Outline ·
[ Standard ] ·
Linear+
Muslim Group
|
boca120879
|
Nov 29 2018, 04:58 PM
|
Getting Started

|
Daripada Musa bin Isma'il, daripada Hammad, daripada Suhail bin Abu Shalih, daripada ayahnya (Abu Shalih), daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila salah seorang di antara kalian sedang solat, lalu dia merasakan ada sesuatu gerakan pada duburnya,
kemudian dia ragu, apakah dia berhadas atau tidak,
maka janganlah dia meninggalkan solatnya
sehingga dia mendengar bunyi (kentutnya)
atau mencium baunya.”
(Hadith Abu Daud no. 151)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 06:11 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 29 2018, 05:33 PM
|
Getting Started

|
Daripada Muhammad bin Yahya, daripada Abdurrazaq, daripada Ibnu Juraij, daripada Abdul Karim bin Abu Umayyah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar, daripada Umar,
"Ketika aku kencing dengan berdiri
Rasulullah s.a.w. melihatku,
maka Rasulullah s.a.w. pun menegurku, "Wahai Umar,
janganlah engkau kencing dengan berdiri."
Maka semenjak itu aku tidak pernah kencing dengan berdiri lagi."
(Hadith Ibnu Majah no. 304)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 05:56 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 29 2018, 05:56 PM
|
Getting Started

|
Daripada Abu Bakr bin Abu Syaibah, daripada Zaid bin Al Hubab, daripada 'Ikrimah bin 'Ammar, daripada Iyas bin Salamah bin Al Akwa', daripada bapanya (Salamah bin Al Akwa'),
“Seorang lelaki makan di samping Rasulullah s.a.w.
dengan tangan kirinya,
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Makanlah dengan tangan kananmu!
Lelaki tersebut menjawab, “Aku tidak boleh.” (dia menolaknya kerana sombong)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apakah kamu tidak boleh?"
Setelah itu tangannya tidak boleh sampai ke mulutnya.
(Hadith Muslim no. 3766)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 29 2018, 06:09 PM
|
Getting Started

|
Daripada Hisyam bin 'Ammar, daripada Al Hiql bin Ziyad, daripada Hisyam bin Hassan, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Hendaknya salah seorang daripada kalian
makan dengan tangan kanan,
minum dengan tangan kanan,
mengambil (sesuatu) dengan tangan kanan
dan memberi (sesuatu) dengan tangan kanannya.
Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri
dan minum dengan tangan kirinya
serta mengambil (sesuatu) dengan tangan kiri."
(Hadith Ibnu Majah no. 3257)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 29 2018, 06:10 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 12:29 PM
|
Getting Started

|
Daripada Muhammad bin Yusuf, daripada Al Auza'I, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada 'Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya (Abu Qatadah), Nabi s.a.w. bersabda,
"Jika salah seorang daripada kalian kencing
maka janganlah dia memegang kemaluannya dengan tangan kanan,
jangan beristinjak dengan tangan kanan
dan jangan bernafas dalam gelas saat minum."
(Hadith Bukhari no. 150)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 12:40 PM
|
Getting Started

|
Daripada Abdullah bin Muhammad bin Asma` Adl Dluba`I, daripada Mahdi (Ibnu Maimun), daripada Washil (mantan budak Abu 'Uyainah), daripada Yahya bin 'Uqail, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abul Aswad Ad Du`ali, daripada Abu Dzar, Nabi s.a.w. bersabda,
"Setiap pagi daripada tubuh badan masing-masing kalian ada sedekahnya,
setiap tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah,
dan setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
setiap amar makruf nahi mungkar adalah sedekah,
dan semuanya itu tercukupi dengan dua rakaat Solat Dhuha."
(Hadith Muslim no. 1181)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 02:45 PM
|
Getting Started

|
Daripada Muhammad bin Rafi', daripada Abdurrazaq bin Hammam, daripada Ma'mar, daripada Hammam bin Munabbih, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setiap anggota tubuh manusia memiliki keharusan sedekah pada setiap harinya.
Iaitu seperti mendamaikan dua orang yang berselisih, adalah sedekah.
Menolong orang yang naik kenderaan,
atau menolong mengangkatkan barangnya ke atas kenderaan, itu pun termasuk sedekah.
Ucapan atau tutur kata yang baik, juga sedekah.
Setiap langkah yang anda hayunkan untuk menunaikan solat, juga sedekah.
Dan menyingkirkan sesuatu yang membahayakan di jalanan umum, adalah sedekah."
(Hadith Muslim no. 1677)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 03:05 PM
|
Getting Started

