
Rafale F3R Standard
Kita dah tau hanya tinggal dua calon terakhir yang akan di pilih untuk program MRCA Malaysia. ... Dan MMP dah dapat berita negotiation dah di hentikan yang bermakna sudah ada kata putus jenis pesawat yang akan di pilih.
Salah satunya ialah Rafale
Penilaian Technology Readiness Level atau TRL pesawat Rafale F3R Standard oleh tim penilai Tentera Udara Malaysia
sumber #malaysiandefence
Saya harap tak terlambat nak tulis analisa ni. September lepas Menhan Perancis Jean-Yves Le Drian datang untuk formalkan tawaran penjualan 18 pesawat Rafale F3R Standard kepada Malaysia. Menhan kita Hishamuddin memberitahu yang kita akan kaji tawaran tersebut, namun memberi hint sebarang keputusan pembelian sangat bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan.
Apepun Dassault menawarkan pakej pembiayaan sebanyak 50% kos MRCA selama 10 tahun dari Bank Perancis yang mana pembiayaan ini di jamin oleh kerajaan Perancis. Ini offer yang di tawarkan semasa LIMA Yang lepas.
Tulisan asal oleh Marhalim Abas
TUDM menilai kelayakkan MRCA berdasarkan kematangan teknologi yang ditawarkan. Technology Readiness Level 1 hingga 9.
Kiranya 1 sebagai tak ready hingga lah 9 tahap operasional.
Rafale telah di nilaikan pada tahap overall TRL 5.
Kenapa? Kerana disebabkan F3R Standard masih dalam development dan belum mencapai tahap kematangan yang TUDM nak. Puncanya kemungkinan disebabkan ketiadaan export maka F3R Standard kekal dalam stage pembangunan sahaja.
Kemampuan serangan Maritim
Requirement nombor satu TUDM ialah pesawat MRCA wajib memiliki Keupayaan Serangan Maritim. Ini keupayaan yang sangat penting di sebabkan ketegangan di wilayah laut Malaysia dan kehendak Malaysia supaya keupayaan mempertahankan wilayah maritim di tingkat upaya.
Rafale ditawarkan dengan misil anti kapal Exocet yang mana merupakan teknologi yang terbukti dan proven.
namun begitu entah kenapa Rafale hanya boleh bawa satu je Exocet. Tim penilai TUDM menyatakan kemampuan Rafale dalam serangan Maritim kurang berbanding pesawat Su-30MKM dan F/A-18D Hornet milik TUDM.
Namun dari segi kematangan teknologi Maritime Strike di beri markah TRL 9.
Seterusnya Radar dan IRST Rafale.
Rafale telahpun dilengkapi dengan RBE2 AA active electronically scanned array radar dan Optronique secteur frontal infra-red search and track yang mana telah mencapai tahap operasional. Walaupun begitu radar AESA ini merupakan versi awal dan dengan saiz muncung Rafale yang lebih kecil, dipercayai keupayaan radar tersebut kurang berbanding radar Typhoon
Apapun radar dan IRST dapat TRL 9.
Misil Udara ke Udara
Rafale tawarkan Meteor Beyond Visual Range Air to Air weapon, ..... Full Production TRL 9
Kos Sokongan Enjin
Enjin Rafale memiliki mean-time-between-failure (MTBF) dalam lingkungan 100 jam, ... ohoho tak boleyyyyy. Typhoon 500 jam.
Mar 9 2017, 03:36 PM
Quote


0.0549sec
0.45
6 queries
GZIP Disabled