Welcome Guest ( Log In | Register )

60 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Bottom

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Rugby, Rugby Scene Both Local & International

views
     
arres
post Mar 4 2006, 10:48 AM

Smooth on Two Wheels
*****
Senior Member
715 posts

Joined: Jan 2003
From: darling harbour,sydney



QUOTE(Monstar @ Mar 3 2006, 09:53 PM)
Division 1
Cobra Stings vs UPM Ex Angels
5-00pm Saturday 4th March
UPM Ground, Serdang.

Division 2
Cobra Fangs vs Warriors
3-30pm Saturday 4th March
Jalan Utara, PJ
*
hmm...fangs against the stj warriors huh? nice...should be a good game i guess.. smile.gif

arres
post Mar 5 2006, 01:26 AM

Smooth on Two Wheels
*****
Senior Member
715 posts

Joined: Jan 2003
From: darling harbour,sydney



anyone can give me the results or maybe the link to where i can get the latest result of the selangor league...??? smile.gif
speedrider
post Mar 5 2006, 05:37 PM

Casual
***
Junior Member
403 posts

Joined: Jul 2005
From: in front of your house.... peeping



Hi Guys!!!

This Wednesday: Friendly PSP vs PKU at Poli Kulim Ground. (8/3/2006)

This Weekend!: USM Closed, Universiti Sains Malaysia, Penang (18&19/3/2006)


KAMATE KAMATEKA!!!!!!!!!!!!! HORA HORA!!!!!!!!!!!
registryeditor
post Mar 5 2006, 08:15 PM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



hello guys!!

Division 1
Cobra Stings vs UPM Ex Angels
5-00pm Saturday 4th March
UPM Ground, Serdang.
Cobra Stings won...i forgot the score..ahahaha

Division 2
Cobra Fangs vs Warriors
3-30pm Saturday 4th March
Jalan Utara, PJ
Cobra Fangs won....28-0...n guess wut? i was the man of the match!!! ahahahh...
their reason? coz i was the youngest...ceh...tak ikhlas langsung... tongue.gif
speedrider
post Mar 6 2006, 12:13 AM

Casual
***
Junior Member
403 posts

Joined: Jul 2005
From: in front of your house.... peeping



Ada pic tak?

http://www.mru.org.my
registryeditor
post Mar 6 2006, 02:43 AM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



huh? pic? wut pic u talking bout, bro? my pic? ahahahahha
euronymous
post Mar 6 2006, 12:07 PM

Getting Started
**
Junior Member
238 posts

Joined: Nov 2005
heheheh... nak ngorat ke? joking2...

that MRU link is not bad at all...

This post has been edited by euronymous: Mar 6 2006, 12:36 PM
registryeditor
post Mar 6 2006, 12:10 PM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



QUOTE(euronymous @ Mar 6 2006, 12:07 PM)
heheheh... nak ngorat ke? joking2...
*
hahahahahah!! very funny euronymous!! hahahahahahah....neway, where's everyone? why so dead quiet? btw, when's dis rugby thread is gonna be upgraded 2 a subforum? come on la....
euronymous
post Mar 6 2006, 12:37 PM

Getting Started
**
Junior Member
238 posts

Joined: Nov 2005
all patah kaki coz of last weekend games???
registryeditor
post Mar 6 2006, 01:03 PM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



could be..could be...all couldn't reach the pc....ekekkekekekekkeke
speedrider
post Mar 6 2006, 11:05 PM

Casual
***
Junior Member
403 posts

Joined: Jul 2005
From: in front of your house.... peeping



MRU forum is directly connected with high ranking personnel for Malaysian Rugby development.. And about the pic..

TERINGIN JUGAK AKU NAK TENGOK BEST PLAYER TU MACAM MANA RUPANYA tongue.gif
registryeditor
post Mar 7 2006, 12:34 AM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



skarang takde gambar, arh....aku jarang ambik gamba muka sendiri...kekekek...takde mase...seriously...
euronymous
post Mar 7 2006, 09:31 AM

Getting Started
**
Junior Member
238 posts

Joined: Nov 2005
but the MRU forum is a bit slow laa i think... and only a few regulars posting.... supposedly more promotion would be better... it's a good tool for spreading words....
wink.gif
arres
post Mar 7 2006, 02:46 PM

Smooth on Two Wheels
*****
Senior Member
715 posts

Joined: Jan 2003
From: darling harbour,sydney



KRS LEAGUE 2006 WEEK 4

COBRA KEKALKAN PENGUASAAN.

