Hi guys. Got this long long message on whatsapp. Will post it here. Tell me what do you guys think about this. Let me just stress I did not write this and I do not know who did. Just thought the writer has some valid points. Please read and let me know what you guys think
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
Surat Kepada Brewer dan Tokey Vape..
1. Semua penguna vape tahu kos untuk membuat liquid tidak sampai RM5 ringgit.. Jika botol liquid di "UPGRADE" kepada botol kaca pun masih tidak sampai 1 ringgit.. kerana harga botol plastik hanyalah RM 0.70 sen dan botol Kaca RM1.50.. beza hanya 80 sen.. Tetapi harga Liquid botol plastik RM40 dan botol kaca RM50-60. Sungguh menyedihkan apabila kita menghentam kerajaan yang menindas rakyat dan zalim sedangkan banyak brewer dan tokey vape menindas komuniti vape dengan harga yang melampau2.
2. Semua tahu brewer ada resepi masing masing dan memerlukan proses peram yang lama untuk menghasilkan liquid yang berkualiti.. tetapi tahukah anda BUDU memerlukan 10 jenis bahan dan proses peram selama 40 hari minimum dan proses packaging yg setaraf antarabangsa botol kaca dan sealed dengan plastik. kapasaiti satu botol budu 250ml dengan harga RM4.50. tokey budu masih kaya. Tokey budu pun ada kilang dan pekerja juga.
3. Ramai brewer yang menyatakan bahawa flavour yang digunakan adalah dari US.. adakah kami bodoh. harga flavour US Grade di Amazon adalah 6 dolar untuk 1 OZ bersamaan 29.5ml.. atau dengan kata RM30 untuk 30ML. Satu botol iaitu 1 OZ dapat menghasilkan 7-10 botol liquid kerana bahan lain adalah VG, PG, STEVIA, MINT, MENTHOL dan pelbagai lagi...
4. Harga 5 liter untuk PG ialah RM30 ringgit dan 5 liter VG adalah RM80 ringgit di kedai2 yang menjual bahan2 untuk membuat kek.. campuran 10 liter PG dan VG boleh menghasilkan 300 botol liquid.. dan kos hanyalah RM0.36 sen untuk 30ml.. Jika dicampur flavour US yang 'MAHAL DIKATAKAN' stevia mint menthol dan botol kaca kos masih lagi sangat murah. dibawah RM5 ringgit..
5. Jikalau harga kos dikatakan mahal untuk membayar pekerja dan kilang semua.. 'INGATLAH.. KILANG BUDU PUN PAKAI PEKERJA DAN GUNA KILANG JUGA'.. jangan sampai saya sampai libatkan botol kicap, sos cili, minyak mahal olive oil dan banyak lagi..
6. Patutlah saya mendengar cerita sampai ada tokey2 brewer pakai Lamboghini. Dan ayat paling sedap didengar ialah "JANGAN BUANG HARGA, JAGALAH SCENE VAPE KITA'... dan saya tanya andalah tokey2 dan brewer, SIAPA YANG BAKAL MEMBUNUH SCENE KITA? SIAPA SEBENARNYA? tepuk dada tanya selera.
7. Anatara isu isu besar yg dimainkan oleh kerajaan ialah isu vaping di bawah umur... SIAPA YANG MENJUAL DI BAWAH UMUR WAHAI TOKEY2 VAPE? siapa yang membunuh scene vape. DAHLAH HARGA LIQUID MAHAL WAHAI TOKEY2 DAN BREWER..
8. Keadaan ekonomi yang tidaklah berapa baik, kos sara hidup yang tinggi, harga liquid mmg tidak masuk akal. Jangan sesekali membandingkan harga liquid dengan US. kerana ingatlah harga timun sebatang di Malaysia ialah rm0.80 sen. di New Zealand RM 6 ringgit sebatang jika kita convert duit kita.. Jangan kita memandai nak convert semua benda kerana faktor ekonomi dan mata wang adalah berbeza berdasarkan keperluan ekonomi negara tersebut. Kami tidak bodoh.
9. Jika kita benci kerajaan menindas kita, pemimpin yg korup, peniaga2 yang menindas penguna.. Kenapa kami sebagai penguna ditindas dengan kejam harga yang tidak masuk akal didalam "SCENE VAPE"... yer saya ulang sekali lagi "SCENE VAPE"..
10. Saya sebagai rakyat marhaen hanya menulis untuk melahirkan ketidak puasan hati sebagai pengguna. harap2 tidaklah ada ayat2 dari pemimpin Ahmad Maslan seperti 'xmampu hisap john' 'ayam mahal makan daging' 'ikan mahal jangan makan ikan'...
11. Belum ada cukai dah mahal dan menindas. apalagi kalau kerajaan kenakan cukai.. Lagi mahal lah jawabya..
12. Please Share. Tq.. sekian terima kasih..
I totally agree, i personally have a brewer friend, his cost was A LOT less than RM5 (more towards RM3.50) per 30ml. He priced it at 40 bucks just because "the others do it too". Even though his juice is not that popular, he still moves a few thousand bottles a month and earns a lot more than your typical 20k /k/standard.
Not to mention his juice isn't even that good, way too sweet and too minty, the two very common traits of local juices which is why i just can't give local brewers my full support, shitty product at exorbitant rip off prices. I'd say getting it to RM10-15 per 30ml would be the most i'd pay for a local juice.