QUOTE(khalpowers @ Dec 20 2011, 08:43 PM)
saya rasa baik tuan hamba pergi membuat tinjauan dibelakang landasan lapangan terbang subang...berdekatan dengan restoran mamak...dengarnya kualitinya bagus dan harganya juga berpatutan...
eh apakah nama kedai itu ? ingin sekali pergi,
QUOTE(highlowyat @ Dec 20 2011, 08:52 PM)
tuan hamba boleh membeli pelbagai cat kereta di kedai dulux weathershield berhampiran
dijamin tahan hujan dan gegaran gempa serta boleh menangkis serangan meteor
tahan 10 tahun kah ?
QUOTE(ghuzzy @ Dec 20 2011, 08:51 PM)
cat kereta wahai abang
tidak lama dahulu, beta telah menghantar kereta beta untuk di cat warna kelabu metalik
kereta satria, jumlah keseluruhan nya ialah RM1000
sebelum itu beta menghantar kereta wira, warna putih metalik
jumlah nya RM1200
sebelum itu juga beta telah menghantar kereta merc warna pearl black, kos nya ialah RM2000
untuk kereta kancil, pengusaha kedai cat kereta mengatakan dalam lingkungan RM600-RM850
tetapi beta tidak pasti warna apakah yang beliau gunakan
terima kasih
QUOTE(ajiemohamed1230 @ Dec 20 2011, 09:44 PM)
saya mengecat semula proton waja siap dgn pasang bodykit sekali dengan harga RM 1500.. warna yang dipilih adalah merah jambu.
sebelum
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
selepas
» Click to show Spoiler - click again to hide... «
eh murah pula, kenapa tempohari saya bertanya dikedai cat itu, mereka menyatakan kos untuk menyembur kereta saya adalah rm1600, adakah ini satu tipu helah untuk mengambil duit saya dengan banyak ? saya hanya kancil bukan waja