seronok juga baca perbincangan taktikal dibebenang ini. sekurang-kurangnya adalah ilmu bolasepak yang dikongsi,bukan sekadar merapu tidak tentu hala dan mengumpat serta mengeji orang.
saya malas hendak petik kenyataan yang panjang berjela-jela,tetapi ada yang saya hendak komen disini.
pertama sekali tentang cara permainan. daripada terlaku fikirkan bagaimana untuk bermain hantaran pendek cara barcelona,lebih baik jika kita fokus untuk kurangkan kesilapan individu serta memperkemaskan hantaran(yang selalu simpang siur). memang ramai yang mengkritik pasukan bimbingan Datuk K.Rajagobal tetapi kita juga haruslah memuji disiplin taktikal serta kerajinan para pemain yang sering ditunjukkan. dan memang benar kita ketiadaan pemain sayap yang mampu melakukan hantaran lintang ketika berlari di garisan tepi padang(benda asas yang kita selalu lihat bahkan di liga kejuaraan inggeris). untuk bermain dalam formasi 4-4-2 dengan efektif, kita perlukan pemain yang mampu melakukan hantaran lintang supaya agar kedua-dua pemain penyerang dapat digunakan sepenuhnya,samada untuk meyambut terus hantaran tersebut ataupun bermain bola kedua,iaitu merebut bola yang dihantar ke petak penalti lawan. dan untuk itu kita perlukan pemain DM untuk samada merebut bola daripada pemain lawan ataupun menjaga barisan pertahanan dan CM untuk menghantar bola ke tepi dan menggerakkan jentera tengah. saya kadang kala mempersoalkan komen encik Azlan Johar mengenai Safiq yang dikatakan tidak bergerak keatas,kerana bagi saya Safiq bukannya pemain AM (samada posisi nombor 8 mahupun posisi nombor 10). dan untuk itu Safiq berjaya melakukan tugas beliau dengan efektif. kita mempunyai pemain AM iaitu Baddrol.diharap beliau digunakan sebagai AM ataupun penyerang kedua kerana beliau lebih berkesan dalam beberapa perlawanan terakhir berbanding Norshahrul.
inilah generasi perintis bolasepak negara setelah krisis tahun 2007. sudah pasti generasi seterusnya akan menjadi lebih baik lagi,terutama sekali dengan pembangunan akademi bolasepak pusat,kesediaan beberapa pasukan negeri untuk membangunkan akademi bolasepak mereka sendiri serta akademi bolasepak bebas seperti Frenz United yang sudah pasti dapat membekalkan lebih ramai pemain untuk program Harimau Muda disamping meningkatkan daya saing liga tempatan. pada pendapat saya,kita perlu tunggu sehingga satu lagi generasi pemain(lebih kurang 5,6 tahun) sebelum kita dapat melihat pemain tempatan bermain dengan corak bolasepak moden. itu pun jika semuanya berjalan lancar dan itu pun belum tentu kita mampu untuk mencabar pasukan seperti Jepun yang boleh bersaing dengan kuasa besar eropah (barangkali kita dapat mencapai tahap seperti di negara-negara arab disamping mendapat slot terus ke pertandingan liga juara-juara asia. setelah itu baru kita boleh berfikir bagaimana hendak mencabar pasukan gergasi asia)
QUOTE(Icahn @ Nov 24 2012, 12:20 AM)
Cilakak team Indon ni penuh dgn orang putih. Kita ni dah macam nak lawan pasukan Europe je....

lantak la mereka guna pemain naturalisasi atau tidak. itu bermaksud yang mereka sendiri tidak yakin dengan pemain tempatan mereka sendiri. termasuk juga negara seperti Singapura dan Filipina(walaupun Filipina boleh dimaafkan kerana mereka masih belum mempunyai liga profesional).apa yang penting ialah kita fokus dengan pemain kita sendiri