terbaik selepas terlepas aksi separuh akhir kedua di Kangar, kelibat Indra Putra bersama Norfarhan sekali lagi bakal di tagih di Bukit Jalil Sabtu ini. Kelantan setakat ini dalam 10 perlawanan telah berjaya menjaringkan 20 gol sambil dibolosi 6 kali. Kehadiran Nazrul Erwan Makmor selaku pemain pinjaman daripada Felda United sebenarnya antara punca mengapa Kelantan berjaya ke final. Nazrul adalah jawapan kepada kelonggaran benteng pertahanan Kelantan sewaktu saingan Liga Super dan Piala FA. Ketenangan beliau mengemudi benteng Kelantan jelas memberi kekuatan kepada Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zamri Ramli di benteng pertahanan sambil kelibat Halim Napi di gawang jelas memberi kekuatan tambahan kepada pasukan ini. Kehilangan kapten pasukan Badhri Radzi sepanjang kempen Piala Malaysia ini sememangnya memberi kesan kepada struktur formasi dan persembahan Kelantan. Kehilangan Badhri Radzi di tambah tindakan Ketua Jurulatih Peter Butler meninggalkan pasukan sebelum tirai Piala Malaysia disingkap menambahkan lagi kecelaruan dalam pasukan Kelantan. Namun kehadiran B.Sathianathan, bekas pengendali skuad kebangsaan seakan tonik baru kepada pasukan ini. Biarpun masa bersama Kelantan cukup singkat, kepakaran B.Sathianathan jelas dibuktikan apabila membawa Kelantan ke pentas final Piala Malaysia. Terpaksa mencari alternatif lain selepas ketiadaan "playmaker" Badhri Radzi, B. Sathianathan menggunakan Daudsu Jamaluddin dan Azlan Zainal selaku dua pemain defensive midfieder untuk memberi lebih peluang kepada Indra Putra, Norfarhan dan Cik Hishamuddin lebih ruang untuk bergerak. Ternyata usaha ini berhasil biarpun jentera tengah Kelantan masih lagi merasai ketiadaan Badhri Radzi. Gemar dengan formasi 4-2-3-1, Sathia jelas bergantung kepada serangan balas pantas.

Barisan Kemungkinan:-

Halim Napi (Penjaga Gol)

Farisham Ismail
Zamri Ramli
Nazrul Erwan Makmor
Rizal Fahmi Rosid

Khairan Eroza Razali
Daudsu Jamaluddin

Norfarhan Mohammed
Cik Hishamuddin Hassan
Indra Putra Mahayuddin

Nizad Ayub

Berdasarkan rekod pertemuan kedua pasukan untuk musim 2009, Negeri Sembilan 3 kali menewaskan Kelantan . Dua kali dalam saingan liga, sekali dalam saingan Piala Malaysia sambil Kelantan hanya mampu menewaskan Negeri Sembilan sekali di Paroi dalam saingan Piala FA yang memberi Kelantan tiket final Piala FA. Namun itu cerita dulu kerana pentas final adalah saingan yang cukup berbeza dan pemain Kelantan yang sudahpun merasai pentas final musim ini pastinya menjadikan Final ini detik terbaik untuk menebus kedukaan tewas penalti kepada Selangor dalam Piala FA apatah lagi dijangka hampir 50 ribu penyokong Kelantan bakal membanjiri Std. Nasional Bukit Jalil sekaligus menjadi tunjang kepada pemain Kelantan untuk memastikan wisel penamat Sabtu ini hadiah terbaik untuk menghargai pergorbanan penyokong Kelantan yang tidak pernah mengenal erti putus asa menyokong pasukan kesayangan mereka.
TSgry
post Nov 4 2009, 12:17 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


tiket start jual dah. Rego rm20, kalau demo duk cyberjaya, kena gi cari bukit jalil ah
TSgry
post Nov 5 2009, 02:13 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Seng Kiat refer this

Tempat jualan tiket:

1) Restoran Al Hassan Nasi Ayam Kampung, Taipan Subang Jaya.
2) Restoran MZ, Kg Baru. K.Lumpur
3) Kedai Nasi Ayam Kampung, Medan Selera DBKL Cheras.
4) HTO De Futsal, Subang Jaya.

