QUOTE(romentheposmen @ Apr 12 2011, 09:19 AM)
kesian nobody gives a shit about the malay language.
really..? u never been to school right.. i see..
ok,i tell facts..
Bahasa Melayu
Pada abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dijadikan lingua franca di Kepulauan Melayu, tidak kira dituturkan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar dan seniman yang mengunjungi Melaka melalui Selat Melaka.
Kini, bahasa Melayu banyak digunakan di Malaysia (secara rasminya Bahasa Malaysia) dan Brunei, dan juga serba sedikit di Singapura. Salah satu dari empat bahasa rasmi Singapura, iaitu bahasa Melayu Baba pernah menjadi lingua franca di republik tersebut sebelum diatasi oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Walaupun begitu, bahasa Melayu Baba masih dikekalkan oleh generasi lama.
Sementara itu, bahasa Indonesia yang dilaraskan dari bahasa Melayu, dijadikan lingua franca di seluruh negara Indonesia dan Timor Leste. Walaupun beratus-ratus bahasa yang dituturkan di Indonesia, namun bahasa Indonesia selaku bahasa rasmi republik ini merupakan bahasa perantaraannya.