
Seramai 13 lelaki termasuk dua penjaga premis ditahan polis di sebuah pusat sauna yang dijadikan lokasi aktiviti songsang di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang pada 29 November lalu.
BUKIT MERTAJAM β Seramai lapan lelaki yang ditahan di sebuah sauna songsang di Jalan Perai Jaya di sini, pada Sabtu lalu akan didakwa di Mahkamah Bukit Mertajam dan Butterworth pagi ini.
Pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, 377D akta sama dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.
Ketua Polis negeri, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan berdepan pertuduhan berbeza hari ini.
Difahamkan, seorang lelaki akan didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan luar tabii di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Tiga lagi lelaki berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melanggar kesopanan atau melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam di Mahkamah Majistret di sini.
Manakala, lima lagi suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki, mengedar, menjual atau mempamerkan bahan lucah seperti gambar dan video.
Selain itu, salah seorang daripada suspek juga berdepan pertuduhan Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Media sebelum ini melaporkan seorang warga emas berusia 66 tahun dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) antara 13 lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah pusat sauna yang dipercayai menjadi lokasi aktiviti hubungan songsang di Jalan Perai Jaya, Perai pada 29 November lalu.
Ketika serbuan jam 7 malam, beberapa pengunjung di tingkat dua premis itu didapati sedang melakukan aktiviti sauna dengan hanya berseluar dalam.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa mendapati premis berkenaan dilengkapi dengan ruang rehat, sauna dan beberapa bilik berpartisyen yang dipercayai digunakan untuk aktiviti hubungan sejenis.
Turut ditemui kondom, minyak pelincir serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti songsang itu.
Difahamkan pusat sauna itu sudah beroperasi selama lima tahun, namun kegiatan menarik kehadiran pelanggan songsang hanya bermula sejak dua bulan lalu dengan mengenakan caj RM35 bagi setiap kemasukan.
Selain itu, premis berkenaan turut memaparkan gambar panduan berfungsi sebagai kod komunikasi dalam kalangan pengunjung untuk mengenal pasti kecenderungan pasangan melalui pemakaian gelang tangan atau gelang kaki. β MalaysiaGazette
Tag butterworth gay mahkamah Bukit Mertajam sauna songsang seks luar tabii
https://malaysiagazette.com/2025/12/05/saun...kamah-pagi-ini/
update Post #17
This post has been edited by JLA: Yesterday, 04:00 PM
Yesterday, 09:49 AM, updated 2d ago
Quote


0.0166sec
0.55
5 queries
GZIP Disabled