Welcome Guest ( Log In | Register )

Bump Topic Topic Closed RSS Feed
117 Pages « < 69 70 71 72 73 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 ░▒▓▒▓▒ M A L ★ Y S I A ▒▓▒▓▒, --- CLOSED ---

views
     
SUShack3line
post Oct 30 2011, 12:30 AM

New Member
*
Junior Member
29 posts

Joined: Jul 2009
From: MALAYSIA maksudnya Tanah Melayu dalam bahasa latin

QUOTE(skystrike @ Oct 30 2011, 12:06 AM)
camne la sharbinie bole jadi gk malaysia nie....x faham aku....
*
terengganu paling sikit bolos dalam saingan liga malaysia..
tapi semua orang pun tahu sebab pertahanan diaorang yang diketuai oleh marzuki yusuf tu memang bagus, tengok r gaya diaorang clear bola camne, jauh betul kalau nak dibandingkan dengan pasukan lain kat dalam liga malaysia.. kebanyakan serangan berbahaya kepada terengganu datang dari kawasan yang jauh, masa tu sharbinee dah ada banyak masa untuk bersedia.

pendapat peribadi kata Khairul Fahmi tetap goalkeeper terbaik dalam liga malaysia.. tapi goalkeeper selangor pun bagus gak.
fd_totti
post Oct 30 2011, 10:34 AM

Casual
***
Junior Member
420 posts

Joined: Jun 2005

Hoben Jang Hoben... We got our trophy back!!!

Misi 3'3 berjaya... Final 3 kali berturut... Juara kali ke-3!!! tongue.gif

Perasaan Negeri Sembilan merampas kembali Piala Malaysia > perasaan ketika Man Utd menang EPL 19 kali... cool2.gif

Rumour di dalam stadium:-
Padang langsung tidak diperbetulkan. Hanya line sahaja diperbaharui...

Rumours di luar stadium (agak bias sikit, sorry penyokong Terengganu):-
1. Ada polis kena belasah dengan penyokong Terengganu;
2. Ada budak Negeri Sembilan kena tikam dengan penyokong Terengganu;
3. Ada budak Negeri Sembilan Form 4 dari Jelebu kena pau RM150, IC kena ambik, jersey kena ambik dan ditinggalkan bas. Member dia khabarnya kepala berdarah kena baling batu dan tidak diketahui nasibnya;
Edit disini * 4. Ada penyokong Negeri Sembilan yang membakar bendera Terengganu... Bangang nak mampus... mad.gif

Tapi sebenarnya kedua-dua penyokong friendly, boleh lepak sesama... Even masa area penyokong Terengganu dah penuh pun, diorang datang duduk dgn penyokong Negeri Sembilan tiada masalah...

Masa Negeri Sembilan kena sebijik gol, penyokong Terengganu belah atas (sebelah grandstand) duk baling botol air... RELA dgn Polis buat bodoh je... Kena sound dengan aku sebab berdiri sebelah je... Pastu boleh pulak kata orang atas ada, boleh cover... Aku tunjuk ffuucckk sekali terus blah tak nampak2... Hahahaha

Diseberang sana, tier 3 ada pergaduhan rasanya selepas abis perlawanan... Dah kalah lain kali balik terus, jangan carik gaduh...

Hoben Jang Hoben... Musuhnya Habis Binasa...

10 Januari 2012 - Kelantan vs Negeri Sembilan merebut Piala Sumbangsih...

This post has been edited by fd_totti: Oct 30 2011, 10:47 AM
kucingmainan
post Oct 30 2011, 11:07 AM

Getting Started
**
Junior Member
289 posts

Joined: Jun 2010
From: Sinai Peninsula

boikot tiket xjd ke? penuh je stadium aku tgk. ke tiket dh murah?
fd_totti
post Oct 30 2011, 11:28 AM

Casual
***
Junior Member
420 posts

Joined: Jun 2005

Tak jadi sebab penyokong di Lembah Kelang banyak duit... Lagipun 2nd Half boleh masuk free.... Ultras Nogori pun masuk free...
kerusi_30
post Oct 30 2011, 03:05 PM

New Member
*
Junior Member
8 posts

Joined: May 2008
From: In front of PC

Ada sapa sapa pegi SSA petang ni?

