Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
7 Pages < 1 2 3 4 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

> Military Thread V8, Ops Daulat

views
     
HangPC2
post Feb 25 2013, 07:59 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

» Click to show Spoiler - click again to hide... «


» Click to show Spoiler - click again to hide... «


» Click to show Spoiler - click again to hide... «



Sources : http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/




HangPC2
post Feb 28 2013, 01:21 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

PGA sudah berundur dari kedudukan dan di ganti dengan unit-unit penggempur gabungan tentera



Sources : Malaysia Military Power



HangPC2
post Feb 28 2013, 08:01 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



QUOTE(atreyuangel @ Feb 28 2013, 07:06 PM)
On a site note!

it is REALLLLLL!




user posted image


Off 257 initial units,

- 123 units are the Armoured Fighting Vehicles(AFVs) with two man 30mm or 30mm/ATGW turret variants

- 54 are the Armoured Command Vehicle/AFVs/AFV-Surveillance/Armoured Vehicle Signal and Armoured Engineer NBC Reconnaissance Vehicle that are fitted with RCW system





*
rclxms.gif

HangPC2
post Mar 1 2013, 05:21 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image


Anggota polis di pos kawalan utama membawa dua anggota polis yang terkorban di kampung Tanduo di sini, hari ini.Dua komando polis telah terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo yang menjadi kubu kumpulan pencerobohan bersenjata dari Filipina ketika sedang berkawal satu daripada pos di sekitar kampung itu.


- Bernama -




HangPC2
post Mar 1 2013, 06:54 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image



Sources : http://mediapermatangpauh.blogspot.com/





HangPC2
post Mar 1 2013, 07:11 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



SMS Terakhir Allahyarham Insp Zulkifli Mamat


user posted image

user posted image




HangPC2
post Mar 1 2013, 11:50 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



AL-FATIHAH



Insp Zulkifli bin Mamat (29) dan Koperal Sabaruddin bin Daud (47) dari Unit 69 Komando PDRM


user posted image




HangPC2
post Mar 2 2013, 10:44 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



LAHAD DATU : Senarai pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dan cedera:



Terkorban :

1. INSP G/17992 ZULKIFLI B. MAMAT
2. KPL 113088 SABARUDDIN B. DAUD

Cedera :

1. KPL 135383 AZMAN B. AMPONG
2. KPL 152133 MOHD TARMIZI B. HASHIM
3. KON 175533 MOHAMED QAIYUM’AIQAL B. ZOLKIFLI



MAKLUMAT TERKINI : Penerbangan membawa pulang jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban terpaksa ditunda atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Masa ketibaan yang telah dimaklumkan sebelum ini pada jam 9.00 pagi telah diubah seperti berikut : -

Tarikh : 02 Mac 2013
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.





user posted image



Sources : http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia






HangPC2
post Mar 2 2013, 11:08 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Keadaan di Lahad Datu kembali normal




LAHAD DATU : Suasana di bandar ini kembali seperti sedia kala pagi ini dengan ramai pengunjung kelihatan memenuhi kedai makan dan membeli barang keperluan di pasar.

Tinjauan BH turut mendapati ramai pengunjung mengerumuni kedai menjual akhbar.
Semalam, bandar ini lengang berikutan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini.



- Berita Harian -



Jenazah 2 anggota Komando VAT 69 berlepas dari Tawau




LAHAD DATU : Jenazah dua anggota komando polis komando VAT 69 yang terkorban semalam dalam insiden tembakan membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini diterbangkan ke ibu negara, awal hari ini.

Penerbangan itu pada asalnya dijadual tiba lewat malam tadi.
Jenazah kedua-dua anggota itu diterbangkan ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau pada jam 7.55 pagi dengan pesawat Charlie.


Anggota yang terkorban dari Kem Ulu Kinta itu ialah Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Kamarulzaman Ali berkata, jenazah Zulkifli akan diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Gong Kedak, Kelantan untuk dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kubang Ikan, Besut, Terengganu.

Katanya, jenazah Zulkifli yang akan diterbangkan dengan menaiki pesawat CN235 dari Subang akan diiringi balunya, Noraziah Noor dan dua anak lelaki, katanya.

Sementara itu, jenazah Sabarudin pula akan dikebumikan di kampungnya di Sungai Lias, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
Allahyarham meninggalkan balu, Nurunisa Abu Bakar dan tiga anak; dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah kedua-dua anggota polis komando itu disembahyangkan di Masjid Batalion 17 Pasukan Gerakan Am di sini lewat malam tadi sebelum diterbangkan ke Subang.

Dalam kejadian tembakan semalam, tiga anggota komando turut cedera iaitu Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, Kpl Azman Ampong, 39, dan Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli, 22.


- Bernama / Berita Harian -



Pencerobohan Lahad Datu: 2 wira terkorban




2013/03/02 - 05:32:11 AM Oleh Amin Ridzuan Ishak



user posted image



# 3 komando cedera

# 12 penceroboh maut

# PDRM, tentera diberi kuasa penuh ambil tindakan



Lahad Datu : Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban, manakala 12 penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina maut dalam kejadian tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di sini, semalam.


'' Pemimpin kumpulan itu juga menuntut bertemu dengan pemimpin atasan mereka, namun sebaik sampai mereka membuat tuntutan ke atas Sabah yang didakwa sebahagian daripada wilayah mereka. ''


Kejadian jam 9.59 pagi dan berakhir 20 minit kemudian turut menyebabkan tiga lagi anggota keselamatan cedera.

