QUOTE(sms2u @ Oct 13 2014, 10:06 AM)
You are wrong, the scheme is open to everyone, including individual, but only parent can claim for tax.Syarat - syarat Pembukaan Akaun SSPN-i
Pendeposit dan penerima manfaat kepada akaun SSPN-i hendaklah warganegara Malaysia;
Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk dirinya sendiri;
Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk setiap penerima manfaat yang sama;
Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun;
Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna seorang penerima manfaat pada masa yang sama boleh menjadi pendeposit; dan
Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN-i bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 seorang setahun;
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksima RM6,000.00 setahun; dan
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.[COLOR=red]
Source: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/simpanan
Oct 13 2014, 11:03 AM

Quote
0.2842sec
0.26
7 queries
GZIP Disabled