Utusan report on TM "surprise"
https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/t...anggan-1.436483
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Telekom Malaysia Berhad memberi ganjaran kepada pelanggannya melalui kempen ‘ganjaran istimewa’ sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan dan sokongan terhadap produk serta perkhidmatan TM.
Naib Presiden Eksekutif Pengguna dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) TM, Imri Mokhtar berkata, para pelanggan daripada segmen kediaman yang melanggan perkhidmatan TM seperti Homeline, Streamyx dan UniFi sehingga 28 Februari ini layak menerima ganjaran tersebut.
Kata beliau, semua pelanggan TM yang layak akan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang memaklumkan kelayakan mereka untuk menerima ganjaran.
“Pelanggan boleh melayari laman web www.tm.com.my/thankyousurprise bermula hari ini dan perlu mengisi butiran mereka secara dalam talian. Kemudian, mereka perlu mengesahkan penerimaan tawaran yang diberikan.
“Ganjaran istimewa ini mempunyai tempoh yang terhad dan pelanggan perlu berbuat demikian secepat mungkin supaya tidak terlepas peluang keemasan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tambah Imri, sejak Oktober tahun lalu pihaknya telah melaksanakan Pelan Penambahbaikan Jalur Lebar (BIP) dalam usaha memacu penggunaan jalur lebar di seluruh negara.
Katanya, melalui pelan tersebut purata kepantasan jalur lebar untuk pelanggan UniFi kediaman akan dinaik taraf pada harga yang sama.
“Pelan ini sedang berjalan dan pelanggan yang layak akan mula menikmati penaiktarafan secara berperingkat bermula bulan ini. Setakat ini, hampir 700,000 pelanggan telah bersetuju menerima tersebut.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi TM melalui @TMConnects di Twitter, laman facebook EveryoneConnects, TM Live Chat dan TMpoint yang berdekatan.
WOW! 700 000 out of 900 000 unifi users ALREADY AGREED and WILL GET SPEED UPGRADE.
OIII!!!! STREAMYX MANA? 1.4 million streamyx users are abandoned.
edit:unspoiled it. Minor reformating
This post has been edited by JohnLai: Jan 26 2017, 11:48 AM
Chat Streamyx - Unifi Lite rebrand?, Bye stimix, hello unifi lite? Rebranded
Jan 26 2017, 11:43 AM
Quote

0.2054sec
0.77
7 queries
GZIP Disabled