jadi, biar aku melihat perkara ini dengan jelas
musim lepas, kita merncabar dengan sengit untuk ke empat2 kejuaraan sehinggalah bulan March bila mana kejatuhan tragik kita bermula dengan kekalahan dalam perlawanan akhir Piala Carling. kemudian kejatuhan berturutan kita di 3 kejuaraan yang lain mula menjelma, yang mana menjurus kepada pengkritik bolasepak, bekas pemain dan penyokong secara amnya berpendapat masalah utama pasukan kita ialah walaupun berbakat besar masih mempunyai kekurangan besar dari segi mentaliti. dan cara yang diketahui ramai untuk mengubati masalah mental yang lemah di kalangan pemain kita ini ialah dengan mendapatkan pemain yang berpengalaman tinggi untuk melengkapkan pasukan dan memberi sokongan mental di atas dan di luar padang kepada pemain2 muda kita yang berbakat tersebut. jadi, walaupon kita dengan tragiknya terkeluar daripada semua pertandingan dan tidak menang apa2 lagi musim lepas aku sebenarnya agak gembira dan yakin dengan skuad yang kita ada dengan mengharapkan Encik Arsene Wenger akan membuat penambahan berkualiti dan berpengalaman yang berpatutan sebelum bermulanya musim ini
dan kemudian, tuan pengurus pasukan kita mula membuat statement yang menyedapkan hati penyokong terutamanya seperti
- tahu mengenai masalah kekurangan kekuatan mental dan akan memperbaikinya
- akan membeli pemain pertahanan yang mempunyai pengalaman di Liga Perdana untok mengatasi masalah menghadapi teruatamanya bola tinggi dan bola mati ke dalam kotak penalti kita
- tiada pemain yang akan keluar dari kelab (walaupon untok menjadi adil, beliau berkata beliau 'menjangkakan' tiada pemain akan meninggalkan kelab ini)
- akan membawa pemain dengan 'super kualiti'
tetapi, situasinya sekarang pada tarikh 24 Ogos 2011, seminggu lagi sebelum tamatnya tarikh musim perpindahan aktiviti perpindahan pemain kita ialah
1. menjual kapten pasukan dengan harga yang sangat di bawah harga pasaran
2. menjual pemain bek kiri utama kita kepada antara lawan utama dalam Liga Perdana
3. menjual pemain midfield serangan terbaik kita kepada antara lawan utama dalam Liga Perdana
4. masih tidak dapat menjual kayu mati seperti Almunia, Squilacci, Denilson, Bendtner dll
5. membawa masuk pemain2 muda seperti Carl Jenkinson, AOC, Joel Campbell dan Ryo Miyaichi
6. membawa masuk pemain berpengalaman menang di Liga Perancis sebagai pemain utama bahagian sayap serangan kita
aku ada menyatakan sebelum ini yang dengan tuan pengurus kita ni kita perlu melihat apa yang beliau lakukan, bukan apa yang beliau perkatakan kerana dengan cara percakapan beliau aku merasakan yang tuan pengurus kita mampu menjadi seorang ahli politik yang sangat berjaya. dan melihat apa yang beliau lakukan setakat ini, ianya adalah tidak mencukupi. dan cara semua perlakuan2 kita di musim perpindahan ini juga aku tersangatlah tidak bersetuju dengan cara2 itu. masa juga semakin suntuk untuk Encik Arsene Wenger bagi beliau memperbaiki keadaan pasukan. jadi demi kebaikan kelab kita musim ini dan ke hadapan, demi kebaikan legasi Encik Arsene Wenger di kelab Arsenal ini dan demi kesihatan penyokong2 Arsenal aku sangat berharap yang Encik Arsene Wenger akan dapat melakukan perkara yang betul dalam mempersediakan pasukan untok musim ini