Mesyuarat jpj, apad dan ehailing operators 6/3/2019.
Setakat tahun ni, rekod APAD ada 258,000 pemandu ehailing.
Sebelum 12 July 2019 semua pemandu ehailing kene ikut peraturan dibawah. Lepas tarikh tersebut, penguatkuasa akan ambil tindakan.
- Latihan lesen memandu komersil psv utk ehailing.
Belajar 6-9 jam & ada peperiksaan. Markah lulus 80%. Tetapi sebelum ambil lesen psv, rekod kene clear, tiada Saman, rekod jenayah takde, kesihatan baik. Utk sementara , psv syllabus akan ikut sistem sedia ada dgn jpj. Bayaran utk psv RM 200. RM 190 utk kelas+ RM 10 utk ujian.
- Lepas dh lulus psv, pemandu ehailing kene pegi daftar di APAD, apad akan kluarkan permit/surat,..Lepas tu kene bwk surat dr APAD td ke jpj utk tukar geran kereta dari private car ke kenderaan teksi ehailing.
- dah tukar status kereta dlm geran pegi puspakom utk kelulusan kereta bg tujuan ehailing. Lepas ni dh tkde istilah ehailing private car. Lepas ni ehailing adalah kenderaan teksi. Cuma tk bersalut merah atau biru. Tapi akan ada "bodymarking" dgn serial number yg link dgn apps, jpj dan apad. Klu tkde bodymarking, Dan ambil penumpang, jpj dpt tangkap start 12 July sita , kompaun/ pegi mahkamah
- Lepas dh lulus puspakom, kene pegi ambil insurance kereta utk kenderaan teksi/komersil. Dh tk boleh buat insurance private and tambah rider "ehailing". Kene buat full commercial car insurance. Contoh : proton saga teksi insurance RM 3000/year. Kereta pemandu ehailing pun kene byr jumlah sama, sebab status kereta dh tukar jd teksi.
- dh buat insurance ,ambil roadtax. Untuk teksi sedia ada, roadtax harga teksi, tapi ehailing taxi car kene bayar roadtax sama mcm roadtax private car ikut cc kereta.
- dh buat semua di atas, pemandu ehailing kene buat permit sama seperti permit teksi. Jumlah bayaran permit akan di confirmkan oleh APAD.lepas dh buat permit baru boleh tukar kereta dari private car ke komersil car.
- sebarang iklan di body kereta tidak dibenarkan kecuali pemandu sendiri kene Mohon online Di sistem JPJ.
- jenis² kenderaan ..apa jenis kenderaan boleh bwk ehailing.minimum 4 seater sampai max 11 seater.
myvi, axia semua boleh lepas dh lulus puspakom.yg tk boleh kereta jeep 4wd sahaja. Myvi dh tk dikira compact car, myvi Dan semua jenis compact car akan fall under saloon category. Hanya ada dua kategori saja Lepas ni, saloon dan 6 seater.
- muatan dlm kereta. Lepas ni luggage/bagasi dh tk boleh letak di bahagian dlm kereta. Semua mesti letak di bonet belakang.
- semua pemandu teksi ehailing boleh hantar ke airport. Tapi pemandu teksi ehailing tk boleh tunggu di airport. Boleh ambil penumpang di airport hanya jika ada order dari apps. Tapi tk boleh tunggu. Landside juga akan dimansuhkan. Sistem que juga akan dimansuhkan. Hanya teksi Dan airport Limo boleh que. Private car ehailing tk boleh que.berkuatkuasa Di semua airport seluruh Malaysia termasuk Sabah Dan Sarawak.
- lesen memandu OKU sudah tk boleh digunakan. Maksudnya org kurang upaya sudah tk boleh memandu utk ehailing.
- besar kemungkinan, pemandu ehailing teksi mesti memakai uniform. Masih dlm perbincangan antara ehailing operators dgn jpj dan apad.
- toll charges ehailing cars akan sama seperti toll teksi komersil.
- plat kereta Masih Sama, tidak perlu tukar ke putih. Kad pemandu jg tk perlu pamer. Tapi setiap kereta ehailing Akan ada body marking yg ada serial number dan tagging.
- conclusion, kereta persendirian dh tak dibenarkan utk buat ehailing. Kene tukar geran dari persendirian ke komersil di jpj. Ikut langkah2 di atas.
Semua kene complete sebelum 12 July. Part time or full time driver semua kene. Lepas 12 July jpj akan mula sita kereta jika tk ada semua di atas.
Nah this is absurd. This is probably a propaganda to rile up grab drivers. Just wait for official announcement. Until then just keep being kuli and cari makan 😂