Penceroboh rakyat asing yang maut antara 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di FELDA Sahabat 17, Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu.

Mereka cuba keluar dari kepungan pasukan keselamatan dan mula melepaskan tembakan apabila terserempak dengan anggota keselamatan yang mengetatkan kepungan.

Anggota yang terbunuh ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor.
Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.


Sediakan makanan

Dalam operasi itu, pasukan keselamatan turut merampas dua M-16, dua raifal separuh automatik, dua pistol, magazine peluru, peluru pelancar roket dan beg pakaian.

Pertempuran berlaku selepas kerajaan beberapa kali mengadakan rundingan dengan kumpulan itu yang menceroboh negara 12 Februari lalu bagi diselesaikan secara aman.

Sebelum ini, kerajaan turut menyediakan bekalan makanan dengan harapan mereka bersetuju menamatkan pencerobohan di kampung itu dan pulang ke negara asal.

Pemimpin kumpulan itu juga menuntut bertemu dengan pemimpin atasan mereka, namun sebaik sampai mereka membuat tuntutan ke atas Sabah yang didakwa sebahagian daripada wilayah mereka.

Kerajaan turut beberapa kali berkompromi mengubah tarikh akhir supaya kumpulan itu meninggalkan Lahad Datu, namun mereka terus menetap di situ dan enggan keluar.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedih dengan kejadian itu berkata, beliau memberi kuasa penuh kepada pasukan keselamatan untuk mengambil apa saja tindakan untuk menumpaskan kumpulan penceroboh terbabit.

Pasukan keselamatan katanya, sudah mengepung mereka sepenuhnya. Bot Tentera Laut Diraja Malaysia sudah berkawal di perairan dan Tentera Darat turut berkawal bagi mengelak penceroboh melarikan diri.


Penceroboh mula tembak


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, pada sidang medianya petang semalam, berkata kumpulan penceroboh melepaskan tembakan terlebih dulu apabila terserempak dengan anggota keselamatan menjalankan operasi mengetatkan kepungan.

“ Pasukan kita tidak mempunyai pilihan selain membalas tembakan itu. Kita sebenarnya sudah memberi peluang kepada kumpulan terbabit dengan mengadakan rundingan, tetapi nampaknya mereka enggan keluar seperti diarahkan, ” katanya.


Hamza berkata, sehingga lewat petang semalam, keadaan dilaporkan terkawal.

Beliau turut menafikan polis mengeluarkan perintah berkurung di Lahad Datu dan daerah lain seperti disebarkan pelbagai pihak, terutama di internet.

“ Mengikut Akta Polis, perintah berkurung hanya boleh dikeluarkan Pesuruhjaya Polis Sabah dan saya tidak ada mengeluarkan arahan seumpama itu kerana keadaan di sini terkawal, ” katanya.



- Berita Harian -







HangPC2
post Mar 2 2013, 11:14 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا




HangPC2
post Mar 2 2013, 11:26 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا




HangPC2
post Mar 2 2013, 11:42 AM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا




HangPC2
post Mar 2 2013, 12:41 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Ketibaan Dua Jenazah Anggota Komando 69 di Lapangan Terbang Subang




user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image




Sources : Utusan Malaysia / Warta Tawau




HangPC2
post Mar 2 2013, 02:07 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image

user posted image




Sources : http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia




HangPC2
post Mar 2 2013, 03:08 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Deftech AV-8 8x8 AFV



user posted image



Credit : beretbiru (mymil)



HangPC2
post Mar 2 2013, 03:44 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



CATATAN PERISTIWA BERDARAH DI SEMPORNA SABAH (29/4/1954)



Hari itu, 29 April, 1954, hari yang paling malang bagi penduduk Semporna. Hari yang paling celaka, yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Malah ada yang dicabul kehormatan, dirogol dan diperkosa.

Tarikh hitam itu masih kekal dalam ingatan penduduk yang menyaksikan peristiwa berdarah akibat perbuatan ganas mundu-mundu (lanun-lanun) yang datangnya entah dari mana.
Pekan Semporna yang terletak di pinggir laut itu sepertimana biasa, aman dan damai. Petang itu, udara menghembus nyaman dari laut yang biru yang tenang itu.

Padang bola sepak yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Semporna itu telahpun dipenuhi oleh peminat-peminat bolasepak yang saban petang punya pengunjungnya. Mereka bermain dengan begitu seronok sekali. Beberapa anggota polis juga turut bermain untuk mengeluarkan peluh di samping memupuk hubungan baik dengan masyarakat setempat.

Balai Polis Semporna yang terletak di bawah Kawalan Ketua Polis Daerah (OCPD) Lahad Datu mempunyai keanggotaan 7 orang sahaja. Ketua Polis Balai (OCS)- nya ialah Sarjan Sagar Singh. Perhubungan antara Balai Polis Semporna dengan ibu pejabat daerahnya di Lahad Datu hanya menerusi radio wireless dan jalan laut sahaja yang memakan masa lebih kurang 10 jam perjalanan.

Peristiwa berdarah itu masih segar dalam ingatan Encik Bullah Ganggal, bekas pegawai polis yang baru bersara dengan pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP). En.Bullah, keturunan Kadazan, semasa kejadian itu bertugas di balai polis tersebut dengan pangkat Detektif Lans Koperal.