Dengan reputasi pasukan yang mantap dan dibarisi pemain yang cukup berpengalaman bermain di peringkat tertinggi dalam negara, COBRA tanpa banyak masalah mengenepikan cabaran Ex-Angles yang cuba bangkit dari kekalahan mereka minggu lalu di Padang UPM Serdang. Sementara itu, UiTM Lions sudah semakin serasi dengan corak permainan tahap tinggi menyentap reputasi Blackhawks yang dikatakan akan memberi cabaran utama kepada COBRA di akhir pusingan liga nanti dengan keputusan seri di Padang UiTM Shah Alam.



SABTU - 4 MARCH 2006



DIVISION 1.



EX-ANGELS vs COBRA - 1730 - UPM Serdang.

Ex-Angels turun tanpa pemain Irwan Satijan yang dikenakan kad merah minggu lalu, menerima asakan awal dari COBRA yang lebih nampak bersedia menghadapi kejohanan Liga KRS pada tahun ini. Menggunakan setiap sudut padang dan dengan gerakan-gerakan yang kemas dan menarik, COBRA menembusi benteng pertahanan Ex-Angles yang sekali sekala nampak goyah dengan asakan COBRA yang bertubi-tubi. Walaupun peralawanan agak tegang pada ketika-ketika tertentu, tetapi ke dua-dua pasukan dapat mengawal keadaan dengan baik tanpa insiden yang tidak diingini. Pujian harus juga diberikan kepada Ex-Angels yang sentiasa berusaha untuk melawan arus asakan COBRA dan hasilnya mereka berjaya mendapat 10 mata sebelum wisel penamat ditiup oleh Zulkarnain Manan untuk kemenangan kepada COBRA dengan 36 - 10.



HOT DOG vs SMS OLd Boys - 1730 - Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Hot Dog turun sekali lagi dengan matlamat yang tinggi untuk memenangi perlawanan kali ini bermula garang dengan gerakan pantas dan mantap dari seluruh barisan forward dan backs nya dan asakan awal mereka telah memberikan satu try pendahuluan di minit ke 2 perlawanan yang dibuat oleh Affendi X-Factor. Walaupun begitu, SMS Old Boys yang agak terkejut dengan corak permainan pantas Hot Dog yang sedemikian rupa, cuba membetulkan barisan pertahanannya dan sekali sekala mencuri peluang untuk menembusi benteng pertahanan Hot Dog. Namun begitu, peluang yang diperolehi oleh mereka disia-siakan dengan ball handling yang lemah berhampiran garisan gol Hot Dog.

Permainan semakin rancak selepas SMS Old Boys dilihat dapat menyerap asakan Hot Dog dengan tackle yang kemas dan peluang untuk mendapatkan mata terhidang apabila asakan pantas SMS Old Boys disudahkan dengan try oleh Mohd Nor Hafizi dan conversion yang disempurnakan oleh Faizal Ramly. Menyedari ketinggalan, Hot bangkit semula menyusun barisan serangan mereka dengan mengambil peluang ke atas sebarang cara untuk menambah mata. Walaupun tendangan penalti pertama ke arah gol oleh Mohd Hafiz tersasar, Mohd Najib yang diberi kepercayaan selepas itu tidak mensia-siakannya untuk mendahului semula dengan mata 8 - 7. Bagaimanapun usaha SMS Old Boys selepas itu menyaksikan mereka menghasilkan satu lagi try melalui pemain Khairul Aimi sebelum wisel rehat dibunyikan oleh Pengadil Ali Tahar dengan SMS Old Boys mendahului Hot Dog 12 - 08.

Seperti mendapat tenaga baru selepas rehat, Hot Dog menyusun semula corak permainan asal mereka iaitu menggunakan bahagian forwardnya yang nyata lebih besar dan tegap dibandingkan dengan forward SMS Old Boys yang hanya separuh dari berat mereka. Selepas berkampung selama 17 minit di dalam kawasan SMS Old Boys sejak wisel separuh masa ke dua dibunyikan, Hot Dog berjaya juga akhirnya mendapat try hasil dari push-over scrum dari jarak 5 meter dari garisan gol tetapi conversion gagal disempurnakan oleh Najid untuk menambah 2 lagi mata.