Jimbitz
post Oct 30 2011, 03:09 PM

Getting Started
**
Junior Member
240 posts

Joined: Jan 2003
From: 47810

QUOTE(kerusi_30 @ Oct 30 2011, 03:05 PM)
Ada sapa sapa pegi SSA petang ni?
*
Aku pegi.. kut.
aressandro10
post Oct 30 2011, 03:52 PM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
ramalan awal mengatakan ATM akan menang Piala Malaysia tahun depan....

----------------------------------------------------------------------------------

Hadiah Perpisahan Dari Hai-O

Gol kemenangan Negeri Sembilan jaringan veteran sensasi, Hairudin Omar pastinya terpahat indah dalam memori penyokong Hoben Jang Hobin, sama ada yang hadir menyaksikan final di stadium, atau memberikan sokongan dengan menonton di depan kaca TV.

Namun, dalam tak sedar, gol itu juga merupakan gol terakhir dan hadiah perpisahan Hai-O buat Negeri Sembilan, apabila maklumat daripada sumber rapat memberitahu beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad juara Piala Malaysia itu, sebaliknya memilih untuk menerima tawaran lumayan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ini adalah situasi sama yang berlaku ketika Hairudin menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2009, untuk membantu Negeri Sembilan muncul juara – ketika itu dia beraksi sebagai pemain pinjaman dari T-Team, dan masa depannya bersama Negeri Sembilan masih samar-samar, sebelum dia kemudiannya pantas dipancing Kelantan untuk saingan musim 2010.

Pada usia 32 tahun, jarang ada pemain yang mampu memainkan peranan sebagai pemain tonggak, kebanyakannya sekadar menjadi pelengkap senarai pemain. Kalaupun bermain dalam kesebelasan sekalipun, tidak mampu memberikan impak besar.

Berbeza dengan Hairudin, dengan jaringan 8 gol dalam saingan Piala Malaysia, membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya masih belum pudar, seterusnya menjadikan Hairudin veteran paling dikehendaki dalam Liga Malaysia ketika ini.

Hairudin pemain kelahiran Setiu, merupakan bekas pemain kebangsaan, yang turut pernah beraksi bersama Terengganu dan Pahang. Kepada Hairudin, apa jua keputusan diambil, sama ada kekal menabur bakti bersama Negeri Sembilan, atau berhijrah ke pasukan lain (ATM), Selamat Maju Jaya.
ephunk
post Oct 30 2011, 05:39 PM

Getting Started
**
Junior Member
255 posts

Joined: Jan 2009
brpe dah score skuad U23 friendly??
xdek live streaming??
cosa
post Oct 30 2011, 06:00 PM

New Member
*
Newbie
5 posts

Joined: Jul 2011
QUOTE(ephunk @ Oct 30 2011, 05:39 PM)
brpe dah score skuad U23 friendly??
xdek live streaming??
*
HT Laos 1-0 Mas
Sifha238
post Oct 30 2011, 06:46 PM

Casual
***
Junior Member
454 posts

Joined: Oct 2009

Ft : malaysia u23 4 - 1 laos
~fandi otman
~syahrul azwary x2
~thamil arasu
Jimbitz
post Oct 30 2011, 07:20 PM

Getting Started
**
Junior Member
240 posts

Joined: Jan 2003
From: 47810

aku baru balik dari SSA.. aku sempat tgk second half and 4 gol Malaysia jek..

game takleh nak judge sangat pasal kita nampaknya ada skill main dalam padang yang berkeadaan macam sawah bendang..

aku sedih tgk keadaan kerusi kat SSA.. habis kena rape.. aku duduk area penyokong Terengganu duduk semalam.. Pintu 7. Sampah-sarap tak sempat dibersihkan lagi..
Ada gak banner-banner yang kena abandon kat stadium..

geng-geng UM memang hebat.. kemungkinan besar ada antara mereka akan demam esok.. hahaha.

pepehal gol Malaysia banyak gak yang menarik tadi.. dua gol last tuh nampak sangat guna kelebihan air yang bertakung atas padang..

semoga kita boleh mengekalkan pingat emas Sukan SEA nanti. Amin.
fronaldo
post Oct 30 2011, 07:26 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Aug 2010
QUOTE(Jimbitz @ Oct 30 2011, 07:20 PM)

insyaallah..bro ade highlight x?
Jimbitz
post Oct 30 2011, 07:34 PM

Getting Started
**
Junior Member
240 posts

Joined: Jan 2003
From: 47810

QUOTE(fronaldo @ Oct 30 2011, 07:26 PM)
insyaallah..bro ade highlight x?
*
tak tau le bro.. tak perasan pun tv kamera kat situ.. kalau jumpa aku post.. takpun abe heklain ke.. dia resourceful~~
fronaldo
post Oct 30 2011, 07:38 PM

