Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
26 Pages « < 11 12 13 14 15 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Muslim Group

views
     
boca120879
post Nov 23 2018, 10:54 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Musaddad, daripada Abu 'Awanah, daripada Khalid bin 'Alqamah, daripada Abdi Khair,

Ali r.a. pernah menemui kami
sedangkan dia telah solat,
lalu dia meminta untuk didatangkan air suci,
maka kami katakan,
"Apa yang akan dia lakukan dengan air suci
sedangkan dia sudah solat?

Dia tidak berkehendak
kecuali untuk mengajari kami."

Lalu didatangkan bekas berisi air,

kemudian dia menuangkan air dari bekas tersebut pada tangan kanannya,
dia membasuh kedua tangannya tiga (3) kali,

lalu berkumur
dan beristinsyaq (menghirup air ke dalam hidung) tiga (3) kali,
dia berkumur dan beristinsyaq dari telapak tangan yang dia gunakan untuk mengambil air
(iaitu dengan tangan kanannya),

lalu dia membasuh wajahnya tiga (3) kali,

kemudian membasuh tangan kanannya tiga (3) kali

dan membasuh tangan kirinya tiga (3) kali,

kemudian berkata,
"Barangsiapa yang ingin mengetahui wuduk Rasulullah s.a.w.,
maka ia adalah seperti ini."

Daripada Al Hasan bin Ali Al Hulwani, daripada Al Husain bin Ali Al Ju'fi, daripada Za`idah, daripada Khalid bin Alqamah Al Hamdani, daripada Abdi Khair,
Rasulullah s.a.w. bersabda pada waktu Subuh,
lalu masuk ke Rahbah,
kemudian Rasulullah s.a.w. meminta untuk didatangkan air,
lalu datanglah seorang pemuda dengan membawa bekas berisi air.

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil bekas dengan tangan kanannya,
lalu menuangkan ke tangan kirinya
dan membasuh kedua telapak tangannya tiga (3) kali,

lalu beliau memasukkan tangan kanannya ke bekas,
kemudian berkumur tiga (3) kali,

lalu beristinsyaq tiga (3) kali."

Kemudian Za`idah bin Qudamah menyebutkan hadith Abu Awanah yang baru sahaja disebutkan
dan meneruskannya dengan mengatakan,

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengusap kepalanya,
bahagian depan
dan bahagian belakangnya satu (1) kali,

lalu dia menyebutkan hadith semisalnya.

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah,
daripada Malik bin Urfuthah, daripada Abdi Khair,

“Saya pernah melihat Ali r.a. didatangkan kerusi
lalu dia duduk di atasnya,
kemudian didatangkan gayung berisi air kepadanya,

lalu dia membasuh kedua tangannya tiga (3) kali,

kemudian berkumur
bersamaan dengan beristinsyaq
dengan air yang sama.

Lalu Syu'bah menyebutkan hadits ini.

Daripada Utsman bin Abi Syaibah, daripada Abu Nu'aim, daripada Rabi'ah Al Kinani,
daripada Al Minhal bin Amru, daripada Zir bin Hubaisy,

“Dia pernah mendengar Ali r.a. ditanya tentang wuduknya Rasulullah s.a.w.,
lalu dia pun menyebutkan hadits ini.

Zir berkata,

“dan dia mengusap kepalanya hingga air tidak menitis darinya,

lalu membasuh kedua kakinya tiga (3) kali tiga (3) kali,

kemudian berkata,
“Demikianlah wuduk Rasulullah s.a.w.”

(Hadith Abu Daud no. 99)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 23 2018, 10:55 AM
boca120879
post Nov 23 2018, 11:06 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Al Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri, daripada 'Atha' bin Yazid,
daripada Humran (mantan budak 'Utsman bin 'Affan),

“Dia melihat 'Utsman bin 'Affan minta untuk diambilkan air wuduk.

Dia lalu menuang bekas air itu pada kedua tangannya,
lalu dia basuh kedua tangannya tersebut hingga tiga (3) kali.

Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air wuduknya,
kemudian berkumur,
memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya.

Kemudian membasuh mukanya tiga (3) kali,

membasuh kedua lengannya hingga siku tiga (3) kali,

mengusap kepalanya

lalu membasuh setiap kakinya tiga (3) kali.

Setelah itu dia berkata,
"Aku telah melihat Nabi s.a.w. berwuduk seperti wudukku ini,
Nabi s.a.w. lalu bersabda,

"Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini,
kemudian dia solat dua rakaat
dan tidak berbicara antara keduanya,
maka Allah mengampuni dosanya yang telah lalu."