Dewasa RM20
Kanak-kanak RM5

confirm dapat tiket


Added on November 5, 2009, 2:15 amHehehe, lihat gambar menarik bawah nie

PENYERAHAN PIALA MALAYSIA MUSIM LEPAS KEDAH KEPADA BAKAL JUARA PIALA MALAYSIA SABTU INI IAITU PASUKAN KELANTAN

This post has been edited by gry: Nov 5 2009, 02:16 AM


Attached thumbnail(s)
Attached Image
TSgry
post Nov 7 2009, 02:33 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


ADAKAH PENANTIAN PANJANG INI AKAN BERAKHIR HARI INI?

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Adil. Bagilah kenikmatan untuk kami kali ini kerana kami tidak mampu lagi kecewa buat kali kedua. Airmata ini pernah mengalir sekali di Bukit Jalil sebelum ini, rasanya tidak mahu lagi kami menangisi untuk kesekian kalinya.

Sesungguhnya, selepas segala kedukaan, pastinya ada terselit kenikmatan dariMU Ya Allah. Tewas kali pertama, kami ratapi namun kami gagahi untuk terus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan kami. Dicerca, di hina dan dilempar kata nista, kami terima seadanya kerana kami sayangkan pasukan kami. Segala kepahitan telah kami harungi Ya Allah, semoga yang Pahit Akan Manis Akhirnya.

Tidak banyak yang kami pinta, hanyalah secebis kenikmatan untuk merasai apa itu erti JUARA. Penantian kami ini sudah terlalu lama. Tak tertanggung lagi rasanya untuk menanti lagi selepas ini. Ya Allah, sesungguhnya kami berserah kepadaMU Ya Allah.


This post has been edited by gry: Nov 7 2009, 02:35 AM
TSgry
post Nov 8 2009, 01:27 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kalau orang cakap penyokong Kelantan tak bertamadun, aku sendiri orang Kelantan mengaku. Memang bodoh. Bodoh tak bertempat. Sebab segelintir yang bodoh, giler macam ni, yang gi tengok bola, yang betul2 support team pun turut jadi mangsa.

Dahlah ketinggalan, pastu duk baling mercun masa corner kick. Come on weh, kita bukan sahaja menjatuhkan moral team sendiri malahan kita boleh la dicop bodoh, tak bertamadun kalau dah macam ni.

Tak payah nak menegakkan benang basah, kalau dah jenis mentaliti bodoh takleh nak ubah memang payah. Gedebe tak bertempat.

To NS, Saya mewakili penyokong Kelantan ingin meminta maaf atas kebodohan dan kebiadapan penyokong kami sendiri. Dan tahniah atas kemenangan pasukan anda malam ni
TSgry
post Nov 8 2009, 07:08 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Semalam keputusan pengadil adalah bagus semua. Tak payah nak oyak pengadil sebab alasan kita tewas. kita memang tewas dari semua segi permainan semalam. Kita mene sorok jah campur dengan mene sikap bodoh tak bertempat.

Penyokong lalang jah ramai berbanding penyokong sebenar. Berapa kerat jah tinggal lepas kena 3-0, berapa kerat jah tunggu masa players amik medal. Berapa kerat jah try bangun wi semangat lepas kena gol kedua.

Sokong team masa team naik jah. Masa duk dalam LIGA FAM dulu, berapo kerat jah hok mari. Hok buat onar tuh meme jenis penyokong kampung. Mentaliti rendah.


