The Perak state government will use part of the Friday prayer donation funds collected from across the state to purchase a portion of land belonging to Masjid Jamek Ar-Ridzuan in Alor Pongsu, worth RM1.8 million, from a non-Muslim Chinese owner.
The land issue arose after the grandson of the original waqf (endowment) donor sold part of the mosque’s land to the Chinese buyer, who is now legally claiming ownership.
There is a risk that part of the mosque may have to be demolished if the ownership claim is not resolved, which would be a source of shame for Muslims in Perak.
Discussions were held between the Chief Minister of Perak and key religious authorities including JAIPk and MAIPk to address the matter.
Friday prayer donations across the state total approximately RM5 to RM7 million per month, averaging RM1 million per week.
JAIPk has issued a notice to mosque and surau managements statewide informing them that part of the donation funds will be used to reclaim the mosque land, as a show of solidarity among Muslims in Perak.

IPOH – Kerajaan negeri Perak akan menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi membeli sebahagian tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai bernilai RM1.8 juta daripada pemiliknya yang berbangsa Cina.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, isu membabitkan pemilikan tanah masjid tersebut sebelum ini dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Noor Azman Ghazali baru-baru ini.
“Masjid Jamek Ar-Ridzuan didirikan di atas tanah wakaf tetapi cucu pewakaf tersebut telah menjual bahagian tanah itu kepada seorang Cina, maka ia (tanah) didaftarkan hak milik kepada pembeli berkenaan dan dia menuntut tanah itu.
“Kalau tuntutan tidak dipenuhi, maknanya masjid itu kena roboh sebahagian daripadanya. Malulah umat Islam di Perak ini, malulah exco agama Islam di Perak ini,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Kitab Bagi Tujuan Bacaan di Masjid, Surau Diri Jumaat dan Surau Ta’addud Jumaat seluruh Negeri Perak di sini hari ini.
Saarani berkata, sehubungan itu, beliau telah bebincang dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd. Annuar Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh berhubung itu tersebut
Katanya, beliau dimaklumkan MAIPk bahawa nilai kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri adalah antara RM5 hingga RM7 juta sebulan.
“Ini bermakna ada RM1 juta pungutan (derma solat Jumaat) seminggu. Sudilah apa kiranya nak tunjukkan solidariti umat Islam di Perak ini, supaya wang tersebut sebahagian daripadanya insya-Allah digunakan untuk menebus tanah itu yang katanya berjumlah RM1.8 juta,” katanya.
Justeru, Saarani berkata, JAIPk telah mengeluarkan surat pemakluman berhubung perkara tersebut kepada pihak pengurusan masjid dan surau di negeri ini.
“Sangat malang kepada kita kalau kita biarkan, apatah lagi kalau kita robohkan masjid itu hanya kerana tuntutan daripada orang bukan Islam kerana tanah itu telah dimiliki dia,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2025/05/05/wang-ku...google_vignette
Anyone want to donate?
can donate to
Bank Islam
Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu
08077010014368

This post has been edited by PeopleOfPerlis: May 6 2025, 03:06 PM
May 6 2025, 02:57 PM, updated 8 months ago
Quote
0.0220sec
0.41
5 queries
GZIP Disabled