“ Segala-galanya bermula pada jam 5.30 petang. Pada masa itu penduduk-penduduk Semporna sedang berehat setelah kembali dari menangkap ikan. ” En.Bullah Ganggal memulakan ceritanya.
“ Para pemuda pula sedang seronok bermain bola. Ia turut berada berhampiran padang bola itu. Tiba-tiba bunyi tembak bertalu-talu dari arah jeti yang tidak jauh dari situ ”, katanya.
“ Orang di pekan dan di padang itu lari bercempera sambil berteriak, mundu! mundu ! (lanun ! Lanun !) cepat lari. Masing-masing mencari tempat perlindungan ".

“ Melihatkan keadaan kelam-kabut dan serangan mengejut lanun itu, Sarjan Sagar Singh segera memerintahkan orang-orangnya bersiap sedia. Ia memerintahkan saya membawa isteri dan anak-anak anggota polis Semporna berlindung di balai. Ini disebabkan keadaan di balai itu lebih selamat kerana adanya pagar berduri dan segala senjatapi serta peluru ada di sana ".

L/Kpl Bullah Ganggal segera bertindak dengan menjerit memanggil semua isteri dan anak-anak polis untuk mengikutnya ke balai.
“ Belum sempat isteri-isteri dan anak-anak polis itu saya lindungkan di balai, saya lihat dari celah-celah lubang berek kami, lanun-lanun yang ramainya tidak kurang 50 hingga 70 orang itu telahpun hampir dengan Balai Polis Semporna. Mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mara ke balai polis satu lagi ke arah bot jabatan hutan ”.

Sementara itu di balai polis, Sarjan Sagar Singh dengan dibantu oleh orang-orangnya iaitu PC 442 Sulaiman dan PC Jambuan memuntahkan peluru ke arah lanun-lanun yang begitu ramai itu. Sarjan Sagar Singh dan orang-orangnya sekali-kali tidak mahu menyerah kalah kepada lanun-lanun itu sekalipun terpaksa mengorbankan nyawa mereka.

Sambil memuntahkan peluru ke arah balai yang dipertahankan bermati-matian oleh Sarjan Sagar Singh itu, lanun itu memusnahkan alat-alat hubungan wireless di luar balai itu. Dengan itu hubungan Balai Polis Semporna dengan Ibu Pejabat Daerah Polis Lahad Datu TERPUTUS.

“ Kita mesti pertahankan balai ini hingga ke titisan darah terakhir. Biar putih tulang, jangan putih mata ”, kata Sagar Singh kepada dua orang anggotanya dengan penuh semangat. Mereka terus melawan dengan beraninya.

En.Bullah Ganggal yang ditugaskan melindungi isteri dan anak-anak polis tidak dapat berbuat apa-apa kerana pada masa itu senjata tiada di tangannya. Kalau dia keluar tanpa senjata tentu seperti menyerah diri tanpa berlawan. Ia melihat bagaimana rakannya PC Jambuan yang kehabisan peluru ditikam dengan barung (parang) oleh lanun-lanun itu. Ia dibunuh dengan kejam sekali di mana perutnya diburaikan.

Akhirnya kerana kehabisan peluru dan lanun-lanun yang ramai itu bersenjatakan senjata-senjata automatik, maka Sarjan Sagar Singh dan dua orang anggotanya terkorban. L/Kpl Bullah Ganggal cuba untuk keluar dari tempat persembunyian untuk memberi bantuan tetapi dihalang oleh permintaan isteri Sjn.Sagar dan isteri-isteri anggota polis yang lain supaya jangan pergi dan melindungi mereka di situ.

Bila saja lanun-lanun itu mendapati Sjn Sagar dan orang-orangnya terkorban , mereka lalu merempuh ke dalam balai polis. Bilik radio polis dipecah dan alat-alatnya dimusnahkan. Mereka juga memecahkan bilik besi tempat menyimpan senjatapi dan peluru lalu merampasnya.

Lanun-lanun itu semakin menganas. Senjatapi mereka ditembak ke sana ke mari. Mereka terus menggeledah seluruh rumah dan kedai di pekan Semporna.

“ Apa yang saya dengar lepas itu ialah teriakan dan jeritan minta tolong oleh mangsa-mangsa lanun-lanun yang jahat itu. Mereka bukan sahaja merompak, mengambil apa sahaja barang-barang berharga, makanan, malah mereka juga merogol wanita dan anak dara. Mereka sungguh kejam dan tidak berkeperimanusiaan langsung”, Kata En.Bullah dengan perasaan amat geram. “ Apakan daya masa itu saya tidak bersenjata dan memikirkan pula keselamatan anak isteri anggota-anggota polis. Saya kesal tidak dapat membantu kawan-kawan saya yang gugur sebagai perwira negara ".

“ Lanun-lanun celaka itu telah bermaharajalela selama 3 jam iaitu dari jam 5.30 hingga 8.30 malam di pekan Semporna. Mereka melakukan pelbagai dosa yang tidak dapat diampun ", terang beliau lagi.

Menurut En.Bullah ia tidak tahu dari mana datangnya lanun-lanun itu tetapi ia mengagakkan dari percakapannya adalah dari Seberang (Filipina).

Selama 3 jam Semporna telah menjadi neraka. Lanun-lanun bertindak sewenang-wenangnya kerana tiada siapa berani melawannya. Akibatnya, Semporna musnah semacam diserang garuda, menjadi padang jarak padang tekukur. Setelah lanun-lanun itu puas memuaskan hawa nasfu, mereka segera menghilangkan diri di lautan luas dengan kumpit-kumpit (perahu) yang dilengkapi dengan motosangkut laju.