(Hadith Bukhari no. 159)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Nov 23 2018, 11:14 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Musaddad, daripada Abu 'Awanah, daripada Musa bin Abu Aisyah,
daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada bapanya, daripada datuknya,

Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata,
"Ya Rasulullah, bagaimanakah cara bersuci?

Maka Rasulullah s.a.w. memerintahkan untuk didatangkan air di dalam bekas,

lalu Rasulullah s.a.w. membasuh telapak tangannya tiga (3) kali,

kemudian membasuh wajahnya tiga (3) kali,

kemudian membasuh kedua lengannya tiga (3) kali,

kemudian mengusap kepalanya

lalu memasukkan kedua jari telunjuknya pada kedua telinganya,
dan mengusap bahagian luar kedua telinga dengan kedua ibu jari
dan bahagian dalam kedua telinga dengan kedua jari telunjuknya,

kemudian membasuh kedua kakinya tiga (3) kali tiga (3) kali,

kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Beginilah cara berwuduk,
barangsiapa yang menambah
atau mengurangi daripada keterangan ini,
maka dia telah berbuat keburukan dan kezaliman. "

(Hadith Abu Daud no. 116)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 23 2018, 12:12 PM
boca120879
post Nov 24 2018, 10:39 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
QUOTE(abu.shofwan @ Nov 23 2018, 07:20 PM)
So, do people wipe the hair separately then the ear?
*
Assalamualaikum my brother, abu shofwan

Hopefully, this will help


boca120879
post Nov 26 2018, 05:31 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Al Yaman, daripada Syu'aib, daripada Az Zuhri,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Demi Allah,

sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampun)
dan bertaubat kepada Allah

dalam satu (1) hari

lebih daripada tujuh puluh (70) kali."

(Hadith Bukhari no. 5832)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
boca120879
post Nov 27 2018, 10:41 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Muhammad bin Sinan, daripada Fulaih, daripada Hilal bin Ali,
daripada 'Atha bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Setiap umatku masuk syurga

kecuali yang enggan,"

Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
lantas siapa yang enggan?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,

"Siapa yang taat padaku,
masuk syurga

dan siapa yang tidak taat pada aku
bererti dia enggan."

(Hadith Bukhari no. 6737)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 27 2018, 12:06 PM
boca120879
post Nov 27 2018, 12:06 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Muhammad bin Manshur Al Makki dan 'Abdullah Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, (kedua-duanya) daripada Sufyan, daripada Ibnu Thawus, daripada Thawus,
daripada Ibnu 'Abbas,

“Nabi s.a.w. diperintahkan sujud di atas tujuh (7) anggota badan,

dilarang mengikat rambut

dan melipat baju.

(7 anggota badan untuk sujud) iaitu

kedua-dua tangan,

kedua-dua lutut,

dan hujung jari-jemari (kedua-dua) kaki.”

Ibnu Thawus menunjukkan tangannya pada dahi
dan hidungnya,
lalu berkata,
"Ini adalah satu bahagian."

(Hadith Nasa'i no. 1086)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 27 2018, 02:54 PM
boca120879
post Nov 27 2018, 01:01 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Bisyr bin Khalid, daripada Ghundar, daripada Syu'bah,
daripada Sulaiman bin Mihran Al A'masy, daripada Sulaiman bin Mushir,
daripada Kharasyah Ibnul Har, daripada Abu Dzar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiga (3) orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat,

tidak dibersihkan daripada dosa

dan bagi mereka seksa yang pedih,

1) orang yang mengungkit-ungkit
dalam pemberiannya,

2) orang yang kain sarungnya isbal
(menutupi mata kaki)

3) dan orang yang melariskan dagangannya
dengan sumpah palsu."

(Hadith Nasa'i no. 5238)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 27 2018, 02:52 PM
boca120879
post Nov 27 2018, 02:58 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Ali bin Hujr, daripada Isma'il, daripada Al 'Ala, daripada ayahnya,
daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila manusia meninggal

maka amalnya terputus

kecuali daripada tiga (3) perkara,

1) sedekah jariah,

2) ilmu yang bermanfaat (yang diajari olehnya)

3) dan anak soleh yang mendoakannya."