|
Daripada Musa bin Daud, daripada Zuhair, daripada Hushain bin Abdurrahman As-Sulami,
“Saya berada di samping 'Imarah bin Ruwaibah dan Bisyr berkhutbah kepada kami,
tatkala berdoa,
dia mengangkat kedua tangannya,
lalu Imarah berkata, "Semoga Allah memburukkan kedua-dua tangan itu,
saya telah melihat Rasulullah s.a.w. berkhutbah,
jika berdo'a
hanya mengangkat jari telunjuknya satu sahaja."
(Hadith Ahmad no. 16591)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 30 2018, 03:05 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 05:52 PM
|
Getting Started

|
Daripada 'Amru bin Ali, daripada Abu 'Ashim, daripada Ibnu Juraij, daripada Musa bin 'Uqbah, daripada Nafi', daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Dia (Allah) akan menyeru Jibril,
"Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah dia."
Maka Jibril pun mencintai orang tersebut, lalu Jibril menyeru kepada penghuni langit, "Sesungguhnya Allah mencintai fulan, maka cintailah fulan"
maka penduduk langit pun mencintai orang tersebut,
hingga akhirnya ditetapkan bagi fulan untuk diterima di bumi."
(Hadith Bukhari no. 5580)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Nov 30 2018, 08:24 PM
|
Getting Started

|
Daripada Ishaq, daripada Muhammad bin Bakar, daripada Ibnu Juraij, daripada Al Mughirah bin Hakim, daripada Ummu Kultsum binti Abu Bakar, daripada Aisyah,
"Rasulullah s.a.w. pada suatu malam
pernah mengakhirkan Solat Isyak
hingga berlalu sebahagian besar waktu malam,
dan orang-orang yang berada di masjid (mereka) telah tertidur.
Beliau lalu keluar dan mengerjakannya (dengan berjemaah),
lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sungguh, inilah waktunya (yang tepat),
kalau sahaja aku tidak memberatkan umatku."
(Hadith Darimi no. 1188)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 30 2018, 08:25 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 4 2018, 10:51 AM
|
Getting Started

|
Daripada Abdullah bin Musa, daripada Hanzhalah bin Abu Sufyan, daripada 'Ikrimah bin Khalid, daripada Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Islam dibangun di atas lima (5) landasan (rukun),
1) persaksian tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad utusan Allah,
2) mendirikan solat,
3) menunaikan puasa Ramadan
4) menunaikan zakat,
5) menunaikan haji".
(Hadith Bukhari no. 7)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 4 2018, 11:23 AM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 4 2018, 11:50 AM
|
Getting Started

|
Daripada 'Amru bin Khalid, daripada Al Laits, daripada Yazid, daripada Abu Al Khair, daripada Abdullah bin 'Amru,
Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi s.a.w., "Islam manakah yang paling baik?"
Nabi s.a.w. menjawab,
"Kamu memberi makan,
mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal".
(Hadith Bukhari no. 11)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 4 2018, 08:35 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 4 2018, 12:03 PM
|
Getting Started

|
Daripada Ya'qub bin Ibrahim, daripada Ibnu 'Ulayyah, daripada Abdul 'Aziz bin Shuhaib, daripada Anas, Nabi s.a.w. bersabda,
"Tidaklah beriman seorang daripada kalian
hingga aku lebih dicintainya
daripada orang tuanya, anaknya dan daripada manusia seluruhnya".
(Hadith Bukhari no. 14)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 4 2018, 12:06 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 4 2018, 04:07 PM
|
Getting Started

|
Daripada Abdurrahman bin Al Mubarak, daripada Hammad bin Zaid, daripada Ayyub dan Yunus, daripada Al Hasan, daripada Al Ahnaf bin Qais,
Aku datang untuk menolong seseorang kemudian bertemu Abu Bakrah,
maka Abu Bakrah bertanya, "Kamu mahu ke mana?"
Al Ahnaf jawab, "hendak menolong seseorang"
Abu Bakrah berkata, "Kembalilah, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jika dua orang muslim saling bertemu (untuk berkelahi)
dengan menghunus pedang masing-masing,
maka yang terbunuh dan membunuh masuk neraka.”
Abu Bakrah pun bertanya, "Wahai Rasulullah, ini bagi yang membunuh, tapi bagaimana dengan yang terbunuh?"
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab, "Dia (yang terbunuh) juga sebelumnya sangat ingin untuk membunuh temannya".
(Hadith Bukhari no. 30)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 4 2018, 04:07 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 4 2018, 04:45 PM
|
Getting Started