New Member
*
Junior Member
27 posts

Joined: Aug 2010
QUOTE(Jimbitz @ Oct 30 2011, 07:34 PM)
tak tau le bro.. tak perasan pun tv kamera kat situ.. kalau jumpa aku post.. takpun abe heklain ke.. dia resourceful~~
*
ok..haah..btol gak..internet bergerak...
accab
post Oct 30 2011, 07:52 PM

Getting Started
**
Junior Member
191 posts

Joined: Feb 2009
tak tahu betul ker tak gambar nie.

http://www.ehgosip.com/2011/10/khairul-fah...um-apa-tue.html
Sifha238
post Oct 30 2011, 08:13 PM

Casual
***
Junior Member
454 posts

Joined: Oct 2009

QUOTE(aressandro10 @ Oct 30 2011, 04:52 PM)
ramalan awal mengatakan ATM akan menang Piala Malaysia tahun depan....

----------------------------------------------------------------------------------

Hadiah Perpisahan Dari Hai-O

Gol kemenangan Negeri Sembilan jaringan veteran sensasi, Hairudin Omar pastinya terpahat indah dalam memori penyokong Hoben Jang Hobin, sama ada yang hadir menyaksikan final di stadium, atau memberikan sokongan dengan menonton di depan kaca TV.

Namun, dalam tak sedar, gol itu juga merupakan gol terakhir dan hadiah perpisahan Hai-O buat Negeri Sembilan, apabila maklumat daripada sumber rapat memberitahu beliau tidak akan menyambung kontraknya bersama skuad juara Piala Malaysia itu, sebaliknya memilih untuk menerima tawaran lumayan dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ini adalah situasi sama yang berlaku ketika Hairudin menjaringkan gol di final Piala Malaysia 2009, untuk membantu Negeri Sembilan muncul juara – ketika itu dia beraksi sebagai pemain pinjaman dari T-Team, dan masa depannya bersama Negeri Sembilan masih samar-samar, sebelum dia kemudiannya pantas dipancing Kelantan untuk saingan musim 2010.
Pada usia 32 tahun, jarang ada pemain yang mampu memainkan peranan sebagai pemain tonggak, kebanyakannya sekadar menjadi pelengkap senarai pemain. Kalaupun bermain dalam kesebelasan sekalipun, tidak mampu memberikan impak besar.
Berbeza dengan Hairudin, dengan jaringan 8 gol dalam saingan Piala Malaysia, membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya masih belum pudar, seterusnya menjadikan Hairudin veteran paling dikehendaki dalam Liga Malaysia ketika ini.
Hairudin pemain kelahiran Setiu, merupakan bekas pemain kebangsaan, yang turut pernah beraksi bersama Terengganu dan Pahang. Kepada Hairudin, apa jua keputusan diambil, sama ada kekal menabur bakti bersama Negeri Sembilan, atau berhijrah ke pasukan lain (ATM), Selamat Maju Jaya.
*
Hopefully ATM xkan jadi next MPPJ Selangor, beli ramai start player utk semusim pastu bankrap, penyokong malaysia ni suma sokong pasukan negeri masing wink.gif
torreto
post Oct 30 2011, 08:52 PM

On my way
****
Senior Member
659 posts

Joined: Apr 2007
From: Russia with Love

QUOTE(accab @ Oct 30 2011, 07:52 PM)
canggih apek ! kalau Safiq Rahim tu memang regular dekat Rootz dah.
accab
post Oct 30 2011, 09:40 PM

Getting Started
**
Junior Member
191 posts

Joined: Feb 2009
QUOTE(Sifha238 @ Oct 30 2011, 09:13 PM)
Hopefully ATM xkan jadi next MPPJ Selangor, beli ramai start player utk semusim pastu bankrap, penyokong malaysia ni suma sokong pasukan negeri masing wink.gif
*
tapi ATM kat mana2 ader.seluruh negeri ade tentera
mdnosz
post Oct 30 2011, 11:14 PM

Getting Started
**
Junior Member
66 posts

Joined: Feb 2009

QUOTE(accab @ Oct 30 2011, 07:52 PM)
menggelabah .. org melayu ni cpt sgt menjadi bod0h disebabkan benda2 mcm ni la .. pantang nampah gambar arak sketul, ade org melayu kat situ ..oo melayu minum arak ...

