QUOTE(unknown warrior @ Jun 10 2009, 11:30 PM)
So I was right. You can't do shit, you already bought a less than ideal car, so you're stuck with it defending your dignity.
Walaupun anda merasa megah kerana anda betul, ia adalah hakmilik anda dan kami di sini tumpang gembira kerana kami dapat menyumbang kepada kegembiraan yang anda rasai.Harga "Maruah" adalah sesuatu yang subjektif, ia terpulang kepada individu tersebut. Ada yang melihatnya amat bernilai dan harus mempertahankannya tetapi ada yang berpendapat "meneruskan hidup secara tenang" sudah memadai. Hakikatnya semua orang bertanggung jawab ke atas tindakannya sendiri. Anda mengundang ini semua kerana cara penyampaian hujah anda.
Sedarkah bahawa tindakan anda telah menarik lebih ramai orang untuk berminat mencuba mpv ini dan menbuat penilaian masing-masing. Secara tidak langsung, anda telah membantu kami. Keputusannya akan di ketahui dalam beberapa bulan yang akan datang.
Melihatkan ID anda, ia mencerminkan seseorang yang "veteran" dalam forum lowyat ini dan saya pasti pengalaman anda akan di hormati ramai jika anda memperbetulkan cara penyampaian anda. Di hormati bukan maksudnya kami harus menerima bulat-bulat pandangan anda. Kami juga akan menganalisa/mengkaji kebenarannya. Sesuatu yang baik untuk anda tidak semestinya baik untuk kami. Kita adalah individu berbeza dan mempunyai citarasa berlainan.
Semoga anda gembira dengan pencapaian anda selama ini.
Jun 11 2009, 09:33 AM

Quote
0.0478sec
0.97
7 queries
GZIP Disabled