Tular kes tarik kereta, polis cari 3 lelaki angkat pagar dan ceroboh masuk rumah
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang perempuan Melayu, pada pukul 11.33 malam tadi.
Beliau berkata, tiga lelaki tempatan yang menaiki lori tunda telah menceroboh masuk ke dalam kawasan parkir rumah dengan cara mengangkat pintu pagar untuk menarik kereta milik pengadu.
“Siasatan awal mendapati kereta tersebut telah tertunggak bayaran bulanan lebih kurang enam bulan.
“Bagaimanapun, suspek gagal menunjukkan surat tarik kereta daripada bank kepada pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek kini dijalankan.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mengelirukan.
This sounds more realistic compared to the tarik road side story.