Hi yall,
1. Anyone here driving 208 gti or fiesta ST?
2. Any problems with major components?
3. what is the expected service charges i.e. Higher than civic turbo?
4. RV after 5 years
Would expect manual hot hatches to be trouble free since no dsg issues but correct me if I am wrong thanks

"Tapi sayangnya kereta yang kami uji datang dengan satu kerosakan mudah yang tidak dapat dibaiki oleh pusat servis luar Kuala Lumpur di hujung minggu. Kami mendapati sistem kawalan iklim kereta ini tidak berjaya mencapai suhu yang ditetapkan di waktu tengahari. Perkara ini berlaku pada petang Jumaat apabila enjin dihidupkan dan lampu amaran ‘
engine fault, repair needed’ berkelip.
Bagi memastikan ianya bukan pepijat (bug) dalam perisian elektroniknya yang kompleks, kami matikan dan hidupkan enjin beberapa kali sebagai reset. Selepas beberapa kali, lampu amaran kerosakan enjin tidak lagi menyala. Namun sistem iklim tetap tidak berfungsi dengan memuaskan. Keesokkannya kami bergerak ke utara dan mendapati kabin terus panas dan sistem kawalan iklim langsung gagal untuk menghasilkan sebarang kenyamanan di dalam kabin.
Dalam usaha membetulkan keadaan, kami berhenti di Bukit Beruntung dan mencari kedai servis hawa dingin, namun kami kecewa kerana kedai hawa dingin biasa dan kedai pakar tidak dapat melakukan sebarang ujian keatas sistem hawa dingin kereta ini kerana ia menggunakan injap khas untuk mememasukkan gas pendingin ataupun memeriksa tekanan di dalam sistem.
“Ini guna gas baharu, lagi baharu punya, dia punya injap (valve) lain. Saya tak boleh sambung untuk periksa tekanan gas pun. Kita pun belum ada gas ini,” kata juruteknik yang bertugas.
Percubaan seterusnya membawa kami ke pusat servis Citroen di Juru dan juruteknik disitu mengesahkan bahawa model 308THP dan Citroen Picasso menggunakan gas baharu dan oleh kerana kereta itu masih baharu di pasaran mereka belum ada stok gas baharu dan menyuruh kami ke pusat servis Peugeot di Bagan Ajam, Butterworth. Berpeluh juga lah nak ke Bagan Ajam dari Juru, bukan jauh, bukan sesat, aircond takde.. panas… Setiba di sana, juruteknik menyambungkan komputer diagnostik kepada kereta dan mendapati bahawa tekanan di dalam sistem penghawa dingin adalah cukup tinggi, ini menandakan bahawa gas pendingin masih di tahap yang ditetapkan.

Komputer diagnostik menunjukkan bahawa relay kipas berkelajuan tinggi sudah tidak berfungsi. Itu yang menyebabkan sistem kawalan iklim gagal mendinginkan kabin.
“Kalau nak ganti, kami order dari KL, kena tunggu tiga hari,” kata juruteknik. Aduss, takkan nak tunggu tiga hari di Bagan Ajam. Kami pun mengucapkan terima kasih atas usaha beliau memeriksa kereta dan berkata kami akan hantar kereta ke ibu pejabat untuk tindakan lanjut. Dengan itu Peugeot 308THP menjadi ‘hot hatch’ dalam beberapa erti kata untuk selebih masanya bersama kami.
Komponen relay kipas kelajuan tinggi ini bukanlah sesuatu yang disimpan oleh semua pusat servis tetapi jika kita pergi ke pusat servis utama jenama Jepun, selalunya ia boleh didapati di hari yang sama ataupun esok hari sekiranya kita datang lewat petang. Mungkin Peugeot begitu yakin dengan kualiti produknya sehingga mereka tidak menghantar komponen tersebut ke pusat pengedaran zon, tetapi penyudahnya keputusan ini menyusahkan pemandu. Sekiranya saya baharu membeli model ini, pengalaman tersebut boleh membuatkan pemilik berasa kurang senang dengan pengalaman tersebut
http://www.funtasticko.net/pandu-uji-peuge...n-tak-dijangka/Must have sucked reviewing a car and going for a road trip with a non functional aircond