Ismailian Old Boys ungguli ragbi 7 sebelah
Oleh Mohd Ali Majid
ISMAILIAN Old Boys dari Kelantan dipaksa menunggu sehingga ke babak kedua untuk menjinakkan Bandaraya Dragon pada perlawanan akhir, Kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan Blackhawk Canterbury di Padang Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, semalam.
Dengan menurunkan kebanyakan pemain remaja Dragon berjaya mengekang kehebatan Ismailian yang diperkukuhkan sekurangnya lima pemain kebangsaan termasuk pemain terbaik kejohanan Mohd Faizul Zainal Abidin sebelum tunduk dengan keputusan, 19-0.
Semua mata Ismailian yang juga dibarisi pemain yang membantu Kelantan memenangi kejuaraan remaja kebangsaan tahun lalu seperti pemain adik beradik, Mohd Saizul Hafifi, Mohd Khairul Azhar dan Mohd Saizul Hafiz Mohd Nor diperoleh pada babak kedua.
Mata pertama Ismailian diperoleh menerusi try pemain kebangsaan, Mohamad Faiz Samsukhidir, diikuti try kedua, Saizul Hafiz dan ketiga, Zakaria Osman.
Dua conversion disempurnakan dengan baik oleh Mohamad Faiz dan Mohamad Nazeer Nesharah untuk membolehkan pasukan meraih perisai dan hadiah wang tunai RM3,000.
Sebelum ke akhir, Ismailian mengetepikan cabaran naib juara, tahun lalu pasukan JLJ Diraja, 17-12, sementara Dragon mengecewakan Kedah Blues 12-7.
Manakala Dragons yang mendapat sentuhan bekas pemain kebangsaan, Razak Manaf dan Yusli Ramli mengejutkan juara bertahan yang juga pasukan tuan rumah, Blackhawk TUDM pada saingan suku akhir, 10-7.
"Walaupun kalah kami berpuas hati dengan persembahan keseluruhan pemain pasukan kerana matlamat ke akhir menjadi kenyataan," kata Razak yang bakal membawa cabaran Kuala Lumpur dalam kejohanan di peringkat kebangsaan, bulan depan.
Sementara itu, dalam saingan plate, wakil Selangor, Asas RC ditentang hebat oleh wakil Terengganu, Terengganu Leatherback sebelum menang, 14-12.
Manakala AF Swif membelasah Labuan Seahawk, 26-0 untuk menjuarai bahagian bowl.
AKHIR KEJOHANAN RAGBI BLACKHAWK CANTERBURY SEVENS 2006.
Keputusan Akhir
PIALA - Ismailian Old Boys 19 Bandaraya Dragon 0
PLATE - Asas RC 14 Terengganu Leatherback 12
BOWL -AF Swift 26 Labuan Seahawk 0
PEMAIN TERBAIK KEJOHNAN - Mohd Faizul Zainal Abidin (Ismailian Old Boys)
err...correction again...the best player of the tournament is MOHD SAIZUL HAFIZ BIN MOHAMMED NOOR and not mohd faizul zainal abidin...faizul didnt play during the final because of injury...where did i know?i was there at the grand stand waiting for the prize giving ceremony...saizul hafiz was a friend of mine...
terengganu leatherback is the current SUKMA terengganu team...they are actually preparing themselves for the upcoming national 7's which will be held in kuantan this coming weekend and also national junior 7's the next weekend...asking me of which team ill be supporting?