“ Bila mendapati lanun-lanun itu berlalu, saya dan anak isteri anggota-anggota polis keluar dari tempat persembunyian di berek polis itu. Betapa sedih hati saya melihatkan rakan-rakan saya, Sjn Sagar, PC Jambuan, PC Gimun terkorban. Mayat mereka yang berlumuran darah itu dipeluk dan ditangisi oleh anak dan isteri masing-masing. Saya turut menitiskan air mata melihatkan peristiwa itu. Hingga hari ini ianya kekal dalam ingatan saya, ” ceritanya lagi.

L/Kpl Bullah segera mengambilalih tugas Ketua Polis Balai. Didapatinya dua orang anggotanya masih hidup. Mereka itu sedang bermain bola ketika lanun menyerang. Oleh kerana tidak sempat lari ke balai, mereka terpaksa bersembunyi.

Setelah menguruskan mayat empat orang rakannya L/Kpl Bullah terus berbincang dengan Ketua Anak Negeri (Penghulu) Semporna, Panglima Jakarullah yang telahpun tiba di balai bersama-sama orangnya.

Dengan bantuan mereka, dia membuat rondaan di sekitar bandar Semporna untuk mengumpul mayat dan memberi pertolongan kepada orang yang cedera akibat kekejaman lanun-lanun tadi. Hasilnya mereka menemui mayat seorang pegawai hutan British, seorang pekedai Cina (tukang jahit) dan seorang pemuda Bajau Semonul. Mayat -mayat itu dibawa ke balai polis untuk diuruskan.

L/Kpl Bullah seterusnya mengadakan perbincangan dengan Panglima Jakarullah dan orang-orangnya pada malam kejadian itu. Mereka mengambil keputusan untuk menhantar dua orang awam ke Lahad Datu bagi membawa pembantu hospital Harry Chew dan Lian Chap Yit yang luka parah mendapat rawatan. Di samping itu mereka juga diarahkan meminta bantuan segera dari KPD Lahad Datu yang tidak dapat dihubungi menerusi wireless radio.

Pada malam itu L/Kpl, Bullah dan Panglima Jakarullan serta orang-orangnya mengambil keputusan untuk berjaga dan berwaspada bagi menentang lanun-lanun yang mungkin datang sekali lagi.
Petang esoknya, 30hb, Mac barulah rombongan yang diketuai oleh Pegawai Daerah Lahad Datu, Mr.Dalimore dan Ketua Polis Daerah (OCPD), Mr.W.R.H. Roberts tiba untuk menyaksikan pekan Semporna yang hampir menjadi padang jarak padang tekukur itu.

Peristiwa ngeri itu amat menakutkan penduduk-penduduk Semporna. Ada di antara mereka yang lari bersembunyi tidak mahu balik ke rumah beberapa hari kerana takutkan lanun mengganas lagi. Seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Semporna, ketika kejadian itu terus jadi ' gagap ' hingga ke hari ini kerana terlampau terkejut, gamam dan ketakutan.




Sources : Berita Bukit Aman, 1983.




HangPC2
post Mar 2 2013, 04:38 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



The Brotherhood of Sixtyniners



user posted image


Credit : Mejar Shaheezam TUDM




HangPC2
post Mar 2 2013, 05:13 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image



Sources : Pendatang Filipina Di Sabah

http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/pub...%20Jati%208.pdf




HangPC2
post Mar 2 2013, 05:29 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



user posted image

HangPC2
post Mar 2 2013, 05:58 PM

Casual
***
Junior Member
408 posts

Joined: Nov 2006
From: LANGKASUKA مليسيا



Catatan seorang pegawai yang pernah bergelar CO KPD Sabahan PX 29



Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, negara kita masih lagi berada didalam zaman darurat. Banyak serangan dan ancaman pengganas PKM terhadap orang awam dan pasukan keselamatan. Pada tahun 1960 zaman darurat itu berjaya ditamatkan. Namun begitu ancaman PKM masih lagi berterusan sehingga tahun 1989. Ancaman PKM lebih diperkatakan oleh hampir kesemua masyarakat negara ini. Namun begitu tidak ramai yang memperkatakan ancaman Tentera MORO, serpihannya dan kumpulan-kumpulan lanun yang sentiasa mengancam Negeri Dibawah Bayu sejak awal tahun 70’an hingga waktu kini. Mungkin semasa itu (70an hingga pertengahan 90an) liputan media agak kurang dinegeri tersebut.

Pada tengah malam 24 Sept 1985, hampir sesemua pos-pos PPH, kapal dan botronda Polis Marin, balai dan IPD dikawasan Pantai Timur Sabah telah dimaklumkan mengenai kejadian satu penculikan sebuah Tug Bot yang sedang menarik scow balak yang dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Lahad Datu. Turut ditahan 3 orang krewnya yang dijadikan sebagai tebusan. Kejadian berlaku diperairan Pulau Tambisan. Namun sehingga berita tersebut dihebahkan melalui alat perhubungan VHF dan HF, tiada sesiapa pun tahu dimanakah kedudukan tug bot tersebut. Dikatakan kumpulan tersebut pada mulanya ingin masuk ke Sandakan untuk melakukan rompakan, namun begitu terpaksa membatalkan hasrat mereka apabila ketua mereka telah mengambil kira kekuatan Polis Marin Sandakan pada ketika itu yang mampu bertindak balas sekiranya mereka menyerang Sandakan. Pada waktu itu, kekuatan pasukan keselamatan dilaut lebih bergantung kepada Polis Marin disamping kapal TLDM yang berpangkalan di Labuan. Dengan maklumat tersebut semua aset PDRM diletakkan dalam siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam waktu yang sama XO KPD Sabahan PX 29, Insp Salim bin Ibrahim yang pada ketika itu memangku sementara jawatan COnya telah menerima maklumat tersebut yang disampaikan oleh jurusemboyan kapal tersebut. Pada ketika itu, kedudukan PX 29 sedang membuat serang hendap dikawasan perairan Pulau Mataking. Beliau telah mengingatkan anak buahnya untuk turut bersedia. Kapalronda PX 29 berada diperairan tersebut hingga jam 9 pagi dan kemudian telah masuk ke pekan Semporna untuk menghantar seorang anggota yang menghidapi demam panas. Semasa beliau sedang menunggu anggotanya pulang dari mendapatkan rawatan di hospitan kerajaan di Semporna, beliau dan beberapa orang anggota berehat di Wheel House.


