Berapa ramai dalam kalangan pembaca masih ingat tentang kewujudan Jolla dengan mereka pernah menawarkan telefon dan tablet pintar dengan sistem operasi Sailfish OS berasaskan Linux? Jika anda dalam golongan yang meminati peranti Jolla, tahun depan Jolla Phone baharu akan dilancarkan dengan sistem operasi Sailfish OS 5. Jolla Phone hadir dengan skrin 6.36″ AMOLED FHD, dijana cip MediaTek, memori sebesar 12GB RAM, storan sebesar 256GB dan bateri 5500 mAh yang boleh ditanggalkan. Ini dipadankan pula dengan kamera utama dilengkapi lensa sudut lebar 50MP dan lensa ultra lebar 13MP. Tiada maklumat mengenai kamera swafoto pada ketika ini. Spesifikasi akhir juga belum dimuktamadkan oleh Jolla ketika peranti diumumkan pada Sabtu lalu.

Peranti menyokong rangkaian 5G, NFC, sokongan kad microSD, pengimbas cap jari sisi dan juga sokongan kemas kini sistem operasi selama 5 tahun. Satu lagi ciri menarik disertakan ialah butang fizikal untuk meningkatkan privasi. Hanya sebanyak 2000 Jolla Phone akan dikeluarkan dengan pratempahan telah dibuka sehingga 4 Januari 2026. Ia boleh ditempah pada harga €99 (~RM 474) dan harga promos pula ialah €499 (~RM 2391).
Dec 8 2025, 03:27 PM, updated 3d ago
Quote
0.0122sec
0.55
5 queries
GZIP Disabled