|
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Yahya, daripada Hisyam, daripada bapanya, daripada Aisyah,
Nabi s.a.w. mendatanginya dan bersamanya ada seorang wanita lain,
lalu Nabi s.a.w. bertanya, "siapa ini?"
Aisyah menjawab, "si fulanah."
Lalu diceritakan tentang solatnya.
Maka Nabi s.a.w. bersabda, "tinggalkanlah apa yang tidak kalian sanggupi,
demi Allah, Allah tidak akan bosan hingga kalian sendiri yang menjadi bosan,
dan agama yang paling dicintai-Nya adalah apa yang sentiasa dikerjakan secara rutin dan konsisten."
(Hadith Bukhari no. 41)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 5 2018, 10:24 AM
|
Getting Started

|
Daripada Abu Nu'aim, daripada Zakaria, daripada 'Amir, daripada An Nu'man bin Basyir, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas.
Namun di antara kedua-duanya ada perkara syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang.
Maka barangsiapa yang menjauhi diri daripada yang syubhat bererti telah memelihara agamanya dan kehormatannya.
Dan barangsiapa yang sampai jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat,
sungguh dia seperti seorang pengembala yang mengembalakan ternaknya di pinggir jurang yang dikhuatirkan akan jatuh ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahwa batasan larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya.
Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik, maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rosak, maka rosaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati".
(Hadith Bukhari no. 50)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 5 2018, 11:09 AM
|
Getting Started

|
Daripada Muhammad bin 'Ar'arah, daripada Syu'bah, daripada Zubaid, daripada Abu Wa'il, daripada Abdullah, Nabi s.a.w. bersabda,
"Mencerca orang Muslim adalah fasik
dan memeranginya (Muslim lain) adalah kufur".
(Hadith Bukhari no. 46)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 5 2018, 12:29 PM
|
Getting Started

|
Daripada Abu An Nu'man 'Arim bin Al Fadlal, daripada Abu 'Awanah, daripada Abu Bisyir, daripada Yusuf bin Mahak, daripada Abdullah bin 'Amru,
Nabi s.a.w. pernah tertinggal dari kami dalam suatu perjalanan yang kami lakukan hingga Nabi s.a.w. mendapatkan kami
sementara waktu solat sudah hampir habis, kami berwuduk dengan hanya mengusap kaki kami.
Maka Nabi s.a.w. berseru dengan suara yang keras,
"celakalah bagi tumit-tumit yang tidak basah akan masuk neraka."
Nabi s.a.w. serukan hingga dua (2) atau tiga (3) kali.
(Hadith Bukhari no. 58)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 5 2018, 12:30 PM
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 5 2018, 02:52 PM
|
Getting Started

|
Daripada Ibrahim bin Al Mundzir, daripada Muhammad bin Fulaih, daripada bapaku (Fulaih), daripada Hilal bin Ali, daripada Atho' bin Yasar, daripada Abu Hurairah,
Ketika Nabi s.a.w. berada dalam suatu majlis membicarakan suatu kaum, tiba-tiba datanglah seorang Arab Badwi lalu bertanya, "Bila datangnya hari kiamat?"
Namun Nabi s.a.w. tetap melanjutkan pembicaraannya.
Sementara itu sebahagian kaum ada yang berkata, "Nabi s.a.w. mendengar perkataannya akan tetapi beliau tidak menyukai apa yang dikatakannya itu,"
dan ada pula sebahagian yang mengatakan, "Bahawa Nabi s.a.w. tidak mendengar perkataannya."
Hingga akhirnya Nabi s.a.w. menyelesaikan pembicaraannya, seraya berkata, "Mana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?"
Orang itu berkata, "Saya wahai Rasulullah!".
Maka Nabi s.aw. bersabda, "Apabila sudah hilang amanah maka tunggulah terjadinya kiamat."
Orang itu bertanya, "Bagaimana hilangnya amanah itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka akan tunggulah terjadinya kiamat."
(Hadith Bukhari no. 57)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
boca120879
|
Dec 5 2018, 03:41 PM
|
Getting Started

|
Daripada Utsman bin Abu Syaibah, daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Abu Wa'il,
Abdullah memberi pelajaran kepada orang-orang setiap hari Khamis,
kemudian seseorang berkata, "Wahai Abu Abdurrahman, sungguh aku ingin kalau anda memberi pelajaran kepada kami setiap hari"
Abdullah berkata, "Sungguh aku enggan melakukannya, kerana aku takut membuat kalian bosan,
dan aku ingin memberi pelajaran kepada kalian sebagaimana Nabi s.a.w. memberi pelajaran kepada kami kerana khuatir kebosanan akan menimpa kami".
(Hadith Bukhari no. 68)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Dec 5 2018, 03:42 PM
|
|
|
|
|