user posted image

Pada jam lebih kurang 1200 tengahari 25 Sept. 1985, kesunyian bilik radio PX 29 tiba-tiba dipecahkan dengan pengumuman kecemasan dari stesyen 241...... ” Lahad Datu diserang... mana-mana CO Batalion, CO Botronda, OC Tek PPH dikehendaki bersedia !! ” sebanyak beberapa kali. Insp Salim terus menjawab panggilan kecemasan tersebut….. ” Saya Insp Salim pemangku CO PX 29 dan kapal kini berada di Semporna…Ada apa-apa arahan Tuan. ” Stesen 241 iaitu pengawal Lahad Datu kemudian telah mengarahkan supaya kapalronda PX 29 untuk bergerak dari perairan Semporna dan tutup laluan dikawasan perairan Kunak. Insp Salim kemudian telah keluar dari kapal dan telah memaklumkan kepada semua anggota marin di Pangkalan Marin Semporna untuk bersedia dan seterusnya beliau telah bergerak ke IPD Semporna untuk memaklumkan bahawa Bandar Lahad Datu telah diserang.

Berbalik kepada kejadian penculikan sebuah Tug bot pada 24 Sept 1985 diperairan Pulau Tambisan. Rupa-rupanya tug bot tersebut telah diculik oleh kumpulan lanun yang menyerang Bandar Lahad Datu dimana mereka menggunakan scow balak untuk menyembunyikan 2 buah pum bot mereka. Ini adalah kerana pada ketika itu pum bot yang bersayap telah diharamkan penggunaannya diperairan Sabah. Mereka menyusup masuk ke pelabuhan Lahad Datu tanpa disedari oleh pihak berkuasa kerana rata-rata orang tidak perasan ketika 2 buah pum bot tersebut berganding dengan scow balak tersebut. Apabila mereka sampai di kawasan perairan Lahad Datu, kedua-dua bot tersebut terus merapat di jeti Awam Bandar Lahad Datu. Seramai 21 lelaki berpakaian unifom warna hijau sama seperti yang digunakan oleh PPH pada ketika itu naik ke bandar Lahad Datu. Kebanyakan dari mereka berambut panjang dan menjadi kebiasaan anggota PPH yang baru balik operasi berambut panjang sedikit dari biasa. Oleh yang demikian penduduk setempat tidak mengambil peduli tentang kehadiran mereka yang dianggap sebagai PPH.

Kumpulan lanun tersebut telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan dalam rancangan menyerang Bandar Lahad Datu. Ada satu kumpulan yang terdiri daripada 4 orang telah pergi ke sebuah kedai kopi yang terletak lebih kurang 80 meter dari Pangkalan Polis Marin Lahad Datu. Semasa sampai di kedai tersebut salah seorang lanun tersebut telah memberi amaran dalam bahasa melayu pelat filipina kepada pelanggan yang berada dikedai tersebut….. ” Kamu jangan kemana-mana, ada mundu datang mahu merompak… ” Kebanyakan pelanggan menganggap arahan tersebut betul yang dikeluarkan oleh anggota PPH.

Namun 3 orang anggota marin yang pada ketika itu turut minum dikedai tersebut menyedari bahawa lelaki tersebut bukanlah anggota PPH kerana mereka menggunakan senjata M14 dan Garand serta memakai kasut “Kungfu”. Tanpa disedari oleh kumpulan lanun itu, mereka bertiga kemudian telah melarikan diri balik ke pangkalan. Sampai dipangkalan marin anggota marin terus mencapai senjata GPMG yang ada di kubu di Pangkalan Marin dan juga botronda PGR 8 yang pada kebetulan baru tamat tugas rondaan. Menyedari 3 anggota berjaya balik ke pangkalan kumpulan lanun tersebut telah melepaskan tembakan tetapi tidak menepati sasaran. Disaat itu bermulalah pentempuran di Bandar Lahad Datu. Polis Marin juga turut diserang dari beberapa arah termasuk dari tempat mula kumpulan lanun tersebut mendarat.

