Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Rice Prices Increase | Will Nasi Bungkus Affected?

views
     
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:15 PM, updated 18y ago

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
user posted image
Per 10kg packet


http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Setempat/20080507122029

Harga menu nasi naik May 7, 2008 (2 days ago)

KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga kedai makan dikesan menaikkan harga jualan makanan terutama yang berasaskan beras sebanyak 20 sen bagi menampung kos kenaikan harga barang kawalan itu di pasaran.

Tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota mendapati antara menu mengalami kenaikan harga adalah nasi lemak dan nasi goreng.

Selain itu peniaga kedai nasi campur pula didapati tidak menaikkan harga tetapi mengurangkan kuantiti nasi yang dijual kepada pelanggan.

Peniaga, Norhayati Mohd Tahir, 38, berkata sejak harga beras naik beberapa minggu lalu, dia terpaksa menaikkan harga makanan di kedainya untuk menampung kos membeli barang keperluan itu.

Menurutnya, dia biasanya membeli stok beras sebanyak 50 kilogram dengan harga RM87 tetapi minggu lalu harganya meningkat menjadi RM130 hingga RM150.

“Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga nasi lemak di kedai yang kini dijual dengan harga RM1 berbanding 80 sen sebelum ini.

“Setakat ini saya belum dengar sebarang rungutan pelanggan kerana mereka juga faham situasi sekarang,” katanya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.

Menurutnya, harga nasi putih di kedainya masih kekal iaitu RM1 sepinggan tetapi terpaksa mengurangkan kuantiti makanan itu untuk mengelakkan kerugian.

Sementara itu, pengusaha katering yang ditemui turut menyatakan keresahan berikutan kenaikan harga barang keperluan lain selain beras.

Asmah Abdullah, 70, yang sudah lebih 15 tahun mengusahakan perniagaan katering, berkata sebelum ini dia mengenakan pakej RM7 untuk seorang makan iaitu termasuk nasi beriani berlauk ayam, daging dan dalca.

Namun, sejak negara mengalami kenaikan harga beras beberapa bulan lalu, dia terpaksa menaikkan harga pakej terbabit hingga RM8 seorang.

- - - - - -

Kenaikan belanja makanan bulanan
(RM0.30x3 hidangan) x 30 hari
= RM27.00 (Lebih kurang RM30.00)


This post has been edited by Muhammad Nur Hanief: May 9 2008, 12:45 PM
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:26 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(EmperorMeng @ May 8 2008, 10:16 PM)
of coz naik la....
*
user posted image

Dah nasib engkau la badan!
http://katataknak.blogspot.com/2008/05/dah...u-la-badan.html

Budak: Mak, kan abah kata jangan park Mercedes baru ni di sini? Abah kata di sini ada banyak pencuri.

Emak: Tak apa nak, mak baru saja bagi kat Polis tu RM100 untuk jaga kereta kita.

Budak: Wah, Polis pun kerja part time jaga kereta ka?

Emak: Ya la nak, harga ubi kayu pun lani dah melambung naik. Kalau dia tak buat part time mana nak cari duit beli makan? Dengan gaji dia yang dua belas tiga belas ribu sebulan tu, mana nak cukup nak?

Budak: Kesian ya mak. Mak bagi la lebih sikit kat dia.

Emak: Memang mak nak bagi pun, tapi nanti bila nak balik mak tambah la dua tiga ratus lagi, kalau bagi sekarang, dia cabut lari, kalau bagi nanti, dia tunggu la.

Budak: Wah! mak pandai ya. Mak boy nak beli laptop baru la, yang lama tu slow sangat la.

Emak: Okay, nanti kita singgah kedai komputer mak belikan. Yang lama tu nak buat apa?

Budak: Kita bagi saja kat bibik. Suruh dia bagi kat anak dia main.

Emak: Bagus betul anak mak, tak kedekut. Jom kita masuk butik tu, mak nak beli baju baru untuk baca Yassin malam ni.

(lepas 1 jam)

Budak: Wah, banyaknya baju mak beli?

Emak: Ya la, kan minggu ni ada banyak rumah buat baca Yassin. Takkan nak pakai baju yang sama?

Budak: Jom la ke kedai komputer tu, nak beli laptop baru.

