Daripada Muhammad bin Ash Shabbah bin Sufyan, daripada Ali bin Tsabit, daripada Ikrimah bin Ammar, daripada Dhamdham bin Jaus, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ada dua orang laki-laki daripada bani Isra'il yang saling bersaudara, salah seorang daripada mereka suka berbuat dosa sementara yang lain giat dalam beribadah.
Orang yang giat dalam beribadah itu selalu melihat saudaranya berbuat dosa hingga dia berkata, "Berhentilah."
Lalu pada suatu hari dia kembali mendapati saudaranya berbuat dosa, dia berkata lagi, "Berhentilah."
Orang yang suka berbuat dosa itu berkata, "Biarkan aku bersama Tuhanku, apakah engkau diutus untuk selalu mengawasiku!"
Ahli ibadah itu berkata, "Demi Allah, sungguh Allah tidak akan mengampunimu, atau tidak akan memasukkanmu ke dalam syurga."
Allah kemudian mencabut nyawa kedua-duanya, sehingga kedua-duanya berkumpul di sisi Rabb semesta alam.
Allah kemudian bertanya kepada ahli ibadah, "Apakah kamu lebih tahu dari-Ku? Atau, apakah kamu mampu melakukan apa yang ada dalam kekuasaan-Ku?"
Allah lalu berkata kepada pelaku dosa, "Pergi dan masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmat-Ku."
Dan berkata kepada ahli ibadah, "Pergilah kamu ke dalam neraka."
Abu Hurairah berkata, "Demi Dzat yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sungguh dia telah mengucapkan satu ucapan yang mampu merosak dunia dan akhiratnya.”
(Hadith Abu Daud nombor 4255)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 1 2018, 12:09 PM
Daripada 'Ubaidullah bin Mu'adz Al 'Anbari, daripada Mu'adz Al 'Anbari, daripada Syu'bah, daripada Qatadah, daripada Abu Ash Shiddiq An Naji, daripada Abu Sa'id Al Khudri, Nabi s.a.w. bersabda,
“Bahawasanya ada seorang lelaki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan (99) orang, lalu dia bertanya apakah masih ada pintu taubat untuknya?"
kemudian dia menemui seorang rahib dan bertanya kepadanya.
Dia menjawab, “Tidak ada pintu taubat untukmu.”
Lalu dia membunuh rahib tersebut.
Kemudian dia terus bertanya, hingga keluar dari desanya menuju desa yang lain yang di dalamnya terdapat orang-orang soleh.
Namun ketika di tengah perjalanan, ajal menjemputnya. Dia pun meninggal dalam keadaan telungkup.
Lalu Malaikat rahmat dan Malaikat azab saling berebut, setelah diukur jarak perjalanannya ternyata dia lebih dekat sejengkal dengan desa yang baik, maka dia pun digolongkan sebagai penghuni desa tersebut.”
(Hadith Muslim nombor 4968)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Khallad bin Yahya, daripada 'Abdul Wahid bin Ayman, daripada Ayman, daripada Jabir bin 'Abdullah r.a.
Bahawa ada seorang wanita kaum Anshar berkata kepada Rasulullah s.a.w. "Tidakah sebaiknya aku buatkan sesuatu yang biasa baginda gunakan kerana aku punya anak yang pekerjaannya sebagai tukang kayu?"
Rasulullah menjawab, "Silakan bila kamu kehendaki".
Maka wanita itu membuatkan mimbar. Ketika hari Jumaat Nabi s.a.w. duduk di atas mimbar yang telah dibuat tersebut.
Lalu batang pohon kurma yang biasanya beliau berkhutbah di atasnya berteriak hingga hampir-hampir batang pohon itu terbelah.
Maka Nabi s.a.w. turun menghampiri batang kayu tersebut lalu memegang dan memeluknya hingga akhirnya batang kayu tersebut merintih dengan perlahan seperti bayi hingga akhirnya berhenti dan menjadi tenang.
Rasulullah berkata, "Batang kayu itu menangis kerana zikir yang pernah didengarnya ".