Permainan bertambah rancak dengan gerakan-gerakan yang menarik di sekitar tengah padang tetapi kesilapan ball handling sekali lagi mengecewakan kedua-dua pasukan untuk menambah mata terutamanya kepada SMS Old Boys yang mendapat tidak kurang dari 3 peluang yang cukup baik untuk mereka menembusi benteng pertahanan Hot Dog yang sudah nampak keletihan. Sehingga ke penghujung waktu perlawanan Hot Dog sekali lagi berjaya mendapatkan mata melalui try ke 3 mereka dan diikuti dengan sepakan penalti yang disempurnakan sebelum wisel penamat dibunyikan dalam keadaan padang dan cuaca yang cukup baik hari ini. Keputusan muktamat dengan kemenangan berpihak kepada Hot Dog 21 - 12.



UITM LIONS vs BLACKHAWKS - 1730 - UiTM Shah Alam

Blackhawks berkunjung ke Shah Alam dalam misi untuk memburu kemenangan ke 4 mereka, bagi memastikan mereka menjadi pencabar utama kepada COBRA yang bertahta di pesada liga dengan kelebihan skor selepas perlawanan minggu ke 3. Sementara Lions yang kali ke dua menerima pasukan pelawat di bumi mereka juga tidak mahu kecewa sekali lagi dihadapan penyokong sendiri yang memenuhi kawasan luar padang. Dengan corak permainan yang mantap yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, permainan banyak berkisar di kawasan tengah padang dan sesekali berkampung berhampiran kawasan gol, samada untuk menyudahkan serangan atau mempertahan kubu sendiri. Walaubagaimanapun, Blackhawks yang dianggap sebagai pasukan pilihan perlu menyalahkan diri sendiri kerana gagal dalam misi mereka kali ini disebabkan oleh kesilapan kecil mereka sendiri sementara Lions yang bermain dengan semangat yang tinggi harus dipuji kerana berupaya menyerap asakan Blackhawks dan sesekali membuat serangan balas yang berjaya menghasilkan mata. Di akhir permainan, kedua-dua pasukan hanya mampu seri 10 - 10 selepas pengadil Firdaus Sani meniup wisel penamatnya.



DEPOH vs ASAS - 1730 - Pulapol

Depoh yang masih segar dengan kejayaan pertama mereka minggu lalu ke atas SMS Old Boys, kali ini turun dengan lebih bersedia untuk menghadapi ASAS yang masih belum mengecapi kemenangan walaupun dibantu oleh 2 orang pemain bukan warganegara. Mengunakan kelebihan bahagian forwardnya yang lebih bertenaga dan sudah agak serasi permainan mereka, Depoh mengawal permainan dengan baik dihadapan penonton sendiri. Manakala ASAS yang belum menikmati kemenangan terus kecewa dengan kekalahan ke 4 mereka untuk minggu ini. Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada ASAS, walaupun mereka diwakili oleh 2 orang pemain warga Fiji, kebanyakkan pemainnya adalah terdiri dari pemain di bawah umur 21 tahun yang masih berpotensi untuk mencapai kejayaan besar di masa hadapan dan jika dahulu mereka sering menjadi pasukan belasahan, kini mereka sudah boleh dianggap setaraf dengan pasukan -pasukan besar jika dilihat dari perbezaan skor di setiap perlawanan yang mereka lalui untuk tahun ini. Di akhir perlawanan yang diadili oleh Roslan, Depoh berjaya mengatasi ASAS dengan 17 - 10.





DIVISION 2



STJOB WARRIORS vs COBRA FANG - 1530 - Padang Utara, Petaling Jaya.

Kelewatan beberapa pemain utama Warriors yang terlibat dengan pasukan MMU Vipers dalam kejohanan KYUEM 7's di UKM Bangi pada hari yang sama sedikit sebanyak menggugat prestasi mereka yang masih belum kalah selepas 2 perlawanan. Manakala Fang yang sudah semakin mantap permainan mereka tidak memberi peluang kepada Warriors untuk bangkit menembusi benteng pertahanan mereka. Mendapat 7 try di separuh masa pertama memberikan Fang 17 mata perndahuluan di separuh masa pertama.

Separuh masa ke dua, permainan menjadi lebih stabil dengan kemasukan beberapa pemain utama Warriors dan beberapa bekas pemain kebangsaan di pihak Fang. Namun kehadiran mereka tidak banyak membantu Warriors, yang masih gagal menembusi benteng pertahanan Fang. Mungkin kerana keletihan bermain sejak dari pagi dan lebih mengecewakan lagi apabila 2 pemain Warriors dilayangkan kad kuning kerana kesalahan (disebabkan kurang pengetahuan undang-undang permainan) yang dilakukan. Fang yang terus mengawal permainan di separuh masa ke dua menambah 2 lagi try walaupun ada ketikanya mereka juga kehilangan seorang pemain akibat dari tindakan kad kuning. Wisel Azlan Johar menamatkan perlawanan dengan kemenangan kepada Fang dengan skor 27 - 00



STORMS vs TEORA - 1750 - Padang Utara, Petaling Jaya.

