QUOTE(xlr_8 @ Mar 13 2015, 12:08 PM)
Does anyone know if visiting Physiotherapy or going thru pain treatment courses can be claim under Perbelanjaan rawatan perubatan?
Which clause?
F2 PERBELANJAAN RAWATAN PERUBATAN, KEPERLUAN KHAS DAN PENJAGA IBU BAPA
QUOTE
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa dibenarkan sebagai potongan terhad kepada RM5,000. Perenggan 46(1)©.
Perbelanjaan perubatan yang layak termasuk:
(i) rawatan perubatan dan penjagaan yang diperuntukkan oleh rumah penjagaan; dan
(ii) rawatan pergigian dihadkan kepada mencabut gigi, menampal gigi, membersihkan karang gigi tetapi tidak termasuk rawatan kosmetik.
Tuntutan mestilah disokong oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia yang mengesahkan bahawa keadaan kesihatan ibu bapa memerlukan rawatan perubatan atau keperluan khas atau penjaga.
Ibu bapa mestilah bermastautin di Malaysia.
Rawatan perubatan dan perkhidmatan penjaga disediakan dalam Malaysia. Dalam kes penjaga, mestilah dibuktikan dengan perakuan bertulis, resit atau salinan permit kerja penjaga. “Penjaga” adalah tidak termasuk individu, suami / isteri atau anak individu berkenaan.
F6 PERBELANJAAN PERUBATAN BAGI PENYAKIT YANG SUKAR DIUBATI
QUOTE
Perbelanjaan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati bermaksud rawatan dibuat ke atas penyakit seperti sindrom kurang daya tahan (AIDS), sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa yang lain. ‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonary hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, pemotongan kaki dan/atau tangan. Perbelanjaan ini dihadkan kepada RM5,000 untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak. Perenggan 46(1)(g)
This post has been edited by David83: Mar 13 2015, 12:44 PM