Why complain to DAP? Why didn’t complain to UMNO, especially Dr. Akmal?
https://www.facebook.com/share/17712XvG7x/?mibextid=wwXIfr
KENYATAAN MEDIA | RXZ Members Ride 3.0
DAP Melaka berpandangan bahawa program RXZ Members Ride 3.0 yang diadakan baru-baru ini di negeri Melaka telah memberi kesan serius terhadap rutin harian penduduk, ketenteraman awam serta keselamatan jalan raya.
Berdasarkan maklum balas rakyat Melaka, sepanjang tempoh acara—terutamanya pada lewat malam—berlaku aktiviti menunggang motosikal pada kelajuan tinggi serta pencemaran bunyi yang mengganggu ketenteraman awam. Selain itu, pergerakan kumpulan besar penunggang motosikal di kawasan bandar telah meninggalkan persepsi negatif kepada pelancong, sekali gus menjejaskan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.
DAP Melaka menegaskan bahawa kami pada prinsipnya menyokong usaha kerajaan menganjurkan acara bagi merancakkan ekonomi tempatan. Hakikatnya, jika dirancang dengan baik, acara berskala besar mampu memberi manfaat kepada peniaga kecil, peniaga gerai, hotel serta pengusaha inap desa.
Namun begitu, DAP Melaka tidak bersetuju dengan sebarang suasana atau bentuk penganjuran acara yang menggalakkan atau membiarkan perbuatan melanggar undang-undang. Dalam perhimpunan ini, kami menerima pelbagai aduan bahawa sebahagian penunggang motosikal telah melanggar lampu isyarat, berlumba di jalan awam serta menunggang secara berbahaya. Ini telah mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain termasuk pemandu kenderaan dan pejalan kaki.
Pengerusi DAP Melaka, YB Khoo Poay Tiong (邱培栋)berkata:“Saya menggesa Ketua Polis Negeri Melaka supaya memandang serius aduan yang dikemukakan oleh penduduk Melaka dan memberi penjelasan kepada orang ramai sama ada tindakan penguatkuasaan serta kawalan trafik yang sewajarnya telah dilaksanakan semasa dan selepas acara tersebut.”
Beliau turut menegaskan:
“Saya menyeru Ketua Menteri untuk memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Semasa merancang dan meluluskan mana-mana acara besar, kerajaan negeri tidak boleh hanya menumpukan kepada kemeriahan dan jumlah kehadiran, sebaliknya mesti mengambil kira kualiti hidup penduduk, keselamatan lalu lintas, imej bandar serta kesan jangka panjang.”
Setiap aktiviti sosial atau hiburan, khususnya yang melibatkan jumlah peserta yang besar, perlu melalui perancangan yang rapi dan pertimbangan yang teliti. Penganjur bertanggungjawab untuk menilai kesan yang mungkin timbul dan memastikan ia berada dalam lingkungan yang terkawal.
DAP Melaka menegaskan bahawa pembangunan ekonomi dan keselamatan awam bukanlah pilihan yang “mutually exclusive”. Hanya dengan pematuhan undang-undang, ketertiban awam serta penghormatan terhadap hak dan kesejahteraan rakyat, barulah setiap inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan negeri dapat memperoleh sokongan sebenar daripada masyarakat.
*Kenyataan Media DAP Melaka pada 13 Disember 2025
——————-
中文翻译:
https://www.facebook.com/share/p/1C2kjzxdTg/?mibextid=wwXIfr
This post has been edited by mick84: Yesterday, 12:19 PM
RXZ buat Hal at Melaka?
Yesterday, 12:19 PM, updated 1h ago
Quote

0.0141sec
0.56
6 queries
GZIP Disabled