
Per 10kg packet
http://www.hmetro.com.my/Wednesday/Setempat/20080507122029
Harga menu nasi naik May 7, 2008 (2 days ago)
KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga kedai makan dikesan menaikkan harga jualan makanan terutama yang berasaskan beras sebanyak 20 sen bagi menampung kos kenaikan harga barang kawalan itu di pasaran.
Tinjauan Harian Metro di sekitar ibu kota mendapati antara menu mengalami kenaikan harga adalah nasi lemak dan nasi goreng.
Selain itu peniaga kedai nasi campur pula didapati tidak menaikkan harga tetapi mengurangkan kuantiti nasi yang dijual kepada pelanggan.
Peniaga, Norhayati Mohd Tahir, 38, berkata sejak harga beras naik beberapa minggu lalu, dia terpaksa menaikkan harga makanan di kedainya untuk menampung kos membeli barang keperluan itu.
Menurutnya, dia biasanya membeli stok beras sebanyak 50 kilogram dengan harga RM87 tetapi minggu lalu harganya meningkat menjadi RM130 hingga RM150.
“Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa menaikkan harga nasi lemak di kedai yang kini dijual dengan harga RM1 berbanding 80 sen sebelum ini.
“Setakat ini saya belum dengar sebarang rungutan pelanggan kerana mereka juga faham situasi sekarang,” katanya yang sudah berniaga lebih 10 tahun.
Menurutnya, harga nasi putih di kedainya masih kekal iaitu RM1 sepinggan tetapi terpaksa mengurangkan kuantiti makanan itu untuk mengelakkan kerugian.
Sementara itu, pengusaha katering yang ditemui turut menyatakan keresahan berikutan kenaikan harga barang keperluan lain selain beras.
Asmah Abdullah, 70, yang sudah lebih 15 tahun mengusahakan perniagaan katering, berkata sebelum ini dia mengenakan pakej RM7 untuk seorang makan iaitu termasuk nasi beriani berlauk ayam, daging dan dalca.
Namun, sejak negara mengalami kenaikan harga beras beberapa bulan lalu, dia terpaksa menaikkan harga pakej terbabit hingga RM8 seorang.
- - - - - -
Kenaikan belanja makanan bulanan
(RM0.30x3 hidangan) x 30 hari
= RM27.00 (Lebih kurang RM30.00)
This post has been edited by Muhammad Nur Hanief: May 9 2008, 12:45 PM
May 9 2008, 12:15 PM, updated 18y ago
Quote

0.0471sec
0.53
6 queries
GZIP Disabled