TSgry
post Nov 16 2009, 09:37 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


berita yang dah confirm. Akmal Rizal main dengan kelantan musim depan. Kontrak telah sign.
TSgry
post Nov 17 2009, 06:14 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Senarai Pemain Kelantan 2010:-

Penjaga gol

1. Sy Adney-pemain baru
2. Md Shahrizan
3. Khairul Fahmi

4. S.Subramaniam-pemain baru
5. Zamri
6. Farisham
7. Rizal
8. Azizi Mat Rose-pemain baru
9. Sarudy-Tok tahu bakpo KAFA nok lagi
10. Zairul Fitree
11. Daudsu
12. Badri Radzi
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza
15. Wan Zaman-tak tahu bakpo KAFA nok lagi
16. Indraputra
17. Norfarhan
18. Zul Yusri
19. Azlan Zainal - Tak tahu bakpo KAFA nok lagi
20. Nor Sharul Idlan- pemain baru
21. Akmal Rizal- pemain baru
22. Nizad Ayub
23. Che Hishamuddin
24. Chanthuru- pemain baru
25. Ramzul


Digugurkan :

HALIM - Jurulatih keeper
KHALID-mintak dilepaskan (Nak dekat dengan isteri)
SERUL
NAFUZI
EZRIE
NORMI
SAPUAN
FAIZUL CHE NOH

Kelantan masih meneruskan perbincangan untuk mendapatkan dua lagi pemain iaitu Nazrul Erwan (Felda United) dan K. Soley (Perlis). Dua2 under contract.Kalu dua pemain ni boleh main, confirm akan ada dua lagi pemain untuk digugurkan untuk mencukupkan kuota 25 pemain musim depan.Mungkin dua pemain tersebut adalah Wan Zaman dan Sarudy Aziz atau Azlan (bakal berehat sekurang kurangnya 6 bulan, tak berbaloi simpan)

This post has been edited by gry: Nov 17 2009, 06:31 PM
TSgry
post Nov 20 2009, 10:41 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Esok buke di KB Mall tapi Kelantan Trade Centre. Dekat stadium
TSgry
post Nov 21 2009, 04:25 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Demo tok gi ko faris pagi tadi? hehehe..
Kawe ada kerja sikit, tokde nak gie
TSgry
post Dec 3 2009, 11:09 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Perlawanan Persahabatan. Pre Season

8-18 DIS : KE THAILAND ( VS Chonburi FC dan Bec Tero Sasana FC)

24-16 DIS : KE LEMBAH KLANG ( VS PKNS dan Selangor)

30 DIS : SSMIV ( VS Felda United)

2 JAN : SSMIV ( VS Terengganu)

Tertakluk kepada sebarang perubahan
TSgry
post Dec 4 2009, 11:23 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Perlawanan Persahabatan. Pre Season

8-18 DIS : KE THAILAND ( VS Chonburi FC dan Bec Tero Sasana FC)

24-28 DIS : KE LEMBAH KLANG ( VS PKNS dan Selangor)

30 DIS : SSMIV ( VS Felda United)

2 JAN : SSMIV ( VS Terengganu)

Tertakluk kepada sebarang perubahan

sorry abuss..silap teknikal..heheheh
TSgry
post Dec 8 2009, 10:23 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Piala Emas kita telah tersingkir.

Hairuddin Omar baru menandatangani kontrak bersama Kelantan musim depan dan akan terus ke Bangkok menyertai barisan pemain sedia ada untuk melengkapkan kuota 25 pemain
TSgry
post Dec 20 2009, 08:05 PM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Halim Napi didaftarkan untuk musim depan. Bermakna kelantan mendaftarkan empat penjaga gol. Pemain sudah balik dari Bangkok dan latihan akan bermula esok (Isnin).

Perlawanan persahabatan di Lembah Klang terpaksa dibatalkan memandangkan kesuntukan masa dan kelantan memilih untuk bermain di stadium sultan muhammad ke-iv. Berikut jadual baru perlawanan persahabatan.

