With only 55 acres land for State Administration Centre and 1,000++ acres for TechValley, compare to 334 acres of Government offices in Putrajaya and 7,000 acres land in Cyberjaya, BSS at best can call themselves state level Putrajaya+ Cyberjaya.
Bina kompleks pentadbiran baru di peringkat cadanganSEREMBAN 30 Nov. 2010 - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan negeri yang baru di Bandar Seri Sendayan hanyalah cadangan dan peruntukan kecil yang disediakan itu bertujuan membuka akaun sebagai pemudah pada masa hadapan.
Katanya, perkara itu adalah cadangan dan mungkin ia akan hanya terlaksana dalam tempoh 20 tahun akan datang dan tidak semestinya dalam waktu terdekat ini.
''Buat masa ini, belum masanya untuk kita membina sebuah kompleks pentadbiran yang baru," katanya sewaktu menggulung perbahasan Bajet 2011 Negeri Sembilan pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.
Mohamad (BN-Rantau) memberitahu, cadangan peruntukan sebanyak RM3,000 yang dinyatakan ketika pembentangan bajet Jumaat lalu merupakan 'token' untuk menaik taraf istana milik kerajaan negeri serta membina kompleks baru berkenaan.
''Kalau ia jadi dibina sekali pun, akan dibiayai sebahagiannya melalui pinjaman daripada Kerajaan Persekutuan.
''Memanglah kita telah mendengar pandangan dari penyokong kerajaan dan pembangkang dalam perbahasan Bajet 2011 ini dan token itu merupakan satu perkara di mana kita membuka akaun untuk projek ini.
''Pada masa akan datang, jika sampai masanya untuk kita bina kompleks yang baru dan dengan akaun yang sudah tersedia dibuka ini, maka mudahlah segala urusan pinjaman dan saluran peruntukan dapat dilakukan," katanya.
Lagipun kata Mohamad, perkara itu diperhalusi oleh pejabat Setiausaha Kerajaan negeri cara mana ia akan dilaksanakan pada masa hadapan, sama ada 'built, operate, transfer' atau 'built, operate, lease, transfer'.
''Apa pun, ia masih lagi satu cadangan dan kerja awalan perlu dibuat dari sekarang," katanya.
Mohamad juga memberitahu, tindakan yang diambil oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta beberapa individu berkaitan satu dana, dianggap sebagai tindakan baik dan wajar.
''Ini menunjukkan kerjasama orang ramai dan kecekapan SPRM amat baik sekali dalam menghidu kegiatan mencurigakan.
''Kiat berharap tindakan ini dapat diteruskan dalam usaha membanteras penyalahgunaan kuasa atau apa juga kaitannya dengan rasuah," katanya.
Mengenai cadangan supaya garis panduan dibuat berhubung perkara itu, Mohamad berkata, arahan dalam pekeliling kerajaan berhubung kutipan derma mahupun dana itu amat jelas.
''Tiada apa-apa kebenaran yang diberikan kepada mana-mana anggota kerajaan mahupun kelab sukan jabatan berkaitan mengutip derma bagi sesuatu dana. Ini perlulah dipatuhi," tegas Mohamad.
Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y...m#ixzz4W5TjFX1y © Utusan Melayu (M) Bhd