Storms yang menjadi pasukan pilihan dalam kumpulan B division 2 ini, tidak mengecewakan peminat dan penyokong mereka dengan permainan yang mantap dan berkeyakinan dalam menghadapi sebuah pasukan baru, Teora yang nyata masih gugup untuk menghadapi pahit getir Liga KRS yang baru pertama kali disertainya ini.

Tanpa memberi banyak ruang untuk Teora bergerak, Storms terus mengawal permainan dengan baik dan dengan corak serangan yang lebih teratur, Storms berjaya menembusi benteng pertahanan Teora sebanyak 4 kali untuk menamatkan perlawanan yang diadili oleh Azlan Johar dengan keputusan 24 - 00.







AHAD - 5 MARCH 2006



DIVISION 2



SAINGAN DIVISION 2 JUGA TIDAK KURANG HEBATNYA.

Minggu ke 4 menyaksikan saingan Liga Division 2 juga tidak kurang hebatnya. Dengan kekalahan ke 3 pasukan pilihan KPD Tigers kepada MOR petang tadi seolah-olah menutup peluang mereka untuk beraksi merebut kejuaraan Liga Division 2 tahun ini dan satu lagi pasukan pilihan sebelum ini, ARC Force juga dikejutkan dengan kebangkitan Petronas yang mengekang kemenangan mutlak mereka.



KPD TIGERS vs MOR - 1730 - Padang Batu Kentonmen

KPD Tigers yang sudah dua kali kecewa dalam perlawanan mereka sebelum ini dengan kekalahan tipis kepada lawannya, sekali lagi dikecewakan petang tadi. Kali ini giliran MOR menidakkan usaha mereka untuk bangkit semula bagi menyaingi Liga Division 2. Pengadil vateran, Micheal Lai yang terpaksa dipanggil untuk mengadili perlawanan ini disebabkan ramai pengadil muda dikerah untuk bertugas di UKM Bangi, tidak menghadapi banyak masalah untuk mengendalikan perlawanan walaupun ada beberapa insiden yang sedikit tegang di sepanjang perlawanan dijalankan. MOR yang juga terdiri dari pemain-pemain vateran menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka untuk mengekang asakan pemain KPD yang nyata jauh lebih muda bagi memastikan milik mereka selepas tewas mengejud minggu lalu di tangan UM United. Diakhir perlawanan KPD Tigers sekali lagi tewas tipis dengan skor 19 - 23.





PETRONAS vs ARC FORCE - 1730 - Padang Poli SAAS, Shah Alam

Arc Force yang mendahului kumpulan A selepas 3 kemenangan berturut-turut sebelum ini, menghadapi sedikit masalah kerana sebahagian pemain mereka terlibat dengan pasukan yang bertanding dalam kejohanan KYUEM 7's di UKM Bangi manakala Petronas yang tidak bermain minggu lalu nampak segar untuk menghadapi Arc Force yang sedikit goyah dengan barisan yang ada. Perlawanan bagaimanapun nampak seimbang dengan permainan banyak berlegar di kawasan tengah padang dan hanya sesekali memasuki kawasan berhampiran garisan gol masing-masing. Pengadil Ali Tahar menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 10 - 10.



ANSARA vs TARANTULA - 1730 - Padang Utara, Petaling Jaya.

Pasukan misteri, Tarantula yang baru pertama kali menyertai kejohanan LIga KRS ini, sekali lagi mengejudkan lawannya dengan corak permainan pantas dan kemas mereka. Dan kali ini, pasukan tercorot kumpulan A, Ansara menjadi mangsa ke dua mereka. Pengadil Zulkarnain Manan tidak menghadapi banyak masalah mengawal permainan kerana kedua-dua pasukan cukup berdisiplin di sepanjang permainan dijalankan. Selepas Tarantula mendahului, Ansara cuba bangkit tetapi usaha mereka hanya sekadar mendapat 13 mata sahaja berbanding Tarantula yang memperolehi 27 mata selepas wisel penamat dibunyikan.



