Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
26 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Muslim Group

views
     
boca120879
post Oct 10 2018, 02:24 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Ya Tuhanku,

jadikanlah aku dan anak cucuku

orang-orang yang tetap mendirikan solat,

ya Tuhan kami,

perkenankanlah doaku.

(Surah Ibrahim Ayat 40)

Doa Nabi Ibrahim agar menjadi hamba yang sentiasa mendirikan solat.

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


boca120879
post Oct 10 2018, 02:27 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami,

beri ampunlah aku

dan kedua ibu bapaku

dan sekalian orang-orang mukmin

pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".

(Surah Ibrahim Ayat 41)

Doa Nabi Ibrahim memohon keampunan.

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 10 2018, 02:29 PM
boca120879
post Oct 15 2018, 11:39 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
QUOTE(demogorgon @ Oct 15 2018, 11:18 AM)
ustaz ni kan yang cakap tasawwuf tu ayaq acaq maaf saya tak suka dia
*
tidak suka tidak bererti kita kena tolak bulat2 ilmu yang disampaikannya

kita ambil mana yang benar,

tolak mana yang kita rasa tidak benar ketika itu

Ustaz Azhar Idrus, saya berasa kurang senang dengan sikap suka menggelar orang lain bodoh, tapi ilmu yg benar daripadanya saya ambil

This post has been edited by boca120879: Oct 15 2018, 11:41 AM
boca120879
post Oct 16 2018, 11:22 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada 'Utsman, daripada Jarir, daripada Manshur, daripada Ibrahim, daripada 'Alqamah,
daripada Abdullah,

"Rasulullah s.a.w. melaksanakan solat."

Ibrahim melanjutkan,
"Tapi aku tidak tahu apakah Rasulullah s.a.w. kelebihan rakaat atau kurang.
Setelah salam, Rasulullah s.a.w. pun ditanya”

"Wahai Rasulullah, telah terjadi sesuatu dalam solat!.”

Rasulullah s.a.w. bertanya:
"Apakah itu?"

Maka mereka menjawab,
"Tuan solat begini dan begini."

Rasulullah s.a.w. kemudian duduk pada kedua kakinya menghadap kiblat,
kemudian Rasulullah s.a.w. sujud dua kali, kemudian salam.

Ketika menghadap ke arah kami,
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesungguhnya bila ada sesuatu yang baru dari solat

pasti aku beritahukan kepada kalian.

Akan tetapi aku ini hanyalah manusia seperti kalian yang biasa lupa
sebagaimana kalian juga biasa lupa,

maka jika aku terlupa, ingatkanlah.

Dan jika seseorang daripada kalian ragu dalam solatnya

maka dia harus meyakini mana yang benar,

kemudian hendaklah ia sempurnakan,
lalu salam kemudian sujud dua kali."

(Hadith Bukhari nombor 386)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 16 2018, 11:23 AM
boca120879
post Oct 16 2018, 12:09 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ



(Mereka berdoa):

"Ya Tuhan kami,

janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan

sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,

dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau;

karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)".

(Surat Ali 'Imran Ayat 8)

Doa mohon ditetapkan iman

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
boca120879
post Oct 17 2018, 11:01 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Mu'adz bin Hisyam, daripada bapanya (Hisyam),
daripada Qatadah, daripada Salim bin Abul Ja'd Al Ghathafani,
daripada Ma'dan bin Abu Thalhah Al Ya'mari, daripada Abu Darda`,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Siapa yang menghafal sepuluh (10) ayat
daripada awal Surah Al-Kahf,

maka ia akan terpelihara
daripada (kejahatan) Dajjal."

Daripada Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar,
(kedua-duanya) daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Zuhair bin Harb,
daripada Abdurrahman bin Mahdi, daripada Hammam, daripada Qatadah,


Syu'bah berkata,
“daripada akhir Surah Al-Kahf”

Hammam berkata,
“daripada awal Surah Al-Kahf”

(Hadith Muslim no. 1342)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


This post has been edited by boca120879: May 29 2019, 10:22 AM
boca120879
post Oct 17 2018, 11:17 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
10 ayat terawal Surah Al-Kahfi:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا ۜ

Segala puji bagi Allah

yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran)

dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya

(Surah Al-Kahfi ayat 1)

قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا


sebagai bimbingan yang lurus,

untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih daripada sisi Allah

dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman,

yang mengerjakan amal soleh,

bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

(Surah Al-Kahfi ayat 2)

Nota penting
:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 17 2018, 01:03 PM
boca120879
post Oct 17 2018, 11:19 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا

mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya,

(Surah Al-Kahfi ayat 3)

وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا

Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak"

(Surah Al-Kahfi ayat 4)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


boca120879
post Oct 17 2018, 11:22 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا

Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu,

begitu pula nenek moyang mereka.

