
Penguat kuasa SKMM merampas parabola di sebuah rumah kediaman di Taman Ong Kee Wee.
Penguat kuasa SKMM serbu rumah di Jalan Ong Keng Hoon
MELAKA: Penemuan cakera parabola bersama dekoder di sebuah rumah di Jalan Ong Keng Hoon di Taman Ong Kim Wee dekat sini, menimbulkan tanda tanya terhadap kemungkinan wujud sindiket tertentu di negeri ini cuba menyediakan perkhidmatan tayangan filem asing tanpa tapisan kepada penonton di sini.Dalam satu serbuan hasil aduan orang ramai baru-baru ini, sepasukan penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya berjaya merampas peralatan
elektronik terbabit tanpa pelekat Sirim serta lesen pemilikan.
Penolong Pengarah Jabatan Penguatkuasaan SKMM Cyberjaya, Enkatesulu Juval, berkata orang ramai tidak boleh menggunakan parabola sesuka hati kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang komunikasi negara."engharaman
peralatan ini kerana kerajaan mendapati ia banyak memberi kesan buruk terutama
di kalangan remaja berbanding kebaikan jika penggunaannya dibenarkan.
"Saya berharap orang ramai tidak terpengaruh untuk memasang parabola berkenaan," katanya ketika ditemui dalam serbuan itu.
Ketika serbuan, pemilik kediaman berusia lingkungan 40-an itu enggan membuka pintu selepas diketuk beberapa kali oleh anggota penguatkuasa.Namun, selepas beberapakali diberi amaran, beliau membukanya dan selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan di dalam rumah teres setingkat itu, penguatkuasa menjumpai dekoder terbabit berjenama MaxPlus HTS 9300.
Berdasarkan keadaan parabola dipercayai buatan China itu, ia kelihatan masih baru dan mudah dipasang, dipercayai mampu menerima isyarat visual dan audio mengikut kehendak pemiliknya.Pemeriksaan lanjut juga mendapati, parabola itu disembunyikan di tengah bumbung rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.Enkatesulu berkata, set parabola haram itu boleh diperoleh dengan mudah dari China, Indonesia, Thailand, Sarawak dan Sabah pada harga kira-kira RM400 hingga RM500.Katanya, setiap set parabola haram itu mampu memperoleh lebih 60 siaran dari negara asing seperti Indonesia, Thailand, China, India dan Taiwan.
"Kita tidak menolak kemungkinan parabola ini diseludup masuk ke negara ini oleh sindiket tertentu untuk dijual di pasaran gelap.
"Setakat ini, SKMM sudah merampas 12 dekoder dalam operasi yang dilakukan di Batu Pahat, Johor dan semua pemilik peralatan larangan ini akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998," katanya.Sementara itu, jiran pemilik parabola dan dekoder terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, dia kesal dengan perbuatan jirannya itu yang berani memasang peralatan itu walaupun diharamkan oleh kerajaan.Katanya, perbuatan mementingkan diri sendiri dan memasang parabola secara haram sejak beberapa bulan lalu itu menyebabkan siaran televisyen di rumahnya sering terganggu apabila gambar yang dipapar di skrin kabur."emasangan alat ini turut memberi kesan buruk kepada golongan muda yang mudah terpengaruh apabila menonton siaran televisyen yang mengandungi unsur lucah serta hasutan yang kurang sesuai dengan budaya masyarakat negara ini," katanya.