Dalam masa yang sama bandar lahad datu mula cemas dengan bunyi tembakan dan bunyi letupan RPG dan bom tangan yang dilancarkan oleh kumpulan lanun tersebut. Kapal PLC 1 yang berada dipangkalan turut ditembak dengan RPG. Begitu juga dengan anggota yang mempertahankan Pangkalan Marin, ditembak tanpa belas kasihan. Dalam pentempuran itu 2 anggota Polis Marin telah ditembak dan salah seorang ditembak dibahagian perut menyebabkan perutnya terburai. Namun masih lagi memberi tentangan kepada kumpulan lanun tersebut. Pihak polis juga telah menghubungi Kem Tentera yang berada dihadapan Balai Polis Lahad Datu untuk memohon bantuan bagi melawan kumpulan lanun tersebut. Namun apa yang menjadi dukacitanya, pegawai pemeritah kem tersebut yang dikenali sebagai Major Zainal bertergas bahawa menurut SOP mereka, tentera perlu mempertahankan kem mereka terlebih dahulu dari dicerobohi kumpulan lanun itu. Maka hanya PDRM sahaja yang sedaya upaya untuk melawan kembali serangan dari kumpulan lanun tersebut. Kekecohan selama 2 ½ jam dibandar Lahad Datu tersebut berakhir apabila kumpulan lanun tersebut berjaya melarikan diri ke arah laut menggunakan 2 buah pum bot. Dalam serangan tersebut, sebuah bank telah dirompak dan 2 orang awam telah mati ditembak oleh kumpulan lanun tersebut dan ramai yang telah tercedera.

Kejadian serangan ke atas bandar Lahad Datu mengejutkan banyak pihak. TLDM telah menghantar 2 buah kapal kelas PC dan pihak TUDM pula telah menghantar sebuah pesawat Couribo dari Labuan ke perairan Lahad Datu. Sementara kapalronda Polis Marin terus memburu kumpulan lanun tersebut. PX 29 yang berada di laut Kunak telah bergerak ke kawasan Tanjung Melandong kerana mengikut maklumat kumpulan lanun tersebut telah melarikan diri ke arah Tanjung Sakar. Setibanya PX 29 dikawasan pancang lampu Amstrong beliau telah berjumpa dengan 2 buah nelayan yang sedang memukat dikawasan tersebut. Dari situ Insp Salim mendapat maklumat bahawa 2 buah pum bot baru melalui kawasan tersebut menuju ke arah Puncak Pulau Gaya Semporna. Dalam masa yang sama beliau telah terlihat kapal ronda PX 16 keluar dari kawasan port limit Lahad Datu lalu beliau telah menghubungi Peg Pemerintah kapal tersebut Tuan Rahim. Kedua-dua kapal kelas PX tersebut telah mengejar 2 bot suspek tersebut. Semasa berlepas dari kawasan perairan Tanjung Melandong, Insp Salim telah menguji semua senjata yang terdapat dalam kapalnya. Sepanjang kejar-mengejar tersebut tembak-menembak telah berlaku antara Polis Marin dan kumpulan lanun tersebut.

Tembak-menembak berhenti seketika apabila PX 29 dan PX 16 merapat seketika dikawasan perairan Fremental Shoal. Dalam perbincangan antara Insp Salim dan Tn Rahim, mereka sepakat untuk menyerang kedua-dua pum bot tersebut dalam bentuk ‘V’ agar tidak timbul tembakan silang yang mungkin merbahayakan kapalronda Polis. Kemudian PX 29 dan PX 16 telah berpecah dan meneruskan pemburuan. Semasa itu tembakan masih diteruskan oleh kedua-dua pihak. Senjata Oerlikon 20mm PX 29 tidak boleh digunakan kerana dari 10 butir tembakan dilepaskan hanya 2 butir sahaja yang meletup. Pada ketika itu, kapal PX 29 dikemudikan oleh Jurusemboyan sementara anggota lain diberi tugas untuk bertempur. Sepanjang kejar mengejar itu, Insp Salim telah mengingatkan agak kedua-dua kapal dipandu dalam jarak 3 kabel dari bot lanun sebagai langkah keselamatan agar tidak ditembak dengan RPG yang mana jarak tembakan peluru tersebut adalah 500 meter. Sangkaan Insp Salim betul apabila kumpulan lanun tersebut melepaskan 2 tembakan RPG yang mana salah satu terjatuh di Stbd Bow PX 29 dan satu lagi jatuh dihadapan kapal PX 16. Tembakan dari senjata GPMG secara berterusan menyebabkan larasnya menjadi merah menyala dan terpaksa kerap ditukar. Begitu juga dengan tembakan menggunakan SMG Starling yang mengalami kepanasan larasnya menyebabkan peluru tidak pergi jauh dan seolah-oleh anak peluru tersebut dibaling oleh penembaknya.


user posted image


Salah seorang anggota PX 16 telah cedera ditembak ditangan dan telah menerima rawatan kecemasan dikapal tersebut.Apabila matahari mula tenggelam, tembakan yang dilepaskan oleh kapalronda Polis makin jelas kelihatan melalui tembakan peluru treaser dimana hampir kesemua peluru yang menghampir kedua-dua bot lanun tersebut seolah-olah melantun keatasnya. Disini Insp Salim berdasarkan pengalaman orang-orang lama yakin kumpulan lanun tersebut bukan calang-calang dan pasti mempunyai pendinding. Selepas itu, Insp Salim telah menerima panggilan dari IPK Sabah menggunakan radio HF yang mana orang yang bercakap itu adalah Timbalan PJP Sabah. Beliau bertanyakan keadaan anggota Polis Marin yang terlibat dalam pentempuran tersebut. Beliau juga sempat sampaikan salam PJP Sabah yang pada waktu itu berada di Kuala Lumpur untuk mesyuarat di Bukit Aman. Arahan PJP Sabah disampaikan iaitu “ Jangan Biarkan Lanun Itu Hidup ”. Arahan tersebut membangkitkan semangat kepada semua anggota yang terlibat untuk terus memburu lanun tersebut.