Emak: Nanti ya nak, kita pergi pasar dulu, nak beli ubi kayu untuk jamuan malam ni.

Budak: Asyik-asyik ubi kayu, KFC, MacD, Pizza, asyik-asyik yang tu saja. Nak lain pulak la mak.

Emak: Nak apa nak?

Budak: Nak yang macam ni, yang dalam majalah ni. Cuba mak tengok, diaorang makan benda ni, yang putih putih tu, yang biji biji tu.

Emak: Yang mana? Bak mak tengok. Yang mana, yang ni ka? Alahai nak oi, kita mana boleh makan yang ni? Nak cari pun tak ada. Kalau ada pun kita tak mampu nak.

Budak: Apa benda tu mak?

Emak: Ini lah yang orang kata nasi. Orang yang sangat kaya saja yang mampu makan nak, kita yang jutawan saja ni mana mampu.

Budak: Sedap tak mak?

Emak: Ntah la, mak pun dah lupa, dulu masa kecik-kecik pernah la makan sekali dua masa Atuk kau jual tanah dulu, dia dapat banyak duit, ada la dia beli 5 kilo beras. Dia kata dia nak bagi anak-anak dia merasa makan nasi sebelum dia mati. Tu la last sekali mak makan nasi.

Budak: Tak aci la macam tu, mak dah rasa, boy belum rasa lagi, mak nak jugak.

Emak: Jangan la macam tu nak. Kita hanya orang kaya saja, bukan menteri. Makanan macam ni menterimenteri saja yang buleh makan, tu pun sebulan sekali kot. Sudah, sudah, nanti mak belikan roti canai ok?

Budak: Hooray, mak nak beli roti canai. Best, best.

Emak: Untuk anak kesayangan mak, mak sanggup belanja semua elaun mak untuk bulan ni. Nanti malam, kita makan roti canai ok? Tapi ingat, roti canai ni pun mahal tau? Jadi sebiji untuk dua orang okay?

Budak: Okay, apa pun takapa asalkan dapat makan roti canai. Hmmm, bila la agaknya boy nak dapat rasa makan nasi ya?
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:29 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(adix4 @ May 8 2008, 10:28 PM)
tadi aku makan nasik bungkus+sayur+Teh o ais aku kena RM6.80
*
Macam harga McDonald laugh.gif
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:31 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(toughnut @ May 8 2008, 10:30 PM)
time to grow my own rice
*
Rumah aku ada ruang 5 metres square... mana ada jual benih padi beras? Aku nak cuba tanam... laugh.gif
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:40 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(max_cavalera @ May 8 2008, 10:36 PM)
bestnyer, negara ni dah nak jadi cam jepun. Cost of living damn high biggrin.gif
*
Aku dengar Jepun tak hadapi masalah kekurangan bekalan beras. Diorang tanam macam mana? Apakah diorang makan roti atau belasah ikan tuna sahaja? laugh.gif
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:46 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(adix4 @ May 8 2008, 10:44 PM)
UBIIII dan Tauhu
*
Nak makan nasi juga vmad.gif laugh.gif
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 12:49 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(TC_Boy @ May 8 2008, 10:35 PM)
If you really want to know how to save. Eat bread & noodles. Bread & noodles are made from wheat flour. Wheat is more abundant than rice and the people who eat bread & noodles is less than people who eat rice.

This is why rice price gone up very high compared to wheat.
*
Some people cannot eat only bread like that... tak kenyang.
SUSMuhammad Nur Hanief
post May 9 2008, 01:08 PM

On my way
****
Senior Member
555 posts

Joined: Feb 2006
From: Malaysia, UNITED STATES OF ASIA
QUOTE(max_cavalera @ May 8 2008, 10:50 PM)
mereka makan ramen sudeh....best sit. pasni makan nasi campur ngan minum air harge same cam makan kat kfc n mcd biggrin.gif
*
Kalau semua orang makan McD dan fast food chain yang lain dan pulaukan nasi bungkus... makanan kita akan dijajah secara rasmi.

This post has been edited by Muhammad Nur Hanief: May 9 2008, 01:08 PM

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0457sec    0.51    7 queries    GZIP Disabled
Time is now: 11th December 2025 - 03:18 AM