Campuran pemain lama, baru untuk ragbi tiga penjuru
Oleh Mohd Ali Majid
GANDINGAN pemain lama dan baru dipertanggungjawabkan membawa cabaran negara menentang India dalam perlawanan ragbi tiga penjuru IRB Kumpulan Empat Asia di Padang Merbok, Kuala Lumpur petang ini.
Skuad negara yang merangkumi pemain yang pernah beraksi pada kejohanan kelayakan Piala Dunia 2007 tahun lalu, remaja dunia di China dan remaja Asia di Hong Kong, menjadi pilihan untuk muncul juara kumpulan ini yang membabitkan tiga pasukan termasuk Thailand.
Jurulatih negara, Wan Ibrahim Wan Chik, yakin gandingan pemain berpengalaman itu mampu menyekat kemaraan pelawat dan seterusnya muncul juara kumpulan.
"Mereka sudah menjalani latihan dua minggu dan saya yakin dengan pengalaman bermain di pelbagai kejohanan antarabangsa, mereka mampu merealisasikan hasrat pasukan kali ini," katanya.
Skuad negara akan diketuai Badrulhisham Basri sambil dibantu Nor Hisham Ibrahim, Sharuddin Hashim, Nik Safuan Nik Man, Faizal Musa dan Moh Khairul Azhar Mohd Nor.
Malaysia won the game! 61-20 if I have not mistaken.
still looking for a team to play with..
If you are down in KL you can give Cobra a try. Go to www.cobrarugby.com to get the contact details and give the admin a ring or something.