23/12/2009 - KELANTAN vs T-TEAM (SSMIV)

26/12/2009 - KELANTAN vs PILIHAN NARATHIWAT (SSMIV)

30/12/2009 - KELANTAN vs FELDA UNITED (SSMIV

Sebarang perubahan akan diberitahu kelak
TSgry
post Dec 24 2009, 02:39 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Kelantan memulakan siri perlawanan persahabatan di Kota Bharu dengan bergaya apabila berjaya menewaskan pendatang baru Liga Super 2010 T.Team 2-0 malam tadi. Perlawanan pertama di Stadium Sultan Mohamed ke-IV itu berjaya menarik hampir 8 ribu penyokong setia tuan rumah yang pastinya ternanti-nanti aksi anak buah B. Sathianathan selepas aksi persahabatan sebelum ini dilangsungkan di Bangkok. Kelantan ternyata berwajah baru apabila kesebelasan utama yang diturunkan adalah Syed Adney di posisi penjaga gol, Rizal dan Azizi Che Rose bertindak selaku pertahanan tengah, Daudsu Jamaluddin kembali ke posisi asalnya pertahanan kanan sambil Zamri Ramli bertindak selaku pertahanan kiri. Kelibat Shakir Shaari dan Badhri Radzi di bahagian enjin tengah manakala Indra Putra dan Norfarhan bertindak sebagai sayap kiri dan kanan. Jentera serangan pula menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu.

Ternyata rentak persembahan Kelantan jauh berbeza. Tempoh 45 minit separuh masa pertama diterjemahkan dengan persembahan menarik daripada skuad Red Warriors yang kelihatan cukup kemas di setiap posisi kecuali bahagian pertahanan kiri yang diisi oleh Zamri. Malam tadi jelas milik S.Chanturu yang menggunakan kepantasannya untuk mengucar kacirkan pertahanan T.Team dan hasilnya melalui satu gerakan pantas sebelah kanan, Chanturu bijak melepasi dua pertahanan T.Team sebelum melorongkan bola kemas kepada Norfarhan untuk memberikan gol pertama Kelantan. Dua minit berselang, Chanturu meletakkan dirinya selaku penjaring gol kedua apabila Indra melakukan larian deras di bahagian sayap kiri sebelum melakukan hantaran silang yang di sambut dengan 'first timer' oleh Chanturu sekaligus menggamatkan stadium. Ternyata, kehadiran Shakir Shaari memberi nafas baru kepada jentera tengah disamping kehadiran semula Piya. Shakir ternyata cukup rajin, sangat mobile, tenang dan mampu melakukan hantaran jauh yang tepat sekaligus memberi ruang yang cukup luas kepada Piya untuk mengatur gerakan. Norshahrul pula masih segar dengan kejayaan menjadi tonggak kepada emas dalam acara bolasepak Sukan Sea baru-baru ini dan biarpun masih baru bersama pasukan, kehadirannya dalam pasukan cukup dirasai apabila gandingannya bersama Chanturu banyak memberi kelainan di barisan depan. Separuh masa pertama berakhir 2-0.Separuh masa kedua pula diibaratkan sebagai pentas untuk memberi ruang kepada pemain-pemain lain beraksi. Tiada aksi menarik untuk separuh masa kedua kecuali Syed Adney berjaya menafikan tendangan penalti selepas Azizi Che Rose menjatuhkan pemain T.Team didalam kotak penalti.

Rumusan:

Positifnya malam tadi, kita membuat keputusan yang cukup tepat dengan memancing S.Chanturu, Norshahrul, Shakir kerana ternyata ketiga-tiga pemain ini memberi kelainan kepada rentak persembahan Kelantan. Gandingan Chanturu dan Norshahrul pastinya memberi sedikit kelegaan kepada Indra dan Farhan yang ternyata mendapat beban tambahan musim lepas untuk mencari gol kepada pasukan. Kita kini mempunyai banyak pilihan di barisan depan ketika kita masih lagi memiliki Akmal Rizal, Hairuddin Omar. Shakir pula umpama jawapan kepada apa yang kita tidak miliki musim lepas. Pemain yang cukup rajin, tenang, bijak mengawal bola, memiliki hantaran jauh yang baik sekaligus memberi lebih ruang kepada Piya di barisan tengah sambil kehadiran kembali Piya memberikan inspirasi baru di barisan enjin tengah. Indra dan Farhan seperti biasa menggunakan pengalaman yang ada sebaiknya dan kita mempunyai barisan serangan dan tengah antara yang terbaik untuk musim 2010.