MBSA vs SAB - 1730 - Subang Air Base.

Pertemuan pertama di antara kedua pasukan ini, menyaksikan aksi-aksi hebat dan menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan, namun kesilapan ball handling sekali lagi menjadi masalah kepada mereka apabila berada dalam kawasan 22 pihak lawan yang mana beberapa peluang untuk menambah mata disia-siakan. Permainan yang seimbang ini, menyaksikan masing-masing hanya dapat melakukan 1 try sahaja dalam tempuh 70 minit permainan. Tetapi nasib berpihak kepada SAB kerana berjaya menyempurnakan sepakan conversion untuk mengatasi MBSA yang gagal melakukannya. Pengadil Mat Ratt menamatkan permainan dengan kemenangan kepada SAB 7 - 5 sahaja.





GOMBAK vs Bangi HUNTERS - 1530 - Padang Utara, Petaling Jaya.

Gombak kembali menyengat selepas dikecewakan minggu lalu oleh SAB di Padang Utara awal petang tadi. Permainan Gombak yang sejak dari dulu tidak konsisten berulang lagi tahun ini tetapi kali ini mereka dapat melakukannya dengan baik. Sebaliknya Hunters yang masih tercari-cari kombinasi rentak permainan dan kemenangan pertama mereka, sekali lagi dikecewakan dan kali ini oleh Gombak yang nyata menunjukkan permainan yang lebih baik hari ini. Walaupun tidak berjaya mengatasi Gombak selepas perlawanan ditamatkan oleh Pengadil Khairul Ariffin, Hunters sempat mencuri 7 mata melalui 1 gol yang mereka perolehi. Keputusan muktamat, Gombak 24, Hunters 07.



KLANG vs MAS COUGARS - 1730 - Padang ST Klang.

Padang Klang yang becak dan berlumpur minggu lalu disebabkan hujan di hari minggu, kali ini sudah kering dan boleh diguna-pakai walaupun ada sebahagian darinya nampak berlekuk-lekuk. Dengan garisan padang yang telah dibuat semula atas usaha pasukan Klang sendiri, ianya tidak menjadi masalah untuk pengadil Suhaimi menjalankan tugas.

MAS yang hadir ke Bandar Klang untuk pertama kalinya menghadapi masalah besar apabila sebahagian besar pemain utama mereka tidak mendapat pelepasan kerja. Manakala Klang yang turun dengan semangat berkobar-kobar untuk menang selepas tewas dalam 2 perlawanan sebelum ini, membuat asakan bertali arus sejak permainan dimulakan, namun beberapa peluang awal yang diperolehi gagal disempurnakan untuk mendapat mata awal. Sehingalah di minit ke 18, barulah Klang benar-benar berjaya mendapat mata pertama mereka selepas Rahmat Adnan membuat larian solo dari tengah padang menewaskan barisan pertahanan MAS untuk membuat try pertama di bawah tiang gol dan dengan conversion oleh Ahmat Fairus Hamid, Klang mendahului dengan 7 - 0. Klang terus mengasak MAS yang sudah agak keletihan tetapi banyak peluang disia-siakan oleh ball handling yang kurang kemas, sementara MAS pula sekali sekala cuba membuat serangan balas. Dan dari asakan MAS berhampiran garisan 22 Klang di minit ke 21, menyebabkan pemain Klang Affandi Razali dilayangkan kad kuning kerana membuat tackle ke atas pemain MAS yang membuat quick-tap. Sebelum rehat Klang hanya mampu menambah 3 mata sahaja lagi hasil dari sepakan penalti Ahmat Fairus untuk mendahului 10 - 0 sebelum wisel dibunyikan.

Separuh masa ke dua, MAS cuba bangkit dengan menyusun semula unit forwardnya dan usaha mereka membuahkan hasil apabila dianugerahkan sepakan penalti dihadapan tiang gol selepas pemain Klang didapati offside ketika rucking. Namun keletihan jelas kelihatan kepada kebanyakkan pemain MAS dan peluang ini diambil oleh pemain Klang untuk terus bermain secara pantas terutamanya serangan dari bahagian backsnya yang gagal ditackle kemas oleh MAS. Klang berjaya mendapatkan 3 lagi try di separuh masa ke dua melalui Farid Osman, Mohd Nazri dan Stanley Leong dan 2 conversion disempurnakan oleh Ahmad Fairus.

Perlawanan tamat dengan keputusan Klang menang 29 - 03.



