Kos untuk menukar warna bg kereta kancil adalah kurang dari 1200 untuk semburan luar dan dalam. 700-850 untuk luaran sahaja. Jika keadaan kereta saudara seperti tin yang telah diterajang dan dipijak. Maka, kos akan tinggi sedikit bg membaikpulih, simen dan gosok sebelum disembur dengan warna pilihan saudara. Kawasan yang mempunyai harga yang berpatutan adalah di kawasan kampung melayu subang. Hasil yang memuaskan. Tidak seperti sesetengah kedai yang hanya menyembur dengan kualiti kerja seperti budak tadika yang patah tangan.
kedai cat kereta, bahasa baku
Dec 26 2011, 12:24 PM
Quote
0.0114sec
0.76
6 queries
GZIP Disabled