Negatifnya adalah barisan pertahanan. Biarpun tidak dibolosi malam tadi tetapi barisan pertahanan masih longgar dan ini mungkin menjadi masalah kepada pasukan kita musim depan. Kombinasi Azizi dan Makalele, biarpun langsung tidak teruji namun tidak wujud komunikasi yang baik antara mereka. Sebab itulah kita memerlukan seorang pertahanan tengah yang berpengalaman untuk memberi tunjuk ajar, menegur pertahanan muda kita ini. Posisi pertahanan kiri masih lagi diisi oleh Zamri Ramli dan akibatnya Zamri masih lagi tidak pulih daripada mimpi ngeri final Piala Malaysia apabila sering membuat kesilapan mudah sambil beliau menjadi sasaran untuk di boo oleh penyokong sendiri ketika memegang bola. Beliau adalah pemain yang bermain di posisi bek kanan dan wing kanan, seharusnya beliau bermain di posisi yang digemarinya. Ya mungkin Subramaniam mengalami kecederaan menyebabkan Zamri ditugaskan untuk mengisi posisi tersebut tetapi apa yang pasti sekiranya inilah posisi untuk Zamri musim depan, saya percaya beliau akan mengalami musim yang suram. Berdasarkan pemain yang ada di bangku simpanan, posisi pertahanan adalah cukup merisaukan. Kita hanya memiliki Farisham dan Subramaniam untuk posisi pertahanan yang secara jujurnya tidaklah begitu kebal. Farhan masih lagi diberi tugas sebagai sayap kanan biarpun saya merasakan Chanturu adalah calon paling sesuai untuk posisi berkenaan kerana Farhan lebih baik berada di atas bersama Norshahrul.

Bayangan first eleven kelantan musim depan adalah seperti berikut:

Syed Adney (gk)

Daudsu (bek kanan) Azizi dan Makalele (bek tengah) Subramaniam/Zamri (Bek kiri)

Shakir (defensive midfield)

Farhan (Sayap Kanan) Piya (Midfield tengah) Indra (Sayap kiri)

Chanturu (Penyerang) Norshahrul/Akmal (Penyerang)
TSgry
post Dec 27 2009, 01:30 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


Siri perlawanan PraMusim di Kota Bharu diteruskan untuk perlawanan kedua malam tadi apabila Kelantan yang melayan kunjungan Narathiwat FC terikat tanpa jaringan dalam perlawanan yang cukup membosankan di Stadium Sultan Mohammed ke-IV. Ketika kehadiran penyokong melebihi 10k, jumlah yang boleh dikategorikan tinggi untuk perlawanan persahabatan bagaimanapun gagal untuk menghasilkan satu perlawanan yang bermutu daripada pasukan tuan rumah biarpun tiga hari sebelum itu mudah menewaskan T.Team. Dibarisi oleh kesebelasan yang hampir sama sewaktu menewaskan T.Team, Syed Adney sekali lagi menjadi taruhan di benteng terakhir sambil Daudsu, Azizi, Rizal dan Zamri kekal di barisan pertahanan. Ketiadaan Shakir Shaari memberi ruang kepada Khairan Eroza beraksi sambil Norfarhan, Badhri Radzi dan Indra Putra menjana enjin tengah sambil Hairuddin Omar dan S.Chanturu diberi mandat selaku peledak.