dah bola..bola je la ...

melayu suka fitnah ..bagus ..
aressandro10
post Oct 30 2011, 11:36 PM

Getting Started
**
Junior Member
121 posts

Joined: Jan 2010
terbahak-bahak aku baca review Sokerleaks...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Review Liga Malaysia 2011 dan Anugerah Sokerleaks
Tertiupnya wisel penamat dari pengadil Piala Malaysia semalam, maka berakhirlah kempen bolasepak Liga Malaysia tahun ini. Macam-macam benda kita boleh lihat, baik dari segi kontroversi mahupon prestasi. Saya merasakan ada sinar harapan untuk memajukan liga negara kita ini, namun perkara ini selalu terbantut ekoran malaun-malaun yg hanya reti mengaut kuntungan dan menjaga kepentingan politik tanpa memikirkan kemajuan bolasepak negara semata-mata.

Apahal skema sangat introduction ni. Ok, setret to de poen, SokerLeaks akan menyenaraikan semua pemenang dan award yg telah dilangsungkan sepanjang musim 2010/2011 ini. Moh kita layan.

Piala Sultan Ahmad Shah : (Juara) Kelantan.
Kelantan menewaskan Sngor di Stadium Shah Alam (masa ni belom jadi bendang lagi) dengan jaringan 2-0. Bermula musim depan, Piala Sultan Bola ini akan berlangsung berasingan dari Liga Super dan akan diadakan ala-ala Charity Shield dimana hasil kutipan tiket bakal diberikan kepada badan-badan yg layak didermakan. Harap-harap bukan masuk ke kantung FAM lah, deme dah cukup kaya aku rasa.

Liga Super: (Juara) Kelantan
Kelantan dibawah kendalian Datuk M.Karatu dan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa berjaya menggondol kejuaraan Liga Super pertama mereka. Kekuatan mereka terletak pada kelincahan Matyo, karisma kapten mereka Piya, kemantapan Apek menjaga gawang dan kehebatan Dahlia Teck menjaga Apek. Kelantan mengumpul mata sebanyak 56 mata; 3 mata di hadapan seteru Pantai Timur iaitu Terengganu dan tempat ke-3 jatuh kepada Selangor (52) yg satu ketika memimpin carta dgn selesa namun Sngor mengalami sindrom pancut awal, sama macam Arsenal. 2 pasukan yg terjerumus ke Liga Premier adalah Perlis "The Northern Lions" dan juga Pahang the "Real Madrid of Malaysia". Ini kalo Casillas tahu dia punya team disamakan dengan Pahang, mahu dia mencarut ni.

Piala FA: (Juara) Terengganu
Disaat jaringan Azwan Roya hampir memastikan Kelantan muncul juara Piala FA 2011, muncul Daudsu Jamaludin yg diangkat sebagai hero gol penyamaan Terengganu. Kemudian gol Nordin Alias di masa tambahan memberikan kemenangan mutlak untuk skuad Penyu. Dikhabarkan sebuah perkampungan di Besut diberikan nama khas Kampung Seri Daudsu, semata-mata untuk menghargai jasa Daudsu atas sumbangan beliau menghadiahkan piala kepada Terengganu.

Piala Malaysia: (Juara) Negeri Sembilan
Final Piala Malaysia yg paling kontroversi kerana isu tiket mahal dan sawah bendang ni berakhir dengan keputusan tragis bagi sek-sek Penyu. Gol Ashaari disambut meriah nelayan pukat tunda di Rantau Abang namun, kelibat Sharbinee Alawi yg bermain sep-sep-sep, tom-tom-tom di penghujung saingan membawa bencana kepada pasukan Terengganu. Anak jati Terengganu, Hai-O akhirnya mengesahkan Vokal Bakat Bukan Sekadar Rupa, sepakan terjun tiruk beliau sekali lagi menewaskan Sharbinee. Hai-O turut menjadi penjaring terbanyak Piala Malaysia 2011, pemain terbaik perlawanan terakhir dan menjadi anak Terengganu kedua yg paling dibenci orang Tganu; satu tangga dibelakang Sharibinee. Hoben Sharbinee Hoben! Tamat perlawanan, Peteh 1 - Jang 2.