Alangkah buruknya kata-kata yang keluar daripada mulut mereka,

mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

(Surah Al-Kahfi ayat 5)

فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati

setelah mereka berpaling,

sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).

(Surah Al-Kahfi ayat 6)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)





boca120879
post Oct 17 2018, 11:24 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya,

agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

(Surah Al-Kahfi ayat 7)

وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا

Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

(Surah Al-Kahfi ayat 8)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
boca120879
post Oct 17 2018, 11:27 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu,

mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?

(Surah Al-Kahfi ayat 9)

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua,

lalu mereka berdoa:

"Wahai Tuhan kami,

berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi-Mu

dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".

(Surah Al-Kahfi ayat 10)

Nota penting
:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)




boca120879
post Oct 17 2018, 01:02 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi:

وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا

dan Kami nampakkan Jahanam pada hari itu

kepada orang-orang kafir dengan jelas,

(Surah Al-Kahfi ayat 100)

الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا

iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup

daripada memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku,

dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.

(Surah Al-Kahfi ayat 101)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 17 2018, 01:14 PM
boca120879
post Oct 17 2018, 01:06 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا

maka apakah orang-orang kafir menyangka

bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku?

Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir.

(Surah Al-Kahfi ayat 102)

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا

Katakanlah:

"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu

tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?"

(Surah Al-Kahfi ayat 103)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 17 2018, 01:13 PM
boca120879
post Oct 17 2018, 01:10 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,

sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.

(Surah Al-Kahfi ayat 104)

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا

Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka

dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia,

maka hapuslah amalan-amalan mereka,

dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.

(Surah Al-Kahfi ayat 105)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
boca120879
post Oct 17 2018, 01:13 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا

Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam,

disebabkan kekafiran mereka

dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.

(Surah Al-Kahfi ayat 106)

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,

bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,

(Surah Al-Kahfi ayat 107)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


boca120879
post Oct 17 2018, 01:18 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا

mereka kekal di dalamnya,

mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

(Surah Al-Kahfi ayat 108)

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah:

Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,

sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku,

meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".

(Surah Al-Kahfi ayat 109)

قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah:

Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu,

yang diwahyukan kepadaku:

"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa".

Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya,

maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh

dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".

(Surah Al-Kahfi ayat 110)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Oct 17 2018, 02:45 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Musaddad, daripada Mu'tamir, daripada Humaid, daripada Anas r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi".

Mereka bertanya:
"Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi

tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?"

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim) ".

(Hadith Bukhari nombor 2264)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Oct 18 2018, 12:11 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Ibnu Numair, (kedua-duanya)
daripada Abdullah bin Idris, daripada Rabi'ah bin 'Utsman,
daripada Muhammad bin Yahya bin Habban, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah s.w.t.
daripada orang mukmin yang lemah.

Pada masing-masing memang terdapat kebaikan.

Capailah dengan sungguh-sungguh apa yang berguna bagimu,

mohonlah pertolongan kepada Allah a.w.j.
dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah.

Apabila kamu tertimpa suatu kemalangan,

maka janganlah kamu mengatakan,
“Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu,
nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.”

Tetapi katakanlah,
قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
“lni sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya.”

Kerana sesungguhnya ungkapan kata 'law' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan."

(Hadith Muslim nombor 4816)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

This post has been edited by boca120879: Oct 31 2018, 05:57 PM
boca120879
post Oct 22 2018, 11:48 AM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Adam, daripada Ibnu Abu Dzi`b, daripada Sa'id Al Maqburi,
daripada Abu Hurairah r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Salah seorang daripada kalian tidak akan dapat diselamatkan oleh amalnya,"

maka para sahabat bertanya,
“Tidak juga dengan engkau wahai Rasulullah? “

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Tidak juga saya,
hanya sahaja Allah telah melimpahkan rahmat-Nya kepadaku.

Maka beramallah kalian sesuai dengan sunnah
dan berlakulah dengan imbang,

berangkatlah di pagi hari dan berangkatlah di petang hari,

dan (lakukanlah) sedikit waktu (untuk solat) di malam hari,

niat dan niat maka kalian akan sampai."

(Hadith Bukhari nombor 5982)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

boca120879
post Oct 22 2018, 01:38 PM

Getting Started
**
Junior Member
207 posts

Joined: Oct 2017
Daripada Abdul Aziz bin Abdullah, daripada Sulaiman, daripada Musa bin 'Uqbah,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Aisyah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Beramallah sesuai dengan sunnah
dan berlaku imbanglah,

dan ketahuilah bahwa salah seorang tidak akan masuk syurga kerana amalannya,

sesungguhnya amalan yang dicintai oleh Allah
adalah yang berterusan walaupun sedikit."

(Hadith Bukhari nombor 5983)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)


26 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Top
Topic ClosedOptions
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.1624sec    0.47    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 12th December 2025 - 11:49 PM