Apabila hari mula gelap, pesawat Couribo TUDM yang berlegar-legar diudara sebanyak 3 ke 4 kali telah menghubungi PX 29. Kapten pesawat tersebut memaklumkan bahawa beliau mendapat arahan dari KEMENTAH untuk berpatah balik ke Labuan. Beliau tidak lagi dapat membantu kapal-kapal Polis Marin yang masih berbalas tembakan dengan kumpulan lanun tersebut. Sebelum pesawat tersebut meninggalkan kawasan operasi, Kaptennya sempat mengucapkan selamat berjuang kepada Insp Salim dan anak buahnya.

Tembakan masih diteruskan walaupun kedua-dua bot lanun tersebut berjaya mendarat di Pulau Mataking. Kedua-dua buah kapal polis tersebut berada dalam jarak 500 meter dari pulau tersebut dan meneruskan tembakan. Apabila hari mula gelap, kapalronda Polis Marin mula menjadi sasaran memandangkan kedudukannya disebelah barat pulau tersebut dan pada masa yang sama bulan sabit telah timbul. Oleh yang demikian sebagai langkah keselamatan kesemua lampu telah dipadamkan dikedua-dua buah kapal agar tidak menjadi sasaran mudah. Sesekali kumpulan lanun tersebut melepaskan tembakan yang kemudian telah dibalas oleh kapal Polis Marin.

Pada jam lebih kurang 0100 pagi, PX 29 berjaya mengesan sebuah objek meninggalkan pulau tersebut disyaki melarikan diri ke arah Filipina. Sekali lagi Insp Salim menghubungi Tuan Rahim dan berbincang untuk mendapatkan sekurang-kurang satu bukti yang menyatakan mereka telah bertempur dengan lanun tersebut. Keputusan yang diambil, 2 anggota PX 16 telah memberanikan diri menggunakan Dinghy PX 16 mendarat dipulau tersebut dan menarik keluar sebuah pum bot yang masih tersadai ditepi pantai pulau tersebut. Dinghy PX 29 tidak boleh digunakan disebabkan bocor ditembusi peluru yang ditembak oleh lanun tersebut. Semasa 2 anggota tersebut yang terdiri daripada Hj Taha dan Mat Saili bergerak ke pulau tersebut tembakan perlindungan telah dilepaskan dari kedua-dua kapal. Mereka berjaya menarik keluar sebuah pum bot bersayap yang panjangnya lebih kurang 25 meter dari pulau tersebut dan telah ditarik ke Kapalronda PX 29. Miss Hariba, nama pum bot tersebut sampai dalam masa lebih kurang 45 minit selepas itu. Didalam pum bot tersebut dijumpai sebanyak 3 x porches, 3 kelopak peluru carbine disamping banyak kelongsong peluru jenis .30 inci dan 7.62 mm. Selain itu bau hanyir darah yang terdapat didalam bot tersebut menandakan ada lanun yang cedera atau mati ditembak oleh Polis Marin. Dikatakan terdapat 4 mayat lanun terapong berhampiran pantai pulau tersebut.

Pada jam 0230 pagi. RADAR PX 29 berjaya mengesan 2 objek bergerak menghala kapalronda PX 29 dari arah belakang. Sebagai langkah keselamatan tembakan GPMG telah dilepaskan kearah 2 objek tersebut. Mujurlah Insp Jamaluddin yang kebetulan berada dibotronda PGR memberi Isyarat Lampu dan menghubungi PX 29 menyatakan mereka adalah Polis dan jangan tembak. 2 buah objek tersebut rupa-rupanya adalah bot PGR yang datang dari Semporna untuk memberi bantuan disamping membawa ASP Aziz Laupo CO PX 29 yang pada ketika itu sedang memangku tugas Pegawai Zon Semporna dan Insp Jamaluddin. Kemudian salah sebuah bot PGR telah membawa beberapa anggota yang cedera balik ke Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan di Hospital.

Pada jam 0400 pagi bantuan dari kapalronda PZ 14 KPD Mersuji tiba dikawasan operasi. Kapal tersebut diketuai oleh DSP Kushaili telah mengarahkan kedua-dua kapal PX berada dalam jarak 2 batu nutika dari pulau tersebut. Tidak lama kemudian kapal PLC 1 dari Semporna tiba bersama-sama 1 platun anggota PPH. Setelah perbincangan diadakan, apabila hari mula cerah lebih kurang jam 0600 pagi, PZ 14 telah melepaskan 2 das peluru meriam Bofor 40 mm ke arah pulau tersebut dan terkena 2 batang pokok kelapa yang menyebabkan kedua-dua batang pokok tersebut terputus 2. Tembakan perlindungan juga telah dilepaskan ke arah pulau tersebut oleh kapal-kapal Polis dan pada masa yang sama kapal PLC mendarat di pulau tersebut. Maka kedengaran sayup-sayup... Rifle Mara.... Rikey Mara dan Brand Mara diikuti dengan bunyi tembakan.

Lebih kurang 2 jam kemudian setelah anggota PPH selesai membuat pengeledahan di pulau tersebut, maka mereka bergerak keluar dari pulau tersebut menggunakan kapal PLC menuju ke kapalronda PZ 16 bersama 2 mayat dan 14 orang tangkapan yang terdiri dari pada 8 lelaki, 1 pondan, 3 kanak-kanan dan 2 orang perempuan. Mayat 4 orang lelaki yang terapung pada awal pagi telah tiada dan mungkin dihanyutkan oleh arus laut. Pemeriksaan lanjut ke atas pondan tersebut telah dilakukan dan menjumpai kira-kira RM 2000.00 yang disembunyikan dalam seluar dalamnya. Kesemua aset kemudian balik ke Lahad Datu kecuali PLC 1 yang bergerak balik ke Semporna untuk membawa balik anggota PPH.

