A REPLY FROM SSM SAYING THAT THEY ARE NOT RESPONSIBLE FOR THE CONTENTS OF PROSPECTUS OF AN INTEREST SCHEME REGISTERED UNDER THEM. HOWEVER ANY COMPANY WISHING TO UNDERTAKE AN INTEREST SCHEME MUST REGISTER WITH THEM. A PROSPECTUS MUST ALSO BE LODGED AND REGISTER WITH THEM AND INVESTORS MUST BE GIVEN A COPY TO READ AND UNDERSTAND BEFORE JUMPING INTO ANY INVESTMENT.
SSM also wishes to remind that any scheme registered with them contains elements of RISK and is certainly NOT risk-free. Pat Lu lies again when she assures investors of a risk-free 'SAFE INVESTMENT' since it is approved and regulated by SSM.
.................................................................................................................
Dengan hormat saya merujuk kepada e-mail di bawah.
2. Skim pelaburan yang dikawal selia oleh SSM dikenali sebagai skim kepentingan dan bagi tujuan menyemak senarai skim kepentingan yang berdaftar dengan SSM, Pengadu boleh merujuk ke pautan
http://www.ssm.com.my/en/company/is-registered-scheme-public untuk keterangan lanjut. Harap maklum sekiranya sebarang pelaburan dilakukan melibatkan skim/entiti yang tidak dilesenkan atau berdaftar dengan pihak berkuasa terbabit, pelaburan tersebut tidak dilindungi sama sekali oleh pihak berkuasa dan sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri.
3. Untuk makluman tuan, syarikat XXXXXXXXX dan skim anjurannya iaitu XXXXXXXX berdaftar di SSM. SSM tidak bertanggungjawab terhadap kandungan prospektus tersebut dan ini dinyatakan dengan jelas pada muka depan prospektus skim tersebut seperti berikut:
“A copy of this Prospectus has been lodged with and is registered by the Registrar of Companies, Malaysia who takes no responsibility for its contents.”
4. Sila pastikan tuan membaca serta memahami terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam prospectus berkaitan skim tersebut sebelum membuat keputusan untuk menyertainya. Menjadi tanggungjawab pelabur untuk membuat penilaian tentang skim tersebut. Apabila sesuatu skim telah didaftarkan di SSM, ia tidak bermaksud pelaburan tersebut adalah selamat dan langsung tidak mempunyai risiko. Semua bentuk pelaburan mempunyai risiko tersendiri dan pelabur perlu memahami tentang sebarang risiko yang bakal ditanggung. Para pelabur dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat rundingcara / nasihat daripada penasihat professional segera sekiranya terdapat sebarang keraguan.
5. Untuk isu kadar pulangan pelaburan yang dijanjikan dalam pesanan ringkas (SMS), SSM akan menjalankan pemeriksaan lanjut.
Terima kasih.
Registration Services Division
Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Menara SSM@sentral
No. 7, Jalan Stesen 5
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur
Tel: 03-22995256
Fax : 03-22994571
These are some of the interest schemes which certainly are NOT risk-free or safe as claimed. So beware and be forewarned.
This post has been edited by Minion888: Oct 31 2013, 02:49 PM