(Hadith Bukhari no.1953)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Musa bin Isma'il, daripada Hammad, daripada Tsabit, daripada Ibnu Umar bin Abu Salamah, daripada Umar, daripada Ummu Salamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila salah seorang di antara kalian tertimpa musibah maka hendaknya dia mengucapkan,
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (Sesungguhnya kami milik Allah dan sesungguhnya kepadaNya kami akan kembali).
اللَّهُمَّ عِنْدَكَ أَحْتَسِبُ مُصِيبَتِي فَآجِرْنِي فِيهَا وَأَبْدِلْ لِي بِهَا خَيْرًا مِنْهَا (Ya Allah aku mengharapkan pahala pada musibahku dan berilah aku pahala padanya dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya)
(Hadith Abu Daud no.2712)
Doa ketika ditimpa musibah
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 17 2018, 02:49 AM
Daripada Yahya bin Musa, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al Laits (Ibnu Abu Sulaim), daripada Ziyad, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seseorang yang berdo'a kepada Allah
kecuali akan dikabulkan untuknya,
baik akan disegerakan di dunia
atau dijadikan tabungan di akhirat
atau akan menghapus dosa-dosanya sesuai dengan do'a yang dia minta,
selama dia tidak berdo'a untuk kemaksiatan
atau memutus tali silaturrahim
atau terburu-buru."
Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Bagaimana dia terburu-buru?
Rasulullah bersabda, "Dia berkata, aku telah berdoa akan tetapi Rab-ku tidak juga mengabulkan untukku."
(Hadith Tirmidzi no.3531)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Abdullah bin Abdurrahman, daripada Isma'il bin Abu Uwais, daripada Katsir bin Abdullah bin Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah, daripada Abdullah bin Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah, daripada Amru bin Auf bin Zaid bin Milhah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya agama (Islam) akan kembali bersarang ke Hijaz sebagaimana ular bersarang ke lubangnya, dan pasti agama ini akan diperkuatkan dengan Hijaz sebagaimana kambing betina menjadikan puncak gunung sebagai benteng.
Sesungguhnya Islam itu bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing,
iaitu orang orang yang memperbaiki salah satu daripada sunnahku yang telah dirosakkan oleh orang-orang setelahku."
(Hadith Tirmidzi no.2554)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 5 2018, 03:04 PM
Daripada Az Zubair bin Bakkar, daripada Anas bin 'Iyadl, daripada Nafi' bin Abdullah, daripada Farwah bin Qais, daripada 'Atha` bin Abu Rabah, daripada Ibnu Umar,
“Saya bersama dengan Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang lelaki Anshar kepada Nabi s.a.w., lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w. dan bertanya, "Ya Rasulullah, bagaimanakah orang mukmin yang utama?"
Rasulullah menjawab, "Orang yang paling baik akhlaknya."
Dia bertanya lagi, "Orang mukmin yang bagaimanakah yang paling bijak?"
Rasulullah menjawab, "Orang yang paling banyak mengingat kematian, dan yang paling baik persiapannya setelah kematian, merekalah orang-orang yang bijak."
(Hadith Ibnu Majah no.4249)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Abu Nu'aim, daripada Sufyan, daripada 'Ashim, daripada Mush'ab bin Sa'd, daripada Sa'ad,
Nabi s.a.w. pernah ditanya,
“Siapakah orang yang paling berat dugaannya? “
Nabi s.a.w. menjawab, "Para nabi, kemudian orang-orang yang mulia sesudahnya (darjat keimanannya setingkat di bawahnya), dan orang-orang yang mulia sesudahnya (darjat keimanannya setingkat di bawahnya).
Seseorang akan diuji sesuai dengan tahap imannya.
Jika imannya teguh, maka akan bertambah berat dugaannya,
namun jika imannya lemah maka akan berkurangan tahap dugaannya.
Musibah akan terus menimpa seorang hamba sehingga dia berjalan di muka bumi ini tanpa ada satu dosa pada dirinya."
(Hadith Darimi no.2664)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 5 2018, 05:56 PM
Daripada Harmalah bin Yahya At Tujibi, daripada Abdullah bin Wahab, daripada Abu Syuraih, daripada Abdulkarim bin Al Harits, daripada Al Mustaurid Al Qurasy, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kiamat terjadi dan Romawi adalah manusia yang paling banyak."