Setibanya di perairan Tanjung Sakar pada jam lebih kurang 1200 tengahari, 2 buah kapal TLDM yang baru tiba dari Labuan terdiri daripada KD Badik dan KD Kerambit telah merapat dengan kapal PX 29 dan PX 16. CO kapal TLDM telah pergi ke kapal PX 29 dan PX 16. Mereka agak terkejut melihat pada kesan tembakan dikedua-dua buah kapal tersebut disamping kelongsong peluru yang memenuhi dek dan Open briged kedua-dua kapal. Kedua-dua CO TLDM kemudian telah memberi tabik hormat kepada Insp Salim dan Tuan Rahim. Sambil salah seorang pegawai yang berpangkat Leftenan berkata “ Sepanjang sejarah penubuhan TLDM, kami belum pernah berdepan dengan situasi sebegini”. Mananya tidak, hampir semua badan kapal ditembusi dengan peluru. Malah tangga besi dari dek untuk ke Open briged telah putus dan tidak boleh digunakan. Begitu juga dengan Scener Radar turut terkena tembakan. Kedua-dua CO TLDM itu kemudian mengucapkan tahniah kepada Insp Salim dan Tn Rahim atas kejayaan Polis Marin dalam memburu lanun tersebut. Mereka kemudian beredar meneruskan rondaan dikawasan perairan Deval Bay.

PZ 14 dan PX 16 bergerak dahulu memasuki pangkalan Marin Lahad Datu, sementara PX 29 bergerak agak lambat sedikit memandangkan kapal mereka sedang menunda pum bot Miss Hariba milik kumpulan lanun tersebut. Apabila PX 29 menghampiri pangkalan, kelihatan beribu orang awam berada dikawasan Pangkalan Marin dan jeti-jeti berhampiran pangkalan Polis Marin. Apabila mereka melihat PX 29 menunda bot Miss Hariba, suasana menjadi gamat dan bising dengan pekikan dan laungan “ HIDUP POLIS MARIN, HIDUP POLIS MARIN ” oleh orang ramai. Insp Salim dengan tiba-tiba merasa sebak dan mengalirkan air matanya. Begitu juga dengan pegawai dan anggota Polis Marin lain yang yang berada dikawasan pangkalan itu. Keletihan pada setiap mereka terlibat tiba-tiba hilang disebabkan penghargaan yang diberikan oleh masyarakat Lahad Datu pada ketika itu. Apabila 2 mayat tersebut diturunkan dari kapal PZ 14 ke jeti, ramai daripada orang awam yang hadir di pangkalan marin dengan perasaan marah menendang-nendang mayat tersebut sambil meludahnya. Begitulah perasaan orang awam pada ketika itu, terlalu marah kepada kumpulan lanun yang menyerang bandar Lahad Datu.

Tidak lama selepas itu, pihak tertinggi PDRM IPK Sabah telah menyenaraikan beberapa pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi memburu lanun tersebut untuk dianugerahkan pingat kebesaran kerajaan negeri. Apa yang menyedihkan hanya orang-orang tertentu yang berasal dari negeri tersebut sahaja dianugerahkan pingat kerajaan negeri. Insp Salim dan Tuan Rahim yang terlibat sepanjang operasi serta beberapa anggota Polis Marin yang lain yang mempertahankan Pangkalan Marin Lahad Datu hanya menerima surat penghargaan sahaja. Saudara Kalai yang terburai perutnya ditukar balik ke Semenanjung untuk menerima rawatan lanjut. Peluru yang terlekat di tulang pinggulnya tidak dapat dikeluarkan berada disitu sehingga beliau meninggal pada tahun 2008.

Didalam Operasi tersebut kapalronda PX 29 telah menggunakan sebanyak 6000 butir peluru pelbagai jenis bagi menewaskan musuh. Kepada yang terlibat semasa serangan tersebut, diucapkan tahniah kerana anda memiliki semangat kepahlawanan yang tinggi dan sejati. Sikap pantang menyerah yang anda pamirkan telah dan akan menjadi ikutan generasi seterusnya dalam Pasukan Gerakan Marin. Kini Insp Salim bertugas sebagai PT Perjawatan di IPK Johor dengan pangkat DSP sementara Tuan Rahim bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Gombak dengan pangkat ACP


Warga KPD Sabahan PX 29 semasa operasi tersebut :

Insp Salim Ibrahim
SI Zulkifli Titing - bersara pada tahun 1995
SM Ibrahim
SM Tijan
Sjn Lampong
Kpl John Philip Kusop - bersara pada tahun 1994 dan telah meninggal
Kpl Mat Karimi
Konst Ruslim Baharom - telah meninggal kerana sakit
Konst Mat Ris - menyertai APMM dengan pangkat Lt.
Konst Mat Isa
Konst Sharif Kalil - masih berkhidmat dan berpangkat SM

user posted image



Sources : http://www.facebook.com/PGMPDRM






7 Pages < 1 2 3 4 > » 
Bump Topic Topic ClosedOptions New Topic
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0670sec    0.41    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 4th December 2025 - 11:11 AM