Ramai marah bila sebut e-invois, SST naik dan LHDN makin agresif tetapi selalunya yang kena tempias saya dan Kementerian Ekonomi sebelum ini, sedangkan semua ini di bawah Kementerian Kewangan.
Dua-tiga tahun kebelakangan ini, peniaga kecil dan sederhana, khususnya dalam komuniti Cina, rasa sangat tertekan: tafsiran cukai kadang-kadang tak masuk akal, kena bayar lebih, tetapi bila terlebih bayar, bayar semula (refund) pula lambat.
Di atas kertas, kerajaan bangga umum kutipan cukai meningkat; di bawah, orang yang bayar cukai rasa mereka sedang diperah. Bila retorik “lawan orang maha kaya” sering digunakan, tetapi kroni lama nampak elok saja berkawan dengan kerajaan, peniaga kecil rasa merekalah yang jadi bola politik.
Selagi cara kita mengutip dan mengurus cukai tidak dirasakan adil dan munasabah oleh mereka, jangan hairan kalau keyakinan pengundi Cina terhadap kerajaan makin menurun.
This post has been edited by OPT: Dec 11 2025, 02:16 PM
Dec 11 2025, 02:05 PM, updated 2d ago
Quote
0.0142sec
0.71
5 queries
GZIP Disabled