Kata-kata ini terdengar oleh Amru bin Al Ash, dia berkata, “Ucapan-ucapan apa yang disebut daripadamu bahawa kau mengatakannya daripada Rasulullah s.a.w.?”
Al Mustaurid berkata padanya, “Aku katakan yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w.”
Amru berkata, “Bila kau katakan demikian, mereka adalah orang-orang paling sabar saat terjadi fitnah, paling kuat saat terjadi musibah dan yang terbaik terhadap orang-orang miskin dan orang-orang lemah.
(Hadith Muslim no.5159)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada 'Ali, daripada Sufyan, daripada Al A'masy, daripada Abu Wa'il, daripada Usamah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Pada hari kiamat, akan dihadirkan seseorang yang kemudian dia dilempar ke dalam neraka, isi perutnya keluar dan terburai hingga dia berputar-putar bagaikan seekor keledai yang berputar-putar menarik mesin gilingnya.
Maka penduduk neraka berkumpul mengelilinginya seraya berkata, "Wahai fulan, apa yang terjadi denganmu?. Bukankah kamu dahulu orang yang memerintahkan kami berbuat makruf dan melarang kami berbuat mungkar?". Orang itu berkata,
"Aku memang memerintahkan kalian agar berbuat makruf tapi aku sendiri tidak melaksanakannya
dan melarang kalian berbuat mungkar, namun aku mengerjakannya".
(Hadith Bukhari no.3027)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 7 2018, 09:47 AM
Daripada Muhammad bin Rumh, daripada Al Laits bin Sa'd, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Muhammad bin Ibrahim At Taimi, daripada 'Alqamah bin Waqash, daripada Umar bin Khatthab (ketika berkhutbah), Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya setiap amalan sesuai dengan niat,
dan balasan bagi seseorang itu sesuai dengan apa yang diniatkannya.
Maka barangsiapa hijrahnya untuk Allah dan Rasul-Nya maka pahala hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya,
dan barangsiapa hijrahnya untuk dunia atau wanita yang akan dinikahinya, maka balasan hijrahnya sesuai dengan tujuan hijrahnya tersebut."
(Hadith Ibnu Majah no.4217)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 8 2018, 03:06 PM
Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Jarir, daripada 'Umarah, daripada Abu Zur'ah, daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kalian akan temui manusia pelbagai perilakunya
maka orang-orang yang baik pada zaman jahiliyyah akan menjadi baik pula pada zaman Islam bila mereka memahami (Islam),
dan akan kalian temui pula manusia yang paling baik dalam urusan (khilafah/pemerintahan) ini, iaitu mereka yang tidak berkeinginan terhadap jawatan
dan akan kalian temui orang yang paling buruk dalam urusan ini adalah mereka yang bermuka dua (hipokrit), dia datang kepada satu golongan dengan wajah (pendapat) tertentu dan datang kepada kelompok lain dengan wajah (pendapat) lain".
(Hadith Bukhari no.3234)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 9 2018, 11:34 AM
Daripada Abdullah bin Muhammad An Nufaili, daripada Muhammad bin Maslamah, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Yazid bin Abu Habib, daripada Abdurrahman bin Syimasah, daripada'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Tidak akan masuk syurga
orang yang mengambil pajak secara zalim.
(Hadith Abu Daud no.2548)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
Daripada Musaddad, daripada Yahya, daripada 'Ubaidullah, daripada Khubaib bin 'Abdurrahman, daripada Hafsh bin 'Ashim, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda,
"Ada tujuh (7) golongan orang beriman yang akan mendapat naungan (perlindungan) dari Allah di bawah naunganNya pada hari Kiamat yang ketika tidak ada naungan kecuali naunganNya. Iaitu,
1) Pemimpin yang adil;
2) seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Rabnya;
3) seorang lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid;
4) dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah, keduanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah;
5) seorang lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, "aku takut kepada Allah";
6) seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya;
7) dan seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri sendirian hingga kedua matanya basah kerana menangis".
(Hadith Bukhari no.1334)
Nota penting: (Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
This post has been edited by boca120879: Nov 15 2018, 04:09 PM