QUOTE(ayanami_tard @ Sep 21 2011, 10:53 PM)
sedarlah kualiti liga di jepun dan kualiti latihan di Jepun adalah setanding dengan eropah. Saudara pernah menonton Liga J? saudara pasti akan kagum akan corak permainan yang tersusun serta berdisiplin.
kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan mereka. apa yang penting,asas untuk masa depan telah ada(setelah zaman suram tahun 90an-pertengahan 2000). jadi untuk mengharapkan keputusan berubah sekelip mata adalah tidak berasas
pengurusan bola sepak kita tak sebaik jepun lagi rasanya..
pasal nak p banding dengan china dan india tu..
pada hakikatnya sukan bola sepak adalah sukan #1 di malaysia, yang sedihnya lawan singapura pun boleh kalah teruk,
lawan jepun tadi.. nampak macam Khairul Fahmi vs 11 pemain terhebat jepun je.. goalkeeper jepun tu aku rasa dia siap boleh bancuh buat ABC ke cendol dan minum atas padang lagi sementara nak tunggu pasukan malaysia p cabar dia atas padang..
tak kan la korang semua buta,
tak nampak hampir semua pemain jepun jepun atas padang tu senyum sinis tengok betapa teruknya malaysia main bola sepak??
china tak silap aku gimnastik, india pula kriket... pengurusan bahagian sukan tu siapa la boleh lawan..