Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pegawai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) wajar meletak jawatan jika didapati melakukan salah laku berkaitan dakwaan pemalsuan dokumen kewarganegaraan tujuh pemain “warisan”.
Baginda turut menyindir FAM, mempersoalkan sumbangan badan induk itu terhadap pembangunan bola sepak tempatan.
“Kalau ada terlepas pandang dari mana-mana pihak dalam pentdbiran yang ada dalam FAM, mereka patut letak jawatanlah. Kenapa dia ada kat situ, selama ni ada kat situ pun apa dia pernah buat untuk bola sepak, cakap dengan saya?
"Bila benda ni berlaku, semua lepas tangan...
"Siapa yang kerja dalam contoh admin yang ada salah, letak jawatan, termasuk dengan katakan CEO terlepas pandang dia buat salah, letak jawatan, ambil tanggungjawab masing-masinf,” titah baginda pada satu sesi bersama penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) FC di Johor Bahru hari ini.
Namun, pemilik JDT itu berkata langkah FAM membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menunjukkan keyakinan mereka.
"Tapi kalau benda ni salah, takkan kita berani pergi sampai ke CAS, kalau kalah pun so what, tak semestinya bole sepak tu mati, kita buat lagi, sebanyak mana kita boleh, sampai kita capai matlamat kita,” titah Tunku Ismail.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sebelum ini memulakan siasatan terhadap FAM dan tujuh pemain Harimau Malaya — Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Manchuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, dan Hector Hevel.
Pada 26 Sept, Fifa memutuskan pemain-pemain itu bersalah melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib Fifa (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Siasatan Fifa mendapati FAM mengemukakan dokumen yang didakwa dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain-pemain berkenaan, sekali gus membenarkan mereka beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun, yang menyaksikan Malaysia menewaskan Vietnam 4-0.
Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda 350,000 franc Swiss (sekitar RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda 2,000 franc Swiss dan digantung daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak selama 12 bulan.
FAM kemudiannya menggantung setiausaha agungnya Noor Azman Rahman dan mengumumkan siasatan bebas.
Selepas Jawatankuasa Rayuan Fifa menolak rayuan FAM dan pemain-pemain itu pada 3 Nov — yang mendakwa wujud “ralat teknikal” — FAM menyerahkan Kenyataan Rayuan kepada CAS pada 8 Dis.
Mengulas usaha FAM membawa kes ke CAS, Tunku Ismail mendakwa seorang wakil Fifa menasihatkan FAM supaya tidak meneruskan tindakan itu.
Walaupun tidak menamakan pegawai Fifa tersebut, baginda bertitah seseorang dari Fifa telah menghubungi Presiden Kehormat FAM, Hamidin Mohd Amin — yang juga ahli Majlis Fifa — untuk menyampaikan mesej tersebut.
Baginda juga membidas pihak tertentu yang didakwa sengaja “menyalahkan” baginda atas kemelut FAM dan pemain kebangsaan, sedangkan tuduhan tersebut tidak selari dengan sumbangannya kepada bola sepak tanah air.
Tunku Ismail berkata sikap suka menuding jari terhadap dirinya sering mengalihkan perhatian daripada isu lebih penting seperti mengapa bola sepak Malaysia tidak maju.
“Tetapi semua orang tidak cakap berkenaan isu kenapa bola sepak Malaysia tak berkembang, kenapa takde orang cakap pasal benda ni.
"Contoh krisis salah guna kewangan dalam kelab yang bertanding dan pembangunan bola sepak akar umbi, kenapa topik ini tak pernah naik, tak bayar gaji ke,” titah baginda.
This post has been edited by ZeroSOFInfinity: Yesterday, 06:39 PM
TMJ now holds FAM responsible for "botched" docs, for heritage players (Jeng jeng jeng)
Yesterday, 06:37 PM, updated 21h ago
Quote








0.0234sec
0.59
5 queries
GZIP Disabled