Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO ALAMSIBER

views
     
TSanuarkb
post Dec 8 2007, 10:45 AM, updated 18y ago

New Member
*
Junior Member
6 posts

Joined: Jan 2007


user posted image

Kepada sapa yang teror design boleh masuk contest mencipta logo AlamSiber....

Kepada yang berminat boleh layari http://www.alamsiber.com.my

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO ALAMSIBER

Alamsiber.com.my dengan ini menjemput semua warganegara Malaysia untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo yang akan digunapakai oleh ALAMSIBER.COM.MY

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

1. Semua rekacipta hendaklah bersifat dinamik dan korporat.

2. Semua ciptaan hendaklah asli.

3. Semua rekaan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik ALAMSIBER. Rekaan boleh digunakan semula oleh ALAMSIBER tanpa sebarang syarat.

4. Rekacipta hendaklah menggunakan tidak lebih dari Lima (5) warna.

5. Rekacipta boleh ditulis secara 'free hand' atau menggunakan grafik komputer.

6. Rekacipta hendaklah dihantar dalam bentuk cetakan di atas kertas A4 dan ditampalkan di atas kertas tebal berukuran A3 dan juga didalam 'softcopy'.

7. Setiap rekacipta logo hendaklah disertakan dengan definisi bagi setiap simbol atau warna yang digunakan.

8. Penyertaan adalah percuma. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Setiap penyertaan perlu dinyatakan nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon dan e-mail (jika ada) yang boleh dihubungi.

9. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah sahaja.

10. ALAMSIBER tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos bahan lukisan yang dihantar oleh peserta.

11. Keputusan pertandingan akan dibuat oleh Jemaah Pengadil yang akan dilantik oleh ALAMSIBER dan keputusan adalah muktamad. Semua pemenang akan dimaklumkan secara bertulis.

12. Penyertaan dibuka daripada 02 Dec hingga 02 January 2008.

HADIAH

1. Pemenang utama akan menerima wang tunai RM200.00 + baju alamsiber.com.my

2. Dua (2) hadiah saguhati setiap satu bernilai RM50.00 + baju alamsiber.com.my

Penyertaan hendaklah dihantar melalui e-mail kepada anuar@alamsiber.com.my

untuk mendapat keterangan lanjut layari http://www.alamsiber.com.my

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0125sec    0.52    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 5th December 2025 - 06:44 AM