1.50 BILION UNIT TAMBAHAN AMANAH SAHAM 1 MALAYSIA (AS 1MALAYSIA)
UNTUK LANGGANAN MASYARAKAT INDIA Apakah yang dimaksudkan dengan unit tambahan AS 1Malaysia untuk masyarakat India?-PNB akan menyediakan sebanyak 1.50 Bilion unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia untuk dilanggan oleh masyarakat India. Langkah ini dijangka memberi peluang dan akses kepada semua golongan masyarakat India untuk membuka akaun baru atau menambah pelaburan mereka dalam Amanah Saham 1Malaysia, sehingga had maksimum yang ditetapkan.
Adakah had langganan dikenakan?-Ya, setiap seorang pemegang unit masyarakat India dibenarkan melabur sebarang jumlah, sehingga had maksimum 30,000 unit bagi setiap akaun individu.
-Program ini hanya dibuka kepada masyarakat India yang masih belum mempunyai akaun dalam AS 1Malaysia atau pelabur yang mempunyai baki akaun dalam AS 1Malaysia kurang dari 30,000 unit.
Apakah jumlah tambahan AS 1Malaysia yang akan ditawarkan?-1.50 bilion unit (sehingga unit-unit tambahan habis dilanggan).
Apakah kriteria–kriteria kelayakan untuk memohon unit tambahan AS 1Malaysia ini?Permohonan terbuka kepada masyarakat India warganegara Malaysia:
-Akaun Dewasa (18 tahun ke atas).
-Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah berumur tidak kurang 18 tahun yang melabur bagi kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 18 tahun ke bawah; penjaga dan kanak-kanak mestilah warganegara.
-Pemohon tidak mempunyai pegangan unit AS 1Malaysia atau telah menjadi pemegang unit namun mempunyai pegangan unit kurang daripada 30,000 unit.
-Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan.
-Butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Bilakah unit tambahan AS 1Malaysia ini akan dilancarkan?Butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
http://www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php...masyarakatindiaThis post has been edited by veera77: Nov 23 2017, 07:09 PM Attached thumbnail(s)