Welcome Guest ( Log In | Register )

Outline · [ Standard ] · Linear+

 Jolla Phone Kembali Dengan Sistem Sailfish 5

views
     
TSXploit Machine
post Dec 8 2025, 03:27 PM, updated 3d ago

❤️ 孤独な旅行者 ❤️​
*******
Senior Member
7,256 posts

Joined: Nov 2008
From: SINGAPORE💃

Jolla Phone Kembali Dengan Sistem Operasi Sailfish OS 5

Berapa ramai dalam kalangan pembaca masih ingat tentang kewujudan Jolla dengan mereka pernah menawarkan telefon dan tablet pintar dengan sistem operasi Sailfish OS berasaskan Linux? Jika anda dalam golongan yang meminati peranti Jolla, tahun depan Jolla Phone baharu akan dilancarkan dengan sistem operasi Sailfish OS 5. Jolla Phone hadir dengan skrin 6.36″ AMOLED FHD, dijana cip MediaTek, memori sebesar 12GB RAM, storan sebesar 256GB dan bateri 5500 mAh yang boleh ditanggalkan. Ini dipadankan pula dengan kamera utama dilengkapi lensa sudut lebar 50MP dan lensa ultra lebar 13MP. Tiada maklumat mengenai kamera swafoto pada ketika ini. Spesifikasi akhir juga belum dimuktamadkan oleh Jolla ketika peranti diumumkan pada Sabtu lalu.

user posted image


Peranti menyokong rangkaian 5G, NFC, sokongan kad microSD, pengimbas cap jari sisi dan juga sokongan kemas kini sistem operasi selama 5 tahun. Satu lagi ciri menarik disertakan ialah butang fizikal untuk meningkatkan privasi. Hanya sebanyak 2000 Jolla Phone akan dikeluarkan dengan pratempahan telah dibuka sehingga 4 Januari 2026. Ia boleh ditempah pada harga €99 (~RM 474) dan harga promos pula ialah €499 (~RM 2391).​
kesvani
post Dec 8 2025, 04:02 PM

Enthusiast
*****
Junior Member
954 posts

Joined: Feb 2020



We want symbian belle back
pronester
post Dec 8 2025, 04:40 PM

Getting Started
**
Junior Member
61 posts

Joined: Jun 2014
so selfish

 

Change to:
| Lo-Fi Version
0.0121sec    0.40    5 queries    GZIP Disabled
Time is now: 11th December 2025 - 07:24 AM