Liga Premier: (Juara) PKNS Selangor
Tidak seperti pasukan abang mereka yg pancut awal di Liga Super, PKNS gah di peringkat liga premier. Pasukan kendalian Haji Rahman dagu ini hampir-hampir menjadi pasukan unbeatable di peringkat liga namun sayang mereka tumpas satu perlawanan di hujung kempen di tangan pasukan Sarawak. Musim depan, jaga-jaga dengan PKNS. Mereka bakal diperkuatkan dengan pemain-pemain hebat termasuk pemain kebangsaan. SokerLeaks tak mahu bagitahu siapa yg masuk, cukup lah kami kaborkan sorang striker dari Selatan dan beberapa star dari pasukan Lembah Klang.

Anugerah FairPlay: Kuala Lumpur
Kuala Lumpur bermain dengan bersih. Malangya kawasan kat KL ni takde la bersih mana. Sampah sarap punya la banyak, sampah masyarakat apatah lagi.

Golden Boot (Liga Super): Abdul Hadi Yahya
Orang Klang. Dikhabarkan bakal berhijrah ke Perak musim depan. Betul ke tidak wallahualam.

Anugerah Tambahan SokerLeaks

Best Transfer: Safee Sali (Selangor ke Pelita Jaya)
Worst Transfer: Venue Final Piala Malaysia (Bukit Jalil ke Sawah Shah Alam)

Best Coach: Irfan Bakti (Piala FA, final Piala Malaysia, 2nd Liga Super)
Worst coach takde, kalo ada bagi kat K.Devan la.

Anugerah Gol Terbaik Musim 2011 : Gol tandukan Daudsu final Piala FA

Anugerah Pasukan Paling Banyak Terima Kad Raya: The Red Cards iaitu Kelantan (QF Piala Malaysia vs Tganu)

Anugerah Sawah Padi Terbaik : Stadium/Sawah Shah Alam (Selangor)

Anugerah Tokoh Bolasepak Negara Sepanjang Zaman: Hamidin Mat Amin dan Azzudin Ahmad (pemenang bersama). Kedua-duanya membantu meningkatkan harga tiket bola dan juga meningkatkan ranking pasukan kebangsaan. Tahiiniah!

Anugerah Pengulas Terbaik: Richard Scully. Eh, 'sudah tentu' la beliau menang.

Anugerah Mengimbau Kenangan 32 Kali Piala Malaysia merangkap Anugerah Misi 33 Dibawak ke Tahun 2033: Selangor

Anugerah Pahang (pasukan yg ala-ala Pahang): Pahang, Melaka dan Pulau Pinang (dikongsi bersama)

Anugerah JohnTerry Terpeleot : Daudsu Jamaludin dan Sharbinee Alawee

Anugerah WAGS 2011: Ayu Raudhah (menewaskan Dahlia Teck sebanyak 82 undian)

Anugerah Selatan (pasukan terbaik dari area Selatan) : UiTM Segamat
Anugerah Utara (terbaik dari area Utara) : Perak
Anugerah Pantai Timur (terbaik dari Pantai Timur): Terengganu
Anugerah Borneo (terbaik dari Malaysia Timur) : Sabah
Anugerah Lembah Klang (terbaik dari Klang Valley): Kuala Lumpur

Anugerah Anak Tiri FAM (mangsa kekejaman FAM) : Kedah , Perak dan Kelantan (dikongsi bersama)

Anugerah Anak Emas FAM: Selangor

Anugerah Masterchef (makanan stadium terbaik) : Burger Stadium Shah Alam yg kurang daging, kurang timun, kurang sos tapi harga lebih.

Anugerah Kelab Terbaik : T-Team

Anugerah Pasukan Terbaik Keseluruhan 2011 : Pasukan pentadbir FAM

Jika ada anugerah yg tertinggal, mohon letakkan di ruangan komen. Sekiyan sahaja dari saya yg mewakili SokerLeaks untuk kempen Liga Malaysia 2011. Ada rezeki kita bertemu lagi musim hadapan.

Majulah Bolasepak Malaysia Untuk Kantung Poket FAM!!!

http://sokerleaks.blogspot.com/2011/10/rev...n-anugerah.html

This post has been edited by aressandro10: Oct 30 2011, 11:57 PM

117 Pages « < 69 70 71 72 73 > » Top
Topic ClosedOptions
 
Change to:
| Lo-Fi Version
0.0302sec    1.22    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 24th December 2025 - 07:05 AM