
Penduduk Sumatera Tak Boleh Sembarangan Ambil Kayu Balak Sisa Banjir, Kena Ikut Peraturan
Istana Presiden Indonesia melalui Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi, tampil bersuara berhubung penggunaan kayu balak yang dihanyutkan semasa kejadian banjir kilat di Sumatera.
Memetik Tribun News, Prasetyo memaklumkan penggunaan kayu balak oleh masyarakat perlu diselaraskan dengan kerajaan wilayah atau kerajaan tempatan.
“Beberapa hari selepas bencana di tiga wilayah, Kementerian Perhutanan telah mengeluarkan surat edaran kepada semua kerajaan wilayah serta kerajaan daerah dan bandar berhubung penggunaan kayu bagi tujuan pemulihan,” katanya ketika ditemui di Pos Komando Bencana Bersepadu Sumatera di Pangkalan Tentera Udara Halim Perdanakusuma, Jakarta pada Jumaat.
Menurut beliau, penggunaan kayu balak itu termasuk bagi tujuan pembinaan tempat perlindungan untuk penduduk yang rumah mereka dihanyutkan banjir dan tanah runtuh.
“Termasuk juga bagi tujuan pembinaan perumahan sementara atau perumahan kekal,” katanya.
“Peraturan-peraturan tersebut telah diwujudkan dan dimaklumkan kepada kerajaan wilayah serta kerajaan daerah dan bandar. Oleh itu, sekiranya orang ramai ingin memanfaatkannya, mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan berkaitan di setiap peringkat,” katanya.
Banjir yang melanda tiga wilayah di Sumatera iaitu Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat telah menyebabkan ribuan kayu balak dihanyutkan air dan bertimbun di kawasan perumahan serta di sepanjang lembangan sungai.
Di media sosial, timbul satu fenomena apabila orang ramai mula menggunakan sisa kayu balak akibat banjir di Sumatera untuk dijadikan barangan yang mempunyai nilai ekonomi, seperti papan.
Dalam naratif yang tular di media sosial, papan-papan berkenaan digunakan semula bagi membina kembali rumah penduduk yang rosak akibat banjir.
SOS
This post has been edited by soulknight: Today, 05:54 PM
Today, 05:52 PM, updated 2h ago
Quote
0.0147sec
1.16
5 queries
GZIP Disabled