(Hadith Nasa’i no. 3591)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


boca120879
post Nov 27 2018, 04:14 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Qutaibah bin Sa'id, daripada Abdul Wahhab, daripada Ayyub,
daripada Ibnu Abu Mulaikah, daripada Aisyah r.a.

Sekelompok orang Yahudi datang menemui Nabi s.a.w.,
lalu mereka mengucapkan,
"As Saamu 'alaika"
(Kebinasaan atasmu).

Rasulullah s.a.w. menjawab,
وَعَلَيْكُمْ
“(Dan atas kalian juga).”

Kemudian Aisyah berkata,
“As Saamu 'alaikum wala'anakumullah wa ghadziba 'alaikum”
(Semoga kebinasaan atas kalian, dan laknat Allah serta murka Allah menimpa kalian).

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Perlahan-perlahan wahai Aisyah,
hendaklah kamu berlemah lembut
dan janganlah kamu kasar
atau berkata keji.”

Aisyah berkata,
“Apakah anda tidak mendengar
apa yang diucapkan mereka?

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Apakah kamu tidak mendengar ucapanku,
sebenarnya aku tadi telah menjawabnya,
maka do'aku atas mereka telah dikabulkan,
sementara do'a mereka atasku tidak akan dikabulkan.”

(Hadith Bukhari no. 5922)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 27 2018, 04:16 PM
boca120879
post Nov 28 2018, 12:49 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab, daripada Daud (Ibnu Qais),
daripada Abu Sa'id (budak 'Amir bin Kuraiz), daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Janganlah kalian saling mendengki,

saling memfitnah,

saling membenci,

dan saling memusuhi.

Janganlah ada seseorang di antara kalian yang berjual beli sesuatu
yang masih dalam penawaran muslim lainnya

dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang saling bersaudara.

Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya
adalah bersaudara

tidak boleh menyakiti,

merendahkan,

ataupun menghina.

Takwa itu ada di sini (Rasulullah s.a.w. menunjuk dadanya),
Rasulullah s.a.w. mengucapkannya sebanyak tiga (3) kali.

Seseorang telah dianggap berbuat jahat
apabila dia menghina saudaranya sesama muslim.

Muslim yang satu dengan yang lainnya
haram (mengganggu)
darahnya,
hartanya,
dan kehormatannya."

Daripada Abu At Thahir Ahmad bin Amru bin Sarh, daripada Ibnu Wahab,
daripada Usamah (Ibnu Zaid), daripada Abu Sa'id, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

(kemudian perawi menyebutkan Hadith yang serupa dengan Hadits di atas,
dengan sedikit penambahan dan pengurangan.)

Di antara tambahannya adalah,

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh dan rupa kalian,
akan tetapi Allah melihat kepada hati kalian.
(seraya mengisyaratkan telunjuknya ke dada beliau).

(Hadith Muslim no. 4650)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 28 2018, 12:50 PM
boca120879
post Nov 28 2018, 02:26 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr, (kesemuanya) daripada Isma'il (Ibnu Ja'far), daripada Al 'Alla, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.aw. bersabda,

"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim
ada enam (6) perkara."

Lalu Rasulullah s.aw. ditanya,
“Apa yang enam (6) perkara itu,
ya Rasulullah? “

Jawab Rasulullah s.aw.,

1) Bila engkau bertemu dengannya,
ucapkankanlah salam kepadanya.

2) Bila dia mengundangmu,
penuhilah undangannya.

3) Bila dia minta nasihat,
berilah dia nasihat.

4) Bila dia bersin lalu dia membaca tahmid,
doakanlah semoga dia beroleh rahmat.

5) Bila dia sakit,
kunjungilah dia.

6) Dan bila dia meninggalkan,
ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur.”

(Hadith Muslim no. 4023)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Nov 28 2018, 03:05 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, daripada Ali bin Mushir, daripada Ibnu Abu Lalila, daripada Isa bin Abdurrahman,
daripada Abdurrahman bin Abu Laila, daripada Ali,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Apabila salah seorang daripada kalian bersin,
maka ucapkanlah
الْحَمْدُ لِلَّهِ

Dan hendaklah orang yang ada di sekitarnya menjawab,
يَرْحَمُكَ اللَّهُ
(semoga Allah merahmatimu).

Dan hendaklah orang yang bersin menjawab,
يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ
(semoga Allah memberimu hidayah
dan memperbaiki keadaan kalian)."

