Project cannot sell? Hiring
pai to come and promote this weekend.
And then got such posting circulating over FB:
QUOTE
Kita selalu dengar yang bila nak membeli rumah bertingkat ni, cari yang fasiliti dia tip top dan sesuai dengan gaya hidup.
Ye lah kan. Agak leceh untuk turun naik lif, keluar masuk kereta hanya untuk ke tempat yang korang selalu pergi.
Bagi setengah orang, dia pentingkan tempat makan.
Bagi setengah orang lain dia cari yang ada tempat beli barang rumah, bagi setengah orang lain boleh jadi gymnasium, atau pun kolam renang.
Tapi hari ni Tok nak kongsikan, satu fasiliti yang Tok rasa kurang diberikan perhatian tapi amat popular lebih-lebih lagi dikalangan penduduk bandar.
Taman hijau.
Bagi Tok, kalau nak membeli rumah bertingkat ni eloklah cari yang taman hijaunya cukup meluas dan dijaga dengan rapi.
Sebab dengan kehidupan bandar yang sibuk, memang tak la nak start kereta dan jogging dekat taman yang jauh-jauh.
8 Taman, Berlainan Tema
Semua orang tahu yang harga tanah dekat KL tak murah, oleh sebab itu lah, ramai pemaju yang akan memaksimakan penggunaan tanah sebaik mungkin.
Boleh jadi dalam bentuk buat saiz rumah yang lebih kecil, ruang-ruang jalan yang lebih kecil, membuat kediaman tanpa ruang parkir, mengurangkan ruang fasiliti, dan pelbagai cara lain lagi.
Oleh yang demikian, memiliki taman yang hanya boleh diakses oleh penduduk sesuatu kediaman high-rise adalah sesuatu kemewahan dan sekaligus menjadi deal breaker dan unique selling proposition yang terbaik bagi sesebuah hartanah.
Jadi, sekarang Tok nak korang bayangkan sebuah pembangunan high-rise dengan 8 jenis taman rekreasi dengan pelbagai jenis tema.
Itulah dia antara fasiliti yang disediakan di KL Traders Square, sebuah pembangunan yang akan mengubah lanskap Jalan Gombak.
8 taman rekreasi bertema tersebut adalah, Golden Meadow, Arbor Walk, Scented Garden, Costus Garden, Lilac Garden, Canna Garden, Cloister Garden dan Tea Tree Forest.
Siap ada 29 fasiliti bertaraf resort?
Bukan terhad kepada itu sahaja, KL Traders Square juga mempunyai 29 fasiliti yang lain bertaraf resort dan kesemua keluasan fasiliti rekreasi ni mencecah sehingga 6 ekar!
Dari segi kolam renang sahaja mereka mempunyai 2 kolam renang dan 2 kolam jakuzi.
Bagi yang minat bersukan dan kaki gym jugak, pasti akan jatuh cinta dengan fasiliti yang ada di KL Traders Square ni.
Dewan serbaguna yang ada boleh diubahsuai untuk dijadikan 6 gelannggang ataupun satu gelanggang bola keranjang.
Bagi yang kaki gym tadi, ada dua gym disediakan untuk penghuni KL Trader’s Square.
Kesimpulannya, fasiliti yang ditawarkan di KL Traders Square ni adalah sangat luar biasa dan sangat berlainan dengan banyak pembangunan baru yang ada di Kuala Lumpur.