Funny blog by someone to describe SDB and WOTP:
Beli BMW dan Rumah MewahMonday, February 25, 2013 9:38 PMSejak Januari lepas, kuota rumah aku (bukan isteri ye!) ada satu lagi kosong untuk entitle 90%. Dalam keadaan sekarang dan juga status aku sebagai pelabur tegar, aku memang tak senang duduk selagi tak gunakan kuota tu. Rasanya macam orang kemaruk nak kahwin lagi selepas kematian isteri. Selagi tak beli or dapat rumah tu, hari ke seharilah tak senang duduk. Semuanya macam tak kena dan tak lengkap.
Jadinya weekend memang penuh dgn aktiviti melihat rumah sana sini. InsyaAllah kalau ada rezeki boleh jumpa reader semua di pelancaran projek2 baru.
Ahad lepas sempat juga aku melihat projek dalam my radar iaitu Windows In The Park (WOTP) by SDB yang terletak di kawasan elit Bandar Tun Hussein On. Dah lama aku aim projek ini, tapi memandangkan kuota takde, so telan air liur je tengok rumah cantik ini.
Cuma baru-baru ini bila dah ada kuota, aku pergi balik tengok projek ini.
Kenapa aku nak beli rumah ini? Aku tahu ramai yang kata mahal, tapi aku nampak sesuatu yang lain, yang orang tak nampak, antaranya adalah:
a) Semestinya sebab developer dia itu SDB. Aku umpamakan SDB ni macam BMW dalam arena permotoran. BMW mahal tapi orang tetap nak beli sebab you know, the quality they deliver. Ia memang untuk cater different market segment.
b) Sebabnya aku rasa condo ini adalah yang paling mahal in this area.
c) Dalam jangka masa panjang, capital appreciation kondo adalah berdasarkan maintenance condo tu dan juga orang2 yang duduk di situ.
d) Sebab discount. Aku dah kira-kira discount minimum adalah dalam 120k macam tu, tak perlu downpayment malahan dapat cash back lagi. Kiranya setaraf Vega Cyberjayalah jugak.
e) Konsep yang diketengahkan.
f) 3.5km from the future MRT. Am looking condo dalam jarak 2-5km (not walking distance) from the future MRT.
g) Dan banyak lagi faktor lain - mau sampai z kalau aku nak sambung di sini.
Bila tengok the show unit, memang superb and you know that it's SDB. Untuk block C (yang paling murah, kira-kira 90% dah terjual)
Masa nak pergi tu dah siap2 bawak buku cheque untuk bayar booking. Sehinggalah ada satu kriteria UTAMA yang langsung aku tak boleh terima. I could not accept the fact that they only provide satu (1) parking. Giloss. Beli kondo mahal-mahal tapi parking satu je. Aku nak beli additional parking RM18k (dia offer tandem parking sahaja), malangnya dah habis.
There goes my WOTP, tiada jodoh buatku bersama SDB.
Link:
http://belirumahpertama.blogspot.sg/2013_07_01_archive.htmlLOL funny, some carpark is 30K per unit though. 18K consider okay.