(Hadith Ibnu Majah no. 3705)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 28 2018, 03:06 PM
boca120879
post Nov 28 2018, 03:23 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Musaddad, daripada Yahya, daripada Ibnu Ajlan, daripada Sumay, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,

"Rasulullah s.a.w. jika bersin

meletakkan tangan
atau kainnya di mulut,

lalu Rasulullah s.a.w. menahan,

atau Rasulullah s.a.w. memperlahankan bunyi bersin dengannya."

(Hadith Ibnu Majah no. 4374)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
boca120879
post Nov 28 2018, 03:59 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Adam bin Iyas, daripada Ibnu Abu Dzi`b, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada ayahnya,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya Allah menyukai bersin,

dan membenci menguap,

apabila salah seorang daripada kalian bersin,
hendaklah dia memuji Allah,

dan kewajipan seorang muslim yang mendengarnya
untuk mendo'akan,

sedangkan menguap datangnya daripada syaitan,
hendaknya dia menahan semampunya,
jika dia sampai mengucapkan “haaah”,
maka syaitan akan tertawa kerananya."

(Hadith Bukhari no. 5755)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 28 2018, 03:59 PM
boca120879
post Nov 28 2018, 04:52 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Muhammad bin Ash Shabbah, daripada Hafsh bin Ghiyats,
daripada Abdullah bin Sa'id Al Maqburi, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Jika salah seorang daripada kalian menguap

hendaklah meletakkan tangan pada mulut

dan jangan bersuara,

sebab syaitan tertawa kerananya.”

(Hadith Ibnu Majah no. 958)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Nov 29 2018, 11:00 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada 'Abdullah bin Yusuf, daripada Malik, daripada Nafi', daripada 'Abdullah bin 'Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Solat berjemaah lebih utama

dibandingkan solat sendirian

dengan dua puluh tujuh (27) darjat."

(Hadith Bukhari no. 609)

Nota penting
:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 11:00 AM
boca120879
post Nov 29 2018, 12:40 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, daripada Yahya bin Zakariya bin Abu Zaidah
dan Abu Muawiyah, daripada Ashim, daripada Abu Utsman, daripada Sa'd dan Abu Bakrah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa mengaku orang lain
sebagai bapanya,

padahal dia mengetahui
bahawa dia bukan bapanya,

maka syurga haram atasnya."

(Hadith Muslim no. 96)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 12:46 PM
boca120879
post Nov 29 2018, 03:32 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada 'Ubaidullah bin 'Umar Al Qawariri, daripada Yahya bin Sa'id dan Bisyr bin Al Mufadhdhal,
(kedua-duanya) daripada 'Imran Abu Bakr, daripada 'Athaa bin Abu Rabah, daripada Ibnu 'Abbas,

"Mahukah aku perlihatkan kepadamu
seorang wanita yang termasuk penghuni syurga?

'Athaa bin Abu Rabah menjawab,
“Ya.”

Ibnu Abbas berkata,
“Ada seorang wanita hitam datang kepada Nabi s.a.w.
lalu berkata,

“Sesungguhnya aku terkena penyakit epilepsi (sawan)
dan sering tersingkap auratku,
maka berdoalah kepada Allah untukku.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika engkau berkenan,
engkau bersabar
maka bagimu syurga,

dan jika engkau berkenan,
maka aku akan berdoa kepada Allah
agar Allah menyembuhkanmu."

Wanita tersebut berkata,
“Tidak perlu
bahkan aku akan bersabar.

Namun berdoalah kepada Allah
agar auratku tidak tersingkap
atau menyingkap daripadaku."

Maka Rasulullah s.a.w. mendoakan untuknya.

(Hadith Muslim no. 4673)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 03:33 PM
boca120879
post Nov 29 2018, 04:35 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Bisyr Bakr bin Khalaf, daripada 'Abdurrahman bin Mahdi,
daripada Mu'awiyah bin Shalih, daripada Al 'Ala Ibnul Harits, daripada Haram bin Mu'awiyah, daripada bapa saudaranya (Abdullah bin Sa'd),

Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,

“yang mana lebih utama,

solat di rumahku

atau solat di masjid?"

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidakkah engkau lihat betapa dekatnya rumahku dengan masjid?

Sungguh, sekiranya aku solat di rumahku,
maka itu lebih aku sukai
daripada solat di masjid,

kecuali solat wajib.”

(Hadith Ibnu Majah no. 1368)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 05:02 PM

26 Pages « < 11 12 13 14 15 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0277sec    0.60    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 15th December 2025 - 01:14 PM