Perlawanan yang disajikan ternyata cukup hambar dan membosan. Tiada satu gerakan menarik untuk diceritakan kecuali tandukan Indra hasil tendangan sudut Piya dikeluarkan atas garisan oleh pertahanan Narathiwat ketika pasukan pelawat mendominasi sepenuhnya perlawanan di babak pertama.Persembahan yang cukup lesu daripada semua bahagian berbeza sewaktu menentang T.Team tempohari. Begitu juga diseparuh masa kedua yang mana B.Sathianathan memilih untuk menggantikan Norfarhan dan Khairan untuk memasukkan Akmal Rizal dan Wan Zaman. Ternyata perubahan tersebut juga tidak memberi apa-apa impak kepada perlawanan kecuali Piya beberapa kali melakukan hantaran menarik yang gagal disempurnakan oleh barisan depan. Begitu juga kegagalan Akmal untuk menyudahkan rembatan Indra yang ditepis penjaga gol Narathiwat sebelum bola melantun betul-betul didepan Akmal yang kemudiannnya memilih untuk melakukan sepakan deras tinggi melewati palang biarpun pintu gol ternganga luas. Perlawanan berakhir tanpa sebarang jaringan.

Rumusan:

Pemain nampak lesu, hilang arah dan terkial-kial melihat Narathiwat mendominasikan perlawanan. Ketiadaan Shakir sedikit memberi impak di barisan tengah yang langsung tidak menampakkan sebarang rentak sambil barisan depan langsung tidak berupaya untuk melakukan sebarang percubaan bahaya. Indra nampak kepenatan, manakala Farhan terkial-kial di barisan sayap sambil Chanturu dan Hairuddin langsung tidak berupaya untuk menembusi benteng pelawat.

Barisan pertahanan agak kemas ketika Daudsu semakin selesa dan cukup agresif dibahagian bawah sambil Azizi dan Rizal masing-masing bermain selamat. Zamri masih lagi diletakkan sebagai pertahanan kiri dan hampir pasti untuk mengisi posisi tersebut pada musim depan. (Tindakan kurang bijak oleh coach). Kemasukkan Subramaniam ternyata memberi impak yang baik. Beliau ternyata cukup tenang, berani memegang bola dan yang paling penting sering bersuara dan memberi arahan kepada barisan pertahanan yang lain sesuai dengan statusnya sebagai kapten Perak sebelum ini. Mungkin beliau pilihan terbaik di barisan pertahanan tengah untuk Kelantan musim ini.
TSgry
post Dec 27 2009, 04:38 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


QUOTE(faris21 @ Dec 27 2009, 04:13 AM)
Seperti yang kita tahu setiap pasukan perlu menurunkan seorang pemain U20, Sathia tiada pilihan selain meletakkan Zamri di posisi LB, hanya Zamri, Somchai dan Ailim yang mungkin bermain dengan skuad utama dan Sathia tidak mungkin meletakkan Piya @ Shakir dibangku simpan hanya semata-mata untuk memasukkan Somchai ataupun meletakkan Idlan, Akmal, Chanturu atau Hai-O dibangku simpan hanya semata-mata untuk memasukkan Ailim
*
Letak Zamri di posisi asal dio, right back.Dari awal season, posisi Zamri adalah Right Wing. Dia selesa di situ dan dia mencipta nama di posisi tu sebelum Butler tarik dia main bowoh untuk cover RB.Sejak main LB, Zamri jauh daripada prestasi asal dia. Dua game doh kita napok dia lemas main out of position ditambah trauma kalah di Piala Malaysia tok hile lagi. Loni, dia mangsa boo penyokong kita sendiri. Bagi kawe, bakpo susah nok wi dio main RB? Sini silap coach kita, terlalu pentingkan attacking sampai lupa bahagian bowoh kita tak kuat mana lagi. Sememangnya masa season dengan Norizan Bakar lagi hanya Ropi jah kita ada untuk LB, sampai loni takdop pun usaha nak baiki bahagian tu.

TSgry
post Dec 28 2009, 01:01 AM

Red Warriors
*****
Senior Member
780 posts

Joined: Mar 2007
From: Seri Kembangan, Serdang


4-2-3-1

Inilah formation kesukaan kawe untuk pasukan Kelantan musim ini.

Syed Adney

Zamri (RB) Azizi (CB) Rizal (CB) Subramaniam (LB)

Daudsu (DM) Shakir (DM)

Chanturu (MR) Piya (CM) Indra (ML)

Norfarhan (FC)

15 Pages « < 6 7 8 9 10 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0393sec    0.46    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 22nd December 2025 - 09:51 PM