D'MONTEL vs Jenjarum PYTHONS - 1530 - Padang Poli SAAS, Shah Alam.

Pythons yang mengidam untuk mengecapi kemenangan pertama mereka tahun ini menjadikan D'Montel sebagai mangsa mereka. Manakala D'Montel yang kelihatan masih belum tersusun corak permainan mereka terutamanya menghadapi masalah kecergasan kerana kurang latihan tersusun menggunakan segala pengalaman untuk menahan asakan pemain-pemain muda Pythons yang nyata lebih pantas dan bertenaga. Walaubagaimanapun D'Montel, melalui asakan bahagain forwardnya berhasil juga mendapat 2 try untuk merapatkan jurang skor yang didahului oleh Pythons sebelum perlawanan ditamatkan oleh Ali Tahar dengan keputusan Pythons 19, D'Montel 12.



KEPUTUSAN PENUH MINGGU KE 4.



Sabtu:

Division 1

COBRA 36 vs Ex-Angels 10

Hot Dog 21 vs SMS Old Boys 12

UiTM Lions 10 vs Blackhawks 10

Depoh 17 vs ASAS 12



Division 2

Fang 27 vs STJOB Warriors 00

Storms 24 vs Teora 00



Ahad:

Division 2

KPD Tigers 19 vs MOR 23

Petronas 10 vs Arc Force 10

Ansara 13 vs Tarantula 27

MBSA 05 vs SAB 07

Gombak 24 vs Hunters 07

MAS 03 vs Klang 29

D'Montel 12 vs Pythons 19.
arres
post Mar 7 2006, 05:12 PM

Smooth on Two Wheels
*****
Senior Member
715 posts

Joined: Jan 2003
From: darling harbour,sydney



QUOTE(registryeditor @ Mar 5 2006, 08:15 PM)
hello guys!!

Division 1
Cobra Stings vs UPM Ex Angels
5-00pm Saturday 4th March
UPM Ground, Serdang.
Cobra Stings won...i forgot the score..ahahaha

Division 2
Cobra Fangs vs Warriors
3-30pm Saturday 4th March
Jalan Utara, PJ
Cobra Fangs won....28-0...n guess wut? i was the man of the match!!! ahahahh...
their reason? coz i was the youngest...ceh...tak ikhlas langsung... tongue.gif
*
err...just asking...is it cobra stings and cobra fangs...?
or is it the cobra black and cobra yellow?

got a fren who just joined the cobra and he got a chance to play full time in last weekend's game...he said that its cobra black and cobra yellow...

who's telling the truth rite now? smile.gif

speedrider
post Mar 7 2006, 05:39 PM

Casual
***
Junior Member
403 posts

Joined: Jul 2005
From: in front of your house.... peeping



D montel pun ada seh... FARIHIN main @ tak ntah ar... Liga Perak sape follow?
Monstar
post Mar 7 2006, 09:07 PM

Regular
******
Senior Member
1,895 posts

Joined: Jan 2003
QUOTE(arres @ Mar 7 2006, 05:12 PM)
err...just asking...is it cobra stings and cobra fangs...?
or is it the cobra black and cobra yellow?

got a fren who just joined the cobra and he got a chance to play full time in last weekend's game...he said that its cobra black and cobra yellow...

who's telling the truth rite now? smile.gif
*
What is your friends name?
registryeditor
post Mar 7 2006, 10:06 PM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



hey monstar!!!!!!! how's work bro?? sure got alot of $$$ now, eh? ahahahah...

neway, COBRA BLACK is the first team n got its name changed 2 COBRA STINGS n COBRA YELLOW is the second team n got its name changed 2 COBRA FANGS...as u know, arres, ur fren juz joined COBRA so, he might not haf known the change in the names...give him some time... thumbup.gif
speedrider
post Mar 7 2006, 10:32 PM

Casual
***
Junior Member
403 posts

Joined: Jul 2005
From: in front of your house.... peeping



betul ke info ni adik oi? sweat.gif
registryeditor
post Mar 7 2006, 11:17 PM

Internets Super Heroes HAGAGA
******
Senior Member
1,520 posts

Joined: Oct 2005
From: Over The Rainbow, Kuala Lumpur



btol la.....takkan nak tipu, kot....kalau tipo pon, bukannye dpt duit ke, kereta ke, pompuan ke..... brows.gif

60 Pages « < 7 8 9 10 11 > » Top
 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0170sec    0.43    6 queries    GZIP Disabled
Time is